Selasa, 6 Julai 2010

Mesyuarat Exco ABIM Bangi

Assalamualaikum wrh.wbt.

Dimaklumkan bahawa mesyuarat exco ABIM Bangi akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 7/7/2010 (Rabu)
Masa : 9.30 malam
Lokasi : No 21, Jln TPS 4/2, Taman Pelangi Semenyih, Semenyih Selangor (Berdekatan dengan TESCO Semenyih)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sdr Baktiar di 019-7882279

Judi Hancur Institusi Keluarga dan Masyarakat: Mohamad Raimi Ab Rahim

Gelombang kesedaran rakyat disegarkan kembali dengan kehadiran lebih 2 ribu orang di Masjid Negara sesudah Solat Asar pada 3 Julai 2010 apabila Gerakan Mansuhkan Judi (GMJ) melancarkan kempen berterusan dalam mendidik rakyat mengenai bahaya dan keburukan judi. Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Saudara Mohamad Raimi Ab. Rahim mengingatkan para hadirin tentang bahaya judi yang merosakkan institusi keluarga dan masyarakat.

Beliau memaklumkan seluruh rakyat Malaysia merentas kaum dan agama menolak keputusan kerajaan memperjudikan nasib rakyat di tangan beberapa kerat pemilik syarikat judi. Beliau menambah segelintir pihak yang mengaut keuntungan daripada industri judi telah mencengkam kepimpinan negara sejak zaman berzaman.

Perhimpunan yang berlangsung hampir sejam itu turut dihadiri oleh tokoh-tokoh muda parti politik dan pimpinan NGO antaranya Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Muslim Care. GMJ dianggotai oleh kira-kira 60 buah NGO yang tidak bersetuju atas tindakan kerajaan menambah kelulusan lesen judi sukan sempena temasya Piala Dunia yang sedang berlangsung.

sumber : www.abim.org.my