Isnin, 21 Januari 2013

Penukaran Paparan Blog Baru

ABIM Daerah Bangi telah menukar paparan laman blog bagi menampakan blog lebih menarik dan user friendly. Bagi mendapatkan laman yang baru, anda perlu menunggu beberapa saat bagi ianya redirect ke laman yang baru. Sekiranya tiada perubahan berlaku, Sila tekan butang 'Refresh'. Terima Kasih kerana masih menyokong ABIM Daerah Bangi.

Selasa, 13 November 2012

“YOUNG ABIM CAMP” kini kembali !

Kem sempena cuti sekolah ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah mengikut sesi yang telah ditetapkan. Bayaran yang dikenakan ialah RM130. Pelbagai aktiviti menarik disediakan. Sila hubungi Muhammad Afiq Bin Ramlee di talian 019-4496172 jika ada sebarang pertanyaan



OBJEKTIF PROGRAM:
1. Memberi kefahaman tentang kepentingan solat dan ibadah-ibadah lain dalam kehidupan seharian.
2. Memperbaiki mutu solat dan ibadah-ibadah lain.
3. Menerapkan kepentingan Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran di dalam program.
4. Mengajak peserta menghayati alam kurniaan Allah.
5. Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.

tentatif program

Hari 1

3 pm - Pendaftaran
6 pm - Taklimat Kem /
Icebreaking
7 pm - Solat / Makan Malam
9 pm - Sesi 1 – Group Aktivities with mentor
11 pm- Arabic talk with Bro Said

Hari 2

4 am - Wakeup to mujahadah / Solat
7 am - Khandak excersice/ Sarapan
9 am - Sesi 2 – Tahsin wuduk
10 am - Sesi 3 – Tahsin solat
12 pm - Makan Tengahari / Solat
2 pm - Sesi 4 – Eksplorasi minda
4 pm - Solat / Badar excersice
7 pm - Solat / Makan Malam
9 pm - Sesi 5 – Quranic intensive
11 pm – Arabic talk with Bro Said

Hari 3

6 am - Solat
7 am - Khadisiah Exersice / Sarapan
8 am - Sesi 6 – Jungle Trekking
11 pm - Majlis Penutup / Makan Tengahari
1 pm - Bersurai


SENARAI BARANG YANG PERLU DIBAWA KE YOUTH ABIM CAMP
1. T- Shirt berkolar (lelaki)
2. T-Shirt lengan panjang (perempuan)
3. Seluar
4. Pakaian solat/telekung
5. Pakaian sukan
6. Kasut sukan
7. Baju melayu (jika perlu)
8. Baju kurung (jika perlu)
9. Peralatan kendiri
10. Peralatan menulis
11. Ubat-ubatan peribadi

PERATURAN PAKAIAN

Peserta Lelaki

1. Pada setiap aktiviti dikehendaki untuk memakai baju T- shirt yang berkolar
2. Pakaian hendaklah sopan dan menutup aurat

Peserta Perempuan

1. Pada setiap aktiviti dikehendaki untuk memakai baju berlengan panjang.
2. Pakaian hendaklah sopan, menutup aurat dan tidak dibenarkan memakai baju yang KETAT bagi peserta perempuan.


BARANG-BARANG YANG DILARANG BAWA KE DALAM KEM
1. Seluar jeans
2. Rokok
3. Senjata tajam
4. Barang kemas dan perhiasan
5. Komik/majalah hiburan
6. Telefon bimbit **

 Pihak penganjur akan merampas barang-barang di atas jika dibawa bersama.
 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan barang berharga.
 Kelengkapan di atas adalah sebagai panduan sahaja, sila bawa kelengkapan yang mencukupi untuk 3 hari 2 malam.
 Para peserta hendaklah menjaga akhlak dan mematuhi etika pakaian yang telah ditetapkan.
 Ibu bapa diminta hadir tepat pada waktunya selepas program bagi mengelak sebarang permasalahan.
 Sebarang permasalahan boleh hubungi urusetia.









Jumaat, 7 September 2012

Bengkel Memahami Isu Umat Rohingya

Pada 6 Sept 2012 jam 8.30 malam bertempat di Sekretariat ABIM Bangi telah diadakan diskusi isu umat Islam Rohingya. Panelis yang hadir ialah Sdr Jufitri Johar, Naib Presiden (Antarabangsa) ABIM dan aktivis Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Sdr Aidil Zakuan. Mereka telah berkongsi perkembangan terkini di sana dan bentuk bantuan yang diperlukan. Lebih 30 orang aktivis ABIM Bangi dan Pertsatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) yang hadir.

Ziarah Aidilfitri ABIM Bangi 2012

Pada 6 September 2012, bermula jam 9.30 malam, ABIM Bangi telah mengadakan Ziarah Aidilfitri ke rumah mantan pimpinan ABIM Bangi dan kini ahli WADAH. Dua rumah telah dikunjungi iaitu Rumah Dr Parveez di Desa Sentosa, Teras Jernang, Bangi dan juga Tn Hj Jeoferry di Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi. Seramai 10 orang pimpinan, aktivis ABIM Bangi yang menyertai. Tujuan program ini diadakan ialah untuk merapatkan silaturrahim antara ahli ABIM & mantan pimpinan ABIM Bangi yang aktif menyumbang dalam usaha-usaha dakwah setempat. Siri ziarah ini akan diteruskan pada minggu hadapi.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Program Sekampit Beras ABIM Bangi 2012


ABIM Bangi dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) Selangor akan menjayakan program Sekampit Beras. Buitran lanjut seperti berikut

Tarikh : 4 Ogos 2012
Masa : 9.00 pagi
Lokasi : Masjid As Solihin, Kg Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Seksyen 14, Selangor

Oleh itu kami mengharapkan semua ahli, aktivis dan sahabat sertai program ini. Mari kita berikan sokongan kepada lebih 230 org adik-adik PEPIAS yang akan beriktikaf di Masjid As Solihin, Kg Teras Jernang, BBB pada 3-5/8/2012.

Info lanjut, boleh hubungi 019-7882279 (Baktiar)

Isnin, 23 Julai 2012

Jom Tadarus Al-Quran (23072012)

Assalamualaikum wrh.wbt.

Jom Sertai Tadarus Al-Quran

Tarikh : 23 Julai 2012 (Isnin)
Masa : jam 10.15 mlm ini
Lokasi : Surau Al-Kauthar, seksyen 4, BBB.

Jika berminat hubungi Sdr Arif Redzuan : 019-3732085

Jumaat, 20 Julai 2012

Jom Tadarus Al-Quran

Assalamualaikum wrh.wbt.

Sempena bulan ramadhan mubarak yang akan bermula pada 21 Julai 2012 ini. Maka, program Jon Tadarus Al-Quran akan bermula hari ini

Tarikh : 20 Julai 2012 (Jumaat)
Masa : 9.45 mlm
Lokasi : Surau Al-Kauthar, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor

Oleh itu, semua anak muda yang berminat, hubungi Sdr Nizam untuk pengesahan penyertaan 019-2776587