Ahad, 27 September 2009

Kumpulan Pengkajian Islam (30092009)


30 Sept - Kumpulan Pengkajian Islam (usrah)jam 9.00 malam telah diadakan di PEKKA, No 45, Jalan 8/3, Seksyen 8, Bandar baru Bangi. Surah An-Nahl : Ayat 125 telah dkupas oleg Sdr Baktiar. Ia berkaitan tentang konsep dakwah yang diketengahkan dan dipertahankan iaitu seruan disampaikan secara berhikmah dan berbantah secara yang baik dan kaitannya dengan isu-isu semasa. Ia kemudian diteruskan dengan perbincangan tentang pelaksanaan program Sambutan Eidulfitri ABIM.

Ahad, 20 September 2009

Sambutan Eidul Fitri ABIM Bangi 2009

Salam Lebaran!. ABIM Bangi menjemput ahli, aktivis, sahabat serta masyarakat yang prihatin untuk hadir Majlis Sambutan Aidilfitri ABIM Bangi 2009. Butiran lanjut adalah seperti berikut :

Tarikh : 17 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Khidmat Komuniti ABIM Bangi (PEKKA), No 45, Jalan 8/3, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi

Tujuan program ini diadakan ialah untuk merapatkan silaturrahim antara ABIM Bangi dengan pelbagai rangkaian strategik dakwah dan juga organisasi masyarakat seperti WADAH Hulu Langat, Pusat Tahfiz, TASKI, PKPIM-UKM, PEPIAS, HELWA, Persatuan Penduduk, Jawatankuasa Surau, ibu-bapa, anak2 qiraati dan sukarelawan PEKKA dan sebagainya. Acara yang akan dijalankan :-

1. Pengenalan & Perasmian PEKKA
2. Pemeriksaan Kesihatan
3. Pameran, kaunter PEKKA, HELWA
4. Jualan Buku
5. Jamuan Eidul Fitri

Jumaat, 18 September 2009

ABIM Bangi Beri Sumbangan kepada 12 Adik-Beradik Hilang Tempat Bergantung


18 Sept 2009 - ABIM Bangi telah memberikan sumbangan barang-barang keperluan harian dan sumbangan duit hari raya kepada 12 adik-beradik yang hilang tempat bergantung di No 40 Jalan KM3 , Darul Hidayah , 43100 Hulu Langat , Selangor apabila bapa iaitu Abd Karim mereka meninggal dunia akibat kemalangan ngeri di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 30 Ogos 2009 yang lalu.

Dalam tragedi tersebut , Abdul Karim memandu kereta perodua kancil maut apabila kenderaannya dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan. Abdul Karim yang bekerja sendiri , meninggal dunia ditempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala isterinya , Maimon Said , 52 dan anak lelakinya , Mohd Ihsan yang berada dalam kereta itu turut parah. Maimon dan Mohd Ihsan dirawat di PPUM dan mereka berdua yang koma semasa kemalangan. Kemalangan ini mendapat liputan media dan televisyen.

Sebelum bantuan diberikan ABIM Bangi telah membuat lawatan ke rumah keluarga tersebut untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Wakil penduduk kampung Darul Hidayah telah membawa kami ke rumah 12 adik-beradik tersebut. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak memberikan keceriaan kepada mereka di dalam menghadapi hari lebaran tidak lama lagi.

Sumbangan ABIM Bangi Kepada Masyarakat Yang Memerlukan


18 Sept 2009 - ABIM Bangi peka dan prihatin terhadap masyarakat yang memerlukan di dalam komuniti. Bersempena bulan ramadan yang mulia ini, misi bantuan barang keperluan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan telah diedarkan di sekitar Kg. Sg. Ramal Dalam, Kg. Bahagia Bangi dan juga Darul Hidayah, Hulu Langat, Selangor hari ini. Antara barang-barang yang diberikan bagi satu keluarga termasuk 5 kilo beras, 1 kilo gula, 1 kilo Milo, 4 tin susu, 1 kilo tepung gandum, 1 kilo minyak masak dan 30 biji telur ayam. Semoga sumbangan ini dapat membantu memenuhi keperluan harian sempena hari lebaran ini. Pada yang sama, usaha ini akan mengukuhkan lagi silaturrahim ABIM Bangi dengan masyarakat setempat.

Khamis, 10 September 2009

Program Terkini ABIM Bangi (10092009)

Program terkini ABIM Bangi untuk makluman ahli, aktivis, sahabat dan lain-lain. Ia seperti berikut

1) IMARAH RAMADHAN & IFTAR JAMAIE 1430H

Tarikh : 12 Sept 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 10.00 mlm
Lokasi : Pusat Pendidikan ABIM Klang (PPAK), Meru, Selangor

Sdr Hammad, SU ABIM Bangi akan hadir ke program tersebut. Jika ada yang berminat sila maklumkan kepada Sdr Hammad 013-2070007 untuk tujuan penyertaan

2) Mesyuarat Pengurusan PEKKA kali 01/2009

Tarikh : 15 Sept 2009 (Selasa)
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : Pusat Khidmat Komuniti ABIM Bangi (PEKKA), No 45, Jalan 8/3, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi

Majlis Buka Puasa Bersama Ibu-Bapa, Anak-anak Qiraati & Sukarelawan di PEKKA


Pada 9 Sept 2009 yang lalu, bertempat di Pusat Khidmat Komuniti ABIM Bangi (PEKKA), ABIM Bangi telah berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama ibu-bapa, anak-anak serta sukarelawan. Tujuan program ialah untuk merapatkan silaturrahim antara ABIM Bangi dan ibu-bapa, anak-anak qiraati serta sukarelawan. Lebih 20 orang anak-anak Qiraati, ibu-bapa, sukarelawan serta pimpinan ABIM Bangi hadir ke majlis tersebut. PEKKA terletak di No 45, Jln 8/3, Bandar Baru Bangi, Selangor. Program dimulakan dengan majlis berbuka puasa dan dikuti dengan solat maghrib berjamaah.

.

Selasa, 8 September 2009

Bengkel Kerja ABIM 2009 : Dihadiri Pimpinan ABIM Bangi


Pada 5-6 Sept 2009 yang lalu bertempat di Sekolah SRI ABIM, Sg. Ramal Dalam, Kajang Selangor telah diadakan Bengkel Kerja ABIM 2009. Ia dianjurkan oleh ABIM Pusat dengan peryertaan wakil daripada negeri, daerah serta agensi. Pimpinan ABIM Bangi turut hadir ke Bengkel tersebut. Slot Diskusi 1 diisi oleh para panel yang terdiri daripada Prof. Madya. Dr. Abdul Halim El-Muhammady, Prof. Dr. Rosnani Hashim, Dr. Mohd Farid Shahran serta Dr. Amran Muhammad. Manakala, Slot Diskusi 2 pula diisi oleh Prof. Madya. Shaharuddin Badaruddin, Ust. Mahyuddin Ashaari, Dr. Ishak Mas'ud, Dato'Dr. Abdul Razak Kechik, Datin Fatini Yaacob serta Prof. Datin Paduka Dr. Zaleha Kamaruddin. Ia diikuti dengan sesi sumbang saran Pusat dan negeri-negeri. Ia diakhiri dengan pembentangan resolusi serta ucapan penutup Sdr. Muhammad Razak Idris, Presiden ABIM. Semoga bengkel ini mengukuhkan gerak kerja ABIM di segenap peringkat.

Ahad, 6 September 2009

Iftar Jama'iy WADAH-ABIM-PKPIM & Agensi 2009


Pada 5 Sept 2009 yang lalu telah diadakan Iftar Jama'iy WADAH-ABIM-PKPIM & Agensi telah diadakan di Kolej Dar al-Hikmah. Lebih 300 orang tetamu hadir ke majlis tersebut. Ia bermula dengan majlis berbuka puasa, solat maghrib berjamaah, solat Isya' serta solat Tarawikh. kemuncak program ialah pengisian Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Y.Bhg Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Presiden Kolej Dar al Hikmah (KDH) yang juga Presiden WADAH serta mantan Presiden ABIM. pimpinan, aktivis ABIM Bangi turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Seramai 12 orang sukarelawan ABIM Bangi yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Kuala Lumpur - Malaysia France Institute (UniKL-MFI) turut bergotong royong membuat persiapan majlis tersebut. Semoga ibadah di bulan Ramadan ini diberkati.

Suasana Majlis Perasmian Kompleks Kebajikan Rukaiyah & Berbuka Puasa 2009


Pada 4 Sept 2009 yang lalu, ABIM Bangi bersama-sama Kompleks Kebajikan Rukaiyah (KKR-AMAL) telah berjaya menganjurkan majlis perasmian Kompleks Kebajikan Rukaiyah & berbuka puasa bersama-sama para penyumbang, sukarelawan, aktivis serta masyarakat setempat yang prihatin di Dewan Perdana, Universiti Kuala Lumpur - Malaysia France Institute.Lebih 200 orang tetamu hadir ke majlis tersebut. Ia telah dirasmikan oleh Sdr. Muhammad Razak Idris, Presiden ABIM. Beliau berharap, ABIM Bangi dapat meneruskan usaha-usaha ini pada masa akan datang melalui pengemblengan sukaralewan di kalangan belia Islam setempat. Program diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid MUNADA, ABIM Bangi. Di dalam ucapan aluan Prof. Madya Dr. Abd Rahman Hj. Kurais, Pengerusi Lembaga Amanah KKR-AMAL, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelbagai pihak yang menjayakan program ini termasuk mereka yang setia bersama-sama KKR-AMAL selama ini.Program diteruskan dengan berbuka puasa, solat maghrib, solat Isyak serta solat terawih secara berjamaah. Ia sekali gus dapat merapatkan silaturrahim sesama anggota masyarakat.

Rabu, 2 September 2009

Tadarus & Berbuka Puasa ABIM Bangi


Pada 2 Sept 2009 yang lalu bertempat di tingkat 1, ABIM Bangi telah berjaya menganjurkan program tadarus & berbuka puasa di kalangan ahli, aktivis serta sahabat-sahabat rangkaian dakwah. Ia dimulakan dengan tadarus serta berbuka puasa, solat maghrib, solat Isyak serta solat terawah di surau tersebut. Ia dihadiri oleh ahli PKPIM-UKM, HELWA serta pimpinan ABIM Bangi sendiri. Selepas solat maghrib, bacaan al-mathurat serta, tazkirah ringkas daripda Hadith 40 Imam Nawawi telah disampaikan oleh TYDP ABIM Bangi.