Jumaat, 7 September 2012

Bengkel Memahami Isu Umat Rohingya

Pada 6 Sept 2012 jam 8.30 malam bertempat di Sekretariat ABIM Bangi telah diadakan diskusi isu umat Islam Rohingya. Panelis yang hadir ialah Sdr Jufitri Johar, Naib Presiden (Antarabangsa) ABIM dan aktivis Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Sdr Aidil Zakuan. Mereka telah berkongsi perkembangan terkini di sana dan bentuk bantuan yang diperlukan. Lebih 30 orang aktivis ABIM Bangi dan Pertsatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) yang hadir.

Ziarah Aidilfitri ABIM Bangi 2012

Pada 6 September 2012, bermula jam 9.30 malam, ABIM Bangi telah mengadakan Ziarah Aidilfitri ke rumah mantan pimpinan ABIM Bangi dan kini ahli WADAH. Dua rumah telah dikunjungi iaitu Rumah Dr Parveez di Desa Sentosa, Teras Jernang, Bangi dan juga Tn Hj Jeoferry di Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi. Seramai 10 orang pimpinan, aktivis ABIM Bangi yang menyertai. Tujuan program ini diadakan ialah untuk merapatkan silaturrahim antara ahli ABIM & mantan pimpinan ABIM Bangi yang aktif menyumbang dalam usaha-usaha dakwah setempat. Siri ziarah ini akan diteruskan pada minggu hadapi.