Rabu, 25 November 2009

Kumpulan Pengkajian Islam (25112009)

Dimaklumkan Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) ABIM Bangi akan diadakan. Ia adalah seperti berikut :

Tarikh : 25 Nov 2009 (Rabu)
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : PEKKA, No 45, Jln 8/3, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

Semua ahli, aktivis dan sahabat dijemput hadir.

Rabu, 18 November 2009

Program Terkini ABIM Bangi (18112009)

Berikut adalah program terkini ABIM Bangi untuk makluman dan penyertaan ahli, aktivis serta sahabat belia sekalian.

1. Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) ABIM Bangi

Tarikh : 18 Nov 2009 (Rabu)
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : PEKKA, No 45, Jln 8/3, Seksyen 8, BBB

2. Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sijil TAHFIZ ABIM Bangi

Tarikh : 21 Nov 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 ptg
Lokasi : Dewan Pusat Islam, Masjid UNITEN Kajang
Perasmi : Sdr Amidi Manan, Timbalan Presiden, ABIM

3. Festival Pelajar Islam Selangor (ISFEST 09)

Tarikh : 21 Nov 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 mlm -11.30 mlm
Lokasi : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Putra, Bangi, Selangor

Aktiviti
1. Ucapan Dasar bertajuk :"Semarak Kesatuan Pelajar Islam Membimbing Dengan Ilmu dan Akhlak oleh Sdr Mohd Zulhelmi Abdullah, Presiden, Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS)

2. Wacana Aktivis Muda Islam bertajuk :"Hikmah Bakti Dalam Jatidiri Aktivis Muda"
Panelis
1. Sdr Nizal Muhammad, Bekas Pengacara TV3
2. En. Azmi Abdul Hamid, Presiden, TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS)
3. Sdr Amidi Abd Manan, Timbalan Presiden, ABIM

Program PERSONA 09 Merapatkan Silaturrahim


Pada 14-15 Nov 2009 yang lalu bertempat di Perting Valley Camp, Bentong Pahang, ABIM Bangi telah berjaya melaksanakan progranm PERSONA 09 buat julung-julung kalinya. Seramai 29 peserta yang terdiri daripada siswa Kolej Dar al Hikmah (KDH), guru TAHFIZ & guru TASKI ABIM Bangi serta ahli kumpulan nasyid MUNADA. Para fasilitator terdiri daripada Sdr Baktiar Hasnan, Sdr Ahmad Saparuddin, Sdr Nizam, Pn. Fariha & Sdri Khalidah yang merupakan pimpinan ABIM Bangi. Tujuan program ini diadakan ialah untuk merapatkan silaturrahim antara ABIM Bangi dan intsitusi, sukarelawan ABIM dan memperjelaskan peranan yang boleh disumbangkan didalam menjayakan agenda dakwah ABIM Bangi. Pelbagai aktiviti diadakan termasuk, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), persembahan seni, jungle trekking, qiyamulail dan sebagainya. Semoga usaha ini juga dapat membolehkan peserta mengenalpasti potensi diri untuk dimanfaatkan untuk kerja-kerja dakwah. Oleh itu, program PERSONA II akan diadakan pada masa akan datang.

Majlis Penyampaian Sijil TASKI ABIM Bangi Ke-30

Pada 8 November 2009 yang lalu jam 7.45 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Dewan Bactris, Malaysian Palm Oil Board, Bangi telah diadakan majlis penyampaian sijil TASKI ABIM Bangi ke-30. Ia telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dr. Haslinda Binti Abdullah, Ketua Biro Pendidikan ABIM. Lebih 300 orang ibu-bapa hadir di majlis tersebut. Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena majlis tersebut termasuk persembahan kanak-kanak dari TASKI Zainab, TASKI Aishah, selawat serta doa perpisahan. Pendidikan merupakan fokus utama ABIM Bangi di dalam melahirkan generasi ulul albab dan berupaya menyumbang secara berkesan di dalam pembangunan negara. Semoga kanak-kanak ini akan meneruskan penghayatan Islam yang telah diterima semasa di TASKI dan menjadi insan soleh pada masa kini dan akan datang.

Selasa, 10 November 2009

Program Terkini ABIM Bangi (10112009)

Berikut dimaklumkan program-program ABIM Bangi yang boleh disertai oleh aktivis, ahli, mahupun sahabat sekalian.

1) Usrah Gabungan Jamaah : WADAH-ABIM-PKPIM

Tarikh : 10 Nov 2009 (Selasa)
Masa : 8.30 pm
Lokasi : Dewan Kolej Dar al-Hikmah (KDH) Sg. Ramal, Kajang, Selangor

Forum Khas : "Ahlus Sunnah Wal Jamaah : Isu dan Cabaran Semasa"

Ahli Panel
1. Y.Bhg Dato' Hashim Yahya, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan
2. Y.Bhg Prof. Madya Dr Abd Halim El-Muhammady

2) Usrah ABIM Bangi

Tarikh : 11 Nov 2009 (Rabu)
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : PEKKA, No 45, Jln 8/3, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor

3) Program PESONA 09

Tarikh : 14-15 Nov 2009 (Sabtu-Ahad)
Lokasi : Perting Valley Camp, Bentong, Pahang
Peserta : 30 org peserta, 5 fasilitator
Anjuran : ABIM Bangi

Ahad, 1 November 2009

Usrah Gabungan ABIM Bangi & ABIM Sepang (01112009)

Dimaklumkan bahawa usrah gabungan ABIM Bangi & ABIM Sepang akan diadakan. Butiran lanjut seperti berikut

Tarikh : 4 Nov 2009 (Rabu)
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : Rumah Sdr Hammad, No 27, 3/21, Bangi Perdana, Bdr Baru Bangi, Selangor.

Justeru itu semua aktivis, ahli,sahabat dijemput hadir menyertai program tersebut. Sila bawa al-quran, tafsir, pen dan buku catatan.