Isnin, 29 Jun 2009

Forum Pengkaji Pemikiran & Tamadun (Siri Ke-20)

Assalamu'alaikum Wrmt. Wbth. & Salam Sejahtera
Akademi Kajian Ketamadunan (AKK) Kolej Dar al-Hikmah (KDH) &
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Dengan segala hormatnya menjemput Y. Bhg. Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara / Saudari ke:
FORUM PENGKAJI PEMIKIRAN & TAMADUN (SIRI KE-20):
  • Tajuk : "Hubungan Campa & Kelantan"
  • Tarikh : 2 Julai 2009 / 9 Rejab 1430H (Khamis)
  • Masa : 8:30 malam – 11:00 malam
  • Tempat : Bilik Syura, Kolej Dar al-Hikmah, Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor
  • Pembentang: YBHG. PROF. MADYA DR. MOHAMAD ZAIN MUSA
  • Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :
Sekretariat ABIM Pusat. Tel: 03-6188 0300 (Sdri. Noraliza) atau
Akademi Kajian Ketamadunan (AKK-KDH) 03-8925 2392 (Sdri. Khalidah)

Jumaat, 26 Jun 2009

Program terkini ABIM Bangi

Program terkini yang boleh disertai oleh ahli, mereka yang berminat dan makluman untuk semua. Ia adalah seperti berikut :
1) Seminar Pencerdasan Umat
'Pencerdasan Umat Dalam Kerencaman Sosio Ekonomi Politik Masa Kini'
Tarikh : 28 Jun 2009 (Ahad)
Tempat: Kolej Dar al Hikmah, Sg Ramal Dalam, Kajang Selangor
Masa : 8.00 pagi hingga 3.30 petang.

Slot 1 : Dakwah dan Cabaran Masakini
Ahli Panel : Dr Muhammad Nur Manuty & Ahmad Azam Ab Rahman
Slot 2 : Menangani Perubahan Politik
Ahli Panel : Prof Dr Mohammed Redzuan Othman & Prof Madya Shaharuddin Badaruddin

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan:
Sekretariat WADAH Pusat
No 8, Jalan Surada 1, Taman Desa Surada, Seksyen 8
Bandar Baru Bangi43650 Selangor Darul Ehsan.
Tel : 603-8925 2344 Faks : 603-89222561
emel :wadahpusat@gmail.com u/p : Pn Sham Shinoor / Sdr Fadhli
2) Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) ABIM Selangor
Tarikh : 29 Jun 2009 (Isnin)
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : Rumah Sdr Azlan, Tmn Universiti, Sg Tangkas, Kajang, Selangor.
3) Majlis Ramah Mesra dan Dialog ABIM Bangi & Guru TAHFIZ ABIM Bangi
Tarikh : 4 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Lokasi : Surau Abd Rahman Al-Auf, Tgkt 1, Seksyen 3 Tambahan, Bdr Baru Bangi, Selangor.
4) Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) Unit. Kg. Teras Jernang, Bdr Baru Bangi
Tarikh : 8 Julai 2009 (Rabu)
Masa : 9.30 mlm
Lokasi : Tmn Universiti Sg. Tangkas, Kajang (Perubahan akan dimaklumkan kemudian)
Untuk penyertaan sila hubungi : Sdr Nizam : 019-2776587

Khamis, 25 Jun 2009

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) Unit. Kg. Teras Jernang di Bangi Perdana , Selangor

Pada 24 Jun 2009 jam 9.30 mlm telah diadakan kumpulan pengkajian Islam (usrah) unit. Kg. Teras Jernang di Bangi Perdana, Selangor. Ia dikendalikan oleh Ust Anas Hasan selaku naqib dan buku bertajuk "Kebangkitan Generasi Salahuddin Al-Ayubi" terbitan ABIM menjadi rujukan. Antara isi penting ialah faktor Kelemahan umat Islam berlaku, kerana fahamn fanatisme mazhab mahupun kelompok yang membarah. Ia akhirnya memudahkan tentera salib menjatuhkan kerajaan Khalifah Islamiyyah Ottoman di Turki pada 1924. Kemunculan kerajaan republik Turki oleh Kamal Attaturk merubah lanskap politik dan budaya Islam masyarakat Turki. Sekularisasi menjadi agenda utama negara. Selain itu, juga Ust Dahalan, antara pengasas ABIM sejak tahun 1970 an dan kini aktivis MUAFAKAT turut berkongsi keprihatinan tentang cabaran yang dihadapi oleh golongan belia. Guru-guru Pusat Tahfiz ABIM Bangi, siswi Kolej Dar al-Hikmah, siswa UniKL MFI serta ahli ABIM Bangi sekitar Bangi Perdana juga hadir.

Selasa, 23 Jun 2009

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) PEPIAS Bangi bermakna

Pada 22 Jun 2009 jam 8.30 malam bertempat di Bandar Putra Mahkota, Bangi telah diadakan Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) mingguan Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) Bangi. Lebih 40 orang termasuk pimpinan ABIM Bangi menghadiri usrah tersebut. Ia telah disi oleh Ust Anas Hasan, aktivis ABIM Bangi. Pengisian beliau berkisar tentang cabaran dakwah dan persiapan aktivis muda dakwah. Antara pimpinan ABIM Bangi yang hadir termasuk Baktiar Hasnan, TYDP, Sdr Hammad, Setiausaha, Sdr Nizam, Bendahari, Pn. Hayati, HELWA. Selain itu. Majlis Perwakilan Kolej Dar al-Hikmah (KDH) turut menyertai usrah tersebut. Semoga usaha ini mengukuhkan silaturrahim sesama rakan-rakan dakwah serta menbolehkan kerjasama program dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

Isnin, 22 Jun 2009

Program terkini ABIM Bangi

Berikut adalah program terkini ABIM Bangi yang boleh disertai ahli. Ia seperti dibawah :-
1) Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) mingguan ahli Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS), Bangi.
Tarikh : 21 Jun 2009 (Isnin)
Masa : 8.30 malam
Lokasi : Bdr Putra Mahkota, Bangi, Selangor
Pengisi : Ust Anas Hasan, aktivis ABIM Bangi.
Jika ingin sertai sila hubungi Sdr Muzaki : 017-5086339.
2) Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) gabungan unit Kg. Teras Jernang, Bdr Baru Bangi.
Tarikh : 24 Jun 2009 (Rabu)
Masa : 9.30 malam
Lokasi : Rumah Sdr Hammad, No 27, 3/21, Bangi Perdana, Bdr Baru Bangi, Selangor.
Pengisi : Ust Anas Hasan, aktivis ABIM Bangi
Jika ingin sertai sila hubungi : Sdr Nizam : 019-2776587
3) Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) ABIM Selangor
Tarikh : 29 Jun 2009 (Isnin)
Masa : 8.30 mlm
Lokasi : Rumah Sdr Azlan Arshad, Taman Universiti, Sg. Tangkas, Kajang, Selangor.
Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) ialah aktiviti mingguan ahli yang meliputi pembacaan ayat al-quran dan bacaan terjemahan, bacaan hadith serta pengkongsian ilmu serta isu-isu semasa. Ia bertujuan meningkatkan kualiti keperibadian ahli.

Muktamar WADAH Selangor Berjalan Lancar

Pada 21 Jun 2009 (Ahad) jam 9.00 malam di Bilik syura, Kolej Dar al-hikmah telah diadakan Muktamar WADAH Selangor. Ia telah dirasmikan oleh Dr Rahmah selaku wakil WADAH Pusat. Tujuan muktamar tersebut diadakan ialah untuk membentangkan laporan program, pelantikan Jawatankuasa WADAH Selangor yang baru termasuk membincangkan halatuju serta program yang ada diadakan pada masa akan datang. Tn. Hj. Mohd Yusop Hasan selaku Pengerusi WADAH Selangor sesi 2006/2008 dalam ucapan beliau, meminta ahli WADAH Selangor terus komited di dalam bekerjasama dengan pelbagai pihak menjayakan usaha-usaha dakwah di negeri ini. Pada masa yang sama, ahli juga diminta peka dan bersedia menggunakan pendekatan yang strategik di dalam menangani perubahan persekitaran yang semakin kompleks. Ahli juga turut memberikan beberapa cadangan untuk memantapkan lagi gerak kerja dakwah agar ia dapat memberikan impak kepada pelbagai kelompok sasaran yang dikenalpasti.

Gotong Royong di Pusat Khidmat Komuniti ABIM Bangi (PEKKA)

Aktiviti gotong royong membersihkan Pusat Khidmat Komuniti ABIM Bangi (PEKKA) telah dapat diadakan pada 21 Jun 2009 jam 10 pagi sempena program Sembang-Sembang Bersama ABIM Bangi. PEKKA adalah pusat sukarelawan dan aktiviti kelas qiraati di kalangan kanak-kanak di kawasan sekitar. Oleh kerana sambutan yang mengalakkan di kalangan masyarakat setempat, terdapat permintaan untuk diadakan kelas dewasa pula. PEKKA terletak di No 45, Jalan 8/3 Bdr Baru Bangi berhampiran dengan Kompleks PKNS. Aktiviti ini turut disertai oleh pimpinan ABIM Bangi, ahli serta siswi- Kolej dar al-hikmah. Secara tidak langsung ia dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli mahupun rakan dakwah yang lain. Pada masa yang aktiviti ini dapat menyihatkan tubuh badan melalui aktiviti fizikal yang dilakukan secara berkumpulan. Semoga PEKKA akan dapat memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat setempat khususnya dan Bandar Baru Bangi secara amnya.

Sabtu, 20 Jun 2009

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) Gabungan ABIM Bangi

Unit Kg. Teras Jernang, ABIM Bangi akan mengadakan aktiviti kumpulan pengkajian Islam (usrah) gabungan di kalangan ahli, rakan-rakan taulan. Ia adalah seperti berikut :

Tarikh : 24 Jun 2009 (Rabu)
Masa : 9.30 malam
Lokasi : Rumah Sdr Hammad, Bangi Perdana, Selangor

Tujuan usrah gabungan ini diadakan ialah untuk merapatkan silaturrahim dengan ahli unit-unit yang lain, berkongsi ilmu dan informasi terkini terkini melibatkan gerakan dan masyarakat.

Justeru itu, dijemput ahli, rakan-rakan taulan menghadiri program tersebut. Sila hubungi Sdr Nizam 019-2776587 untuk maklumat lanjut.

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring & Sepak Takraw Kolej Dar al-Hikmah & Siswa UniKL MFI Hangat

Perlawanan persahabatan diteruskan antara Kolej Dar al Hikmah dan pasukan siswa UniKL MFI telah diadakan. Ia berlangsung pada 18 Jun 2009 (Khamis) 5.30 ptg di kampus UniKL MFI, seksyen 14, Bangi. Kali ini acara bola jaring dan juga sepak takraw. Perlawanan persahabatan tersebut dilaksanakan dengan semangat kesukanan yang tinggi. Ia telah dapat dijayakan dengan kerjasama ABIM Bangi. Ia juga sekali gus memupuk gaya hidup yang sihat dan aktif melalui kegiatan yang berfaedah di kalangan generasi muda. Maka, adalah diharapkan perlawanan persahabatan di dalam acara lain dapat dijalankan pada masa akan datang.

Khamis, 18 Jun 2009

Perlawanan Persahabatan Badminton ABIM Bangi Vs UniKL MFI Mesra

Perlawanan Persahabatan Badminton antara ABIM Bangi vs UniKL MFI telah berlangsung hari ini. ABIM Bangi diwakili mahasiswa Kolej Dar al-Hikmah (KDH), Sg. Ramal Dalam, Kajang. Manakala, UniKL MFI diwakili pasukan badminton UniKL MFI. Perlawanan berlangsung sengit antara kedua-dua pihak. Acara yang dipertandingkan termasuk single (Lelaki & Wanita), double (Lelaki & Wanita).

Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah En. Radhi, Eksekutif, Hal Ehwal Pelajar (HEP) KDH, Ustazah Khalidah Bt Salekan, pensyarah KDH termasuk En. Hairon Affandi, Penolong Pegawai, Unit Pembangunan Mahasiswa & Sukan, Jab. Hal Ehwal Mahasiswa (HEMs) UniKL MFI dan Sdr Nizam, Bendahari ABIM Bangi.

Semoga perlawanan persahabatan ini dapat merapatkan hubungan antara gerakan belia setempat dan institusi pendidikan tinggi lokal melalui kegiatan sukan. Ia menggalakkan penghayatan budaya sihat di kalangan generasi muda. Bagi pihak UniKL MFI pula, perlawanan persahabatan ini membolehkan pasukan UniKL MFI meningkatkan prestasi kontigen menghadapi Karival Sukan Siswa Tahunan UniKL yang adakan diadakan pada 22-27 Jun 2009 di kampus UniKL MIMET, Lumut Perak nanti.



Muktamar WADAH Selangor

Assalamualaikum wrh.wbt.

kepada pimpinan ABIM Selangor /Daerah Bangi/ Serdang yang berkelapangan dijemput seramai 10 orang ke Muktamar Sanawi WADAH Selangor

Tarikh : :21 Jun 09 ( Ahad)
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Kolej Dar al-Hikmah, Sg. Ramal Dalam, Selangor

Tujuan muktamar ini dijalankan ialah untuk membentangkan laporan program yang dijalankan, pemilihan pimpinan serta merapatkan silaturrahim sesama ahli. Sila hubungi : Ust. Zawawi , YDP ABIM Selangor di 019-3339871 untuk maklumat lanjut.

Info tentang WADAH : http://www.wadah.org.my

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah pada 9 November 2005 dengan angka pendaftaran 1947-05-7 (Selangor). Keahlian Wadah adalah terbuka kepada rakyat Malaysia beragama Islam dan berusia 35 tahun ke atas, tanpa mengira bangsa, kaum dan jantina. Visi Wadah ialah pemerkasaan umat yang berwibawa dan kompeten berasaskan petunjuk al-Kitab dan al-Hikmah.

Rabu, 17 Jun 2009

Program Sembang-Sembang Bersama ABIM Bangi

Dijemput ahli, rakan-rakan taulan menyertai program Sembang-Sembang Bersama ABIM Bangi. Ia dalah seperti berikut :

Tarikh : 21 Jun 2009 (Ahad)
Masa : 10 pagi
Lokasi : Cafe, Kolej Dar Hikmah, Sg Ramal Dalam, Kajang, Selangor
Bayaran : RM5 seorang

Tujuan program ini diadakan ialah untuk merapatkan silaturahim sesama ahli, rakan taulan serta mendapatkan info terkini gerakan belia di dalam pelbagai isu lokal mahupun internasional. Jika berminat sms nama & no hp ke Sdr Nizam di 019-2776587 sebelum 21/6/2009.

Selasa, 2 Jun 2009

Perlawanan Badminton (persahabatan) ABIM Bangi Vs HEMs UniKL MFI

Dimaklumkan bahawa ABIM Bangi akan mengadakan perlawanan badminton persahabatan dengan Jabatan Hal Ehwal Mahasiswa (HEMs) Universiti Kuala Lumpur - Malaysia France Institute (UniKL MFI). Butiran lanjut adalah seperti berikut :

Tarikh : 17 Jun 2009 (Rabu)
Masa : 5.30 ptg - 7.00 mlm
Lokasi : Dewan Perdana, UniKL MFI, Seksyen 14, Bdr Baru Bangi, Selangor

Tujuan perlawanan ini diadakan ialah untuk merapatkan silaturrahim di antara badan bukan kerajaan atau non- government organization (NGOs) dengan pihak universiti yang ada di kawasan Bandar Baru Bangi. Ia sekali gus membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama di dalam pembangunan insan generasi muda di dalam komuniti.

Kategori yang dipertandingkan ialah :-
1) Single (Lelaki)
2) Single (Wanita)
3) Double (Lelaki)
4) Double (Wanita)
5) Mix Double (Lelaki & Wanita)

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) ABIM Bangi

ABIM Bangi menekankan pembangunan insan ahli melalui aktiviti Kumpulan Pengkajian Islam (usrah). Ia memupuk semangat persaudaraan & kekeluargaan, meningkatkan ilmu serta memahami isu semasa dan pelaksanaan program unit. Ia adalah seperti berikut:

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) unit kg. Teras Jernang

Tarikh : 10 Jun 2009 (Rabu) - Lelaki
Masa : 9.30 mlm
Lokasi : Rumah Sdr Nizam, Jln Makmur, Kg. Teras Jernang, Seksyen 14, Bdr Baru Bangi, Selangor. Jika ingin sertai sila hubungi : 019-2776587.

Tarikh : 11 Jun 2009 (Khamis) - Wanita
Masa : 9.30 mlm
Lokasi : Rumah Pn. Norhayati, Jln Makmur, Kg. Teras Jernang, Seksyen 14, Bdr Baru Bangi Selangor. Jika ingin sertai sila hubungi: 012-6900094

Isnin, 1 Jun 2009

ABIM Bangi sertai Bengkel Wirawan, Wirawati ABIM

Pada 29-31 Mei 2009 yang lalu telah diadakan Bengkel Wirawan, Wirawati ABIM di Sekolah SRI Al-Huda, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. ABIM Bangi telah menghantar 3 orang peserta yang terdiri daripada ahli PEPIAS Bangi. Bengkel tersebut dianjurkan oleh Biro Kesihatan ABIM dengan kerjasama kumpulan doktor yang prihatin.

Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk memberikan input, berkongsi pengalaman serta kemahiran yang diperlukan oleh seorang sukarelawan yang terlibat di dalam bantuan kemanusiaan samada dalam negara mahupun luar negara. Pada masa yang sama, ia juga dapat memupuk semangat kesukarelawanan yang tinggi di kalangan generasi muda.

Secara tidak langsung ia membolehkan sukarelawan yang dilatih bersedia untuk dimanfaatkan di dalam pelbagai misi kemanusiaan pada masa akan datang.