Jumaat, 7 September 2012

Ziarah Aidilfitri ABIM Bangi 2012

Pada 6 September 2012, bermula jam 9.30 malam, ABIM Bangi telah mengadakan Ziarah Aidilfitri ke rumah mantan pimpinan ABIM Bangi dan kini ahli WADAH. Dua rumah telah dikunjungi iaitu Rumah Dr Parveez di Desa Sentosa, Teras Jernang, Bangi dan juga Tn Hj Jeoferry di Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi. Seramai 10 orang pimpinan, aktivis ABIM Bangi yang menyertai. Tujuan program ini diadakan ialah untuk merapatkan silaturrahim antara ahli ABIM & mantan pimpinan ABIM Bangi yang aktif menyumbang dalam usaha-usaha dakwah setempat. Siri ziarah ini akan diteruskan pada minggu hadapi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan