Isnin, 6 Julai 2009

ABIM Bangi Mengucapkan Takziah Buat Pn. Hasnah dan Sekeluarga

Pada 4 Julai 2009 jam 11.00 pagi ABIM Bangi telah dimaklumkan bahawa adik Azizul, 16 tahun anak kepada Allahyarham Tn. Hj Khairuddin, aktivis ABIM Bangi dan juga mantan Timbalan Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) ABIM meninggal dunia kerana kanser lymphoma di rumah Jln 3/6G Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Pimpinan ABIM Bangi termasuk mantan pimpinan ABIM Pusat, Bangi serta rakan taulan keluarga telah menghadiri majlis bacaan yassin. ABIM Bangi merakamkan rasa takziah kepada Puan Hasnah dan keluarga. Semoga Allahyarham adik Azizul ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan