Rabu, 28 September 2011

POLEMIK HUDUD: RAMAI GENERASI MUDA POSITIF

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang serius polemik perundangan Hudud yang berlaku pada ketika ini. Menilai respon-respon yang dikemukakan oleh pelbagai pihak semenjak kebelakangan ini, ABIM menggesa perundangan hudud tidak dijadikan sebagai polemik oleh mana-mana parti serta pihak yang mendulang populariti politik semata-mata. Jika keadaan ini berterusan, ABIM khuatir akan tercetus persepsi negatif terhadap keluhuran dan integriti masa depan perundangan jenayah Islam di negara ini. ABIM berpandangan bahawa usaha ke arah undang-undang hudud boleh dan harus dilaksanakan melalui kehendak politik yang kuat dengan mengambil kita penafsiran dan pindaan semula terhadap sistem perundangan yang sedia ada. Persoalannya ialah bila ia akan mula dilakukan secara sistematik dan serius?

Justeru, alasan dan persepsi yang mengatakan perundangan Hudud tidak sesuai diamalkan tidak seharusnya diketengahkan secara semberono tanpa mengambil realiti dan arus perubahan yang berlaku di kalangan umat Islam. Banyak kajian ahli akademik dan perundangan yang telah menggariskan mekanisme ke arah pelaksanaan sistem perundangan jenayah Islam termasuklah pendidikan dan perundangan dan bagaimana sistem sedia ada boleh dimanfaatkan serta diperkasakan ke arah pelaksanaannya.

Dalam konteks ini, ABIM ingin merujuk kepada hasil kajian (turut disertakan sekali) bertajuk Values Dreams Ideals Muslim Youth In Southeast Asia: Surveys in Indonesia and Malaysia (terbitan 2011) yang dilakukan Merdeka Centre, Goethe Institute dan Yayasan Fredrich Naumann baru-baru ini. Dalam temuramah yang dijalankan ke atas 1060 orang responden belia Islam, kajian itu mendapati majoriti belia Islam mahukan perundangan jenayah Islam diamalkan secara meluas di negara ini termasuklah pelaksanaan hukuman sebat untuk kesalahan minum arak (92.4%), hukuman mati untuk kesalahan membunuh atau Qisas (92.5%) dan 71.5% bersetuju untuk hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri.

Walaupun tidak konklusif tetapi kajian ini memberi indikasi jelas bahawa generasi muda dan belia Islam di negara ini mempunyai persepsi yang positif terhadap pelaksanaan perundangan jenayah Islam. ABIM yakin melalui pelaksanaan program pendidikan dan penerangan yang lebih sistematik serta road map yang jelas ke arah pelaksanaan hukum hudud, masyarakat akan lebih jelas dan tentang hakikat sebenar pelaksanaan hukuman hudud yang menekankan keadilan dan menolak syubhah atau keraguan.

Pengalaman telah membuktikan bahawa sistem Islam seperti sistem perbankan dan muamalat Islam yang suatu ketika dulu dilihat dengan kacamata negatif telahpun berjaya menawarkan alternatif kepada sistem kewangan dan perbankan konvensional di Malaysia. Perkara yang sama juga dilihat tidak mustahil, bahkan harus dilihat dalam aspek positif apabila merujuk kepada konteks pelaksanaan sistem perundangan jenayah Islam. Justeru ABIM berpandangan adalah tidak wajar jika ahli politik Islam bersikap apologetik terhadap sebarang kritikan serta penentangan yang diketengahkan oleh pihak-pihak tertentu baik bukan Islam mahupun di kalangan umat Islam sendiri.

Dalam erti kata lain, perlaksanaan perundangan Islam pada ketika ini serta masa depan tidak hanya bergantung kepada kehendak politik (political will) para pemimpin politik semata-mata. Sebaliknya, kehendak umat Islam perlulah dihormati serta diterjemahkan menerusi mekanisme politik yang ditetapkan. Merujuk kepada konteks perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan, kebebasan seharusnya diberikan kepada kerajaan serta rakyat negeri terbabit untuk melaksanakan tatacara perundangan yang ingin diamalkan menerusi lunas-lunas demokrasi seperti pungutan pendapat serta referendum.

Ini merupakan praktis dan amalan normal dalam masyarakat yang matang demokrasinya. Jika itu kehendak rakyat, tuntutan perundangan jenayah Islam dilaksanakan di negara ini harus dihormati. Walaupun begitu, masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa khuatir dan takut kerana undang-undang ini hanya membabitkan mereka ya ng beragama Islam sahaja. Di samping itu, perundangan Islam juga menjamin serta memelihara hak serta kebebasan orang bukan Islam untuk mengamalkan budaya hidup masing-masing.

Dalam hal ini, ABIM semenjak penubuhannya pada 1971 telah menyatakan komitmen serta sokongannya terhadap perlaksanaan undang-undang Islam di negara ini. Justeru sudah tiba masanya ia dijunjung serta diletakkan di tempat yang sewajarnya bersesuaian dengan status Islam sebagai agama Persekutuan.

MOHAMAD RAIMI AB RAHIM
Setiausaha Agung,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

TAHNIAH PROF. DATO' DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN

Profesor Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Mantan Naib Presiden Antarabangsa (ABIM) telah dianugerahkan Darjah Indra Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato'. Istiadat pengurniaan tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'ain Billah di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang bersempena dengan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang ke-79 pada 26 September 2011. Seluruh warga ABIM merakamkan ucapan tahniah di atas pengurniaan yang diterima oleh YBhg. Profesor Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman.

Isnin, 26 September 2011

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) 26092011

Assalamualaikum wrh.wbt.

Dimaklumkan Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) mingguan akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 28 Sept 2011 (Rabu)
Masa : Solat Isyak bersama
Lokasi : Pusat Anak Muda, ABIM Bangi, No 15, Jalan 1/4A, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor

Sila bawa al-quran, sejadah, tafsir Ar Rahman, al-mathurat dan makanan (pot-luck) ke program tersebut.

Untuk info lanjut sila sms ke 013-3094750 tq

Promosi Pengambilan Pelajar Baru KDH Sepenuh Masa Sesi Semester Sept 2011


Assalamualaikum wrh.wbt.

Dimaklumkan Kolej Dar al Hikmah (KDH) milik penuh ABIM, sedang mengadakan promosi pengambilan pelajar baru Sesi September 2011 untuk sepenuh masa. Kursus yang ditawarkan seperti berikut

1. Diploma Psikologi (DPSK)
2. Diploma Kaunseling (DK)
3. Diploma Usuluddin (DU)
4. Diploma Perakaunan (DPAK)
5. Diploma Pengajian Syariah Islam (DPSI)
6. Diploma Pengajian Islam (Muamalat) (DPMUA)
7. Sijil Perguruan Pra Sekolah (SPS)
8. Diploma Pengurusan Pra-Sekolah (DPSEK)- (Dalam proses permohonan kelulusan)

Justeru itu, jika ada yang berminat untuk menyambung pengajian di bidang dinyatakan diatas.

sila berikan sms NAMA PENUH, NO HP, SINGKATAN NAMA KURSUS, EMEL ke no hp rasmi ABIM Bangi 013-3094750 atau Baktiar : 019-7882279 atau Nizam : 019-2776587

Syarat-syarat Kemasukan

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 Kepujian / Kredit atau setaraf dengannya

Kemudahan Pembiayaan disediakan

1. PTPTN
2. MARA
3. Bank Rakyat, Bank Islam, Bank Muamalat
4. Koperasi Belia Islam (KBI)
5. Bantuan kewangan dari Majlis Agama Islam Negeri

Info lanjut : http://hikmah.edu.my/portal/main.php?op=8

Sumbangan Prihatin Sekampit Beras di Kg Teras Jernang, Bdr Baru Bangi Lancar





Pada 25 Sept 2011, jam 10 pagi di Kg Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor. ABIM Bangi telah bekerjasama dengan Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kg mengedarkan bantuan prihatin sekampit beras dan barang-barang keperluan rumah kepada 25 orang keluarga yang dikenlapsti sebagai golongan yang memerlukan. Ia telah disertai oleh pimpinan ABIM Bangi serta aktivis Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ia adalah hasil sumbangan orang ramai yang telah dijalankan oleh ABIM sempena bulan ramadan yang lalu. Program ini secara tidak langsung merapatkan lagi hubungan kemasyarakatan yang terjalin antara ABIM Bangi dan masyarakat setempat

Rabu, 21 September 2011

Ziarah Prihatin Buat Sdr Johar Jordan Ng Abdullah

Pada 20 September 2011 jam 9.15 mlm, Sdr Baktiar mewakili ABIM Bangi telah melawat Sdr Johar Jordan Ng Abdullah yang telah dimasukkan ke Wad 2, Katil No 21 di Hospital Kajang malam tadi setelah mendapat panggilan telefon dari pihak Hospital. Beliau dimasukkan ke wad kerana ada masalah berkaitan dengan buah pinggang dan juga merupakan pesakit kencing manis. Beliau telah diberikan rawatan lanjut termasuk insulin. Semoga beliau tabah dan kembali sihat untuk menjalani kehidupan sebaik baiknya nanti.

Sumbangan Prihatin Buat Sdr Johar Jordan Ng Abdullah

Pada 16 Sept 2011 jam 10.30 pagi yang lalu, ABIM Bangi telah menyerahkan Sumbangan Prihatin Aidilfitri kepada Saudara Baru Johar Jordan Ng Abdulllah di rumah ibu beliau di Taman Permai, Semenyih, Selangor. Bantuan yang diberikan berupa beras dan barang keperluan rumah serta wang sumbangan. Turut sertai sesi penyerahan tersebut termasuk Sdr Azlan, exco ABIM Selangor dan Sdr nizam & Sdr Baktiar ABIM Bangi.

Isnin, 19 September 2011

RECOGNIZES PALESTINIAN STATE NOW! : ABIM

On this coming 20th September 2011, the Palestinian Liberation Organization PLO will propose a resolution for the United Nations to recognize Palestine to be represented as an independent country, and as a fully fledged member of the United Nations. It is time for Palestinian to declare once and for all their right to self determination, their sovereignty, freedom and independence.

This comes after exhausting useless and meaningless rounds of negotiations with Israel on the terms of Palestinian statehood which have been frozen since 2008. It is an arduous and a long overdue process while everyday Palestinians faces a continuous series of brutality, animosity, displacement, dispossession and atrocities done by the Israeli regime. A regime which has never honoured or appreciated the language of negotiation and dialogue. Negotiations with the Israeli regime lead to disappointment, deceit and the squandering of time and missing opportunities of peace.

In this regard, ABIM would like to take this precious occasion to express our deep solidarity and full support for Palestinians in taking this step for the recognition of the Palestinian State based on UNSC resolution 242 which states a defined 1967 contiguous border with East Jerusalem as its capital. We support the admission of Palestine as a full member of the United Nations.

ABIM urges the international community especially those countries that are yet to recognize Palestine to use their moral conscience and to stand together showing support and solidarity for Palestine. We owe a historical debt to the Palestinian peoples' right to an independent state for 64 years. By doing so, we are fulfilling our duty and responsibility towards stopping injustice towards Palestine and to preserve their basic national and human right to live happily and peacefully within their own soil.

ABIM supports the decision of the Malaysian Government to recognize Palestine. Moreover, as a respected Islamic country, Malaysian Government should play a more leading and significant role by using its regional influence to get more countries to recognize Palestine especially among remaining Asean countries like Thailand and Singapore. The Malaysian Government should not be too concerned of pressures from USA and its allies but by upholding truth and justice ought instead to persuade and urge US and its allies to be fair and support the Palestinian cause.

Finally, based on the report entitled “Building the State of Palestine” prepared by Palestinian National Authority, ABIM is confident that Palestinian is ready to become a sovereign country and exercise its right to self-determination which has been repeatedly recognized over and over again by the UN and by the International Court of Justice in 2004. Now, it is time for the flag of Palestine to be hoisted high at the UN.


JUFITRI JOHA,

Vice President (International Affair),

Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)

ISA: ABIM TUNTUT KETELUSAN KERAJAAN

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik pengumuman pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta beberapa akta yang berkaitan. Langkah ini mempelihatkan ketelusan kerajaan untuk memelihara ketenteraman dan kebebasan bersuara seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Pengumuman ini menandakan keterbukaan sikap pihak pemerintah terhadap desakan serta pandangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak terhadap akta tersebut sebelum ini.

Namun demikian, adalah amat malang sekiranya pengumuman ini hanya bersifat populis untuk meraih undi bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangka bakal dilangsungkan tidak lama lagi. Dalam konteks ini, ABIM tidak mahu melihat rakyat terperangkap dalam permainan politik dilihat semakin rencam dan mengelirukan rakyat.
Sekiranya inilah yang sebenarnya berlaku, ABIM khuatir ia akan mencetuskan persepsi negatif rakyat terhadap ketelusan pemerintah yang sekaligus menjejaskan integriti serta keabsahan pihak berkenaan dalam melaksanakan agenda transformasinya.

Sesungguhnya kebebasan dan ketenteraman awam merupakan hak asasi seluruh rakyat Malaysia dan ia perlulah dilaksanakan dengan semangat dan komitmen demokrasi yang tinggi. Adalah amat penting agar prinsip ini dilaksanakan di Malaysia tanpa mengira keterikatan individu atau mana-mana terhadap sesuatu parti serta kefahaman politik tertentu.

ABIM dengan ini mendesak pihak yang berkenaan agar menghormati segala lunas perundangan yang telah ditetapkan serta tidak sewenang-wenangnya menghalalkan sebarang penganiayaan serta diskriminasi atas nama menjaga ketenteraman serta kesejahteraan awam. ABIM akan terus memantau serta memberikan kenyataan berhubung dengan pemansuhan akta-akta tersebut di samping proses penggubalan akta-akta yang menggantikannya, agar ia menepati janji pihak pemerintah untuk menjunjung tinggi teras demokrasi serta nilai kebebasan hak asasi manusia di negara ini.


AMIDI DATO’ ABDUL MANAN
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Khamis, 15 September 2011

Program terkini ABIM Bangi (15092011)

Berikut adalah program-program terkini

1. Sumbangan Prihatin Aidilfitri ABIM Bangi kepada Saudara Baru Johar Jordan Ng Abdullah di No 76,Tmn Permai, Semenyih 16 Sept 2011 (jumaat) 9.00pg. Kumpul kat stesen bas semenyih sentral 8.00 pagi. Jom sertai!

2.MAJLIS RAYA WAP 3G SELANGOR 2011

Tarikh : 18 Sept 2011 (Sabtu)
Lokasi : Bilik Seminar Masjid Ubudiyah Seksyen 19 Shah Alam, Selangor

Tentatif Program

9.00pg Tetamu hadir
9.30pg Kata-kata aluan Pengerusi Majlis
9.45pg Bicara WAP 3G - WADAH Selangor, ABIM Selangor & PEPIAS
11.00pg Perasmian ‘Tabung Kasih Zulhijjah’
11.15pg Jamuan Raya
12.00tghr Persidangan HELWA Daerah (ABIMSelangor)
1.00ptg Bersurai

3. Kumpulan Pengkajian Islam (Usrah) ABIM Bangi
Tarikh : 21 Sept 2011
Masa : Isyak bersama
LokasI : Markas ABIM Bangi, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi (berdekatan dgn pejabat pentadbiran TAHFIZ ABIM Bangi)

4. Majlis Sambutan Aidilfitri KDH & ABIM Bangi 2011
Tarikh : 24 Sept 2011
Masa : 1.00 - 3.30 ptg
Lokasi : Dewan Besar KDH, Sg Ramal Dalam, Kajang

Jemput semua aktivis hadir ke program tersebut. Pakaian : Baju Biru : Sukarelawan ABIM Bangi.

5. Sumbangan Prihatin Aidilfitri ABIM Bangi
Tarikh : 25 Sept 2011
Masa : 2.00 ptg
Lokasi : Rumah 25 orang penerima bantuan di Kg Teras Jernang, BBB

Selasa, 13 September 2011

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) 14092011

Assalamualaikum wrh.wbt.

ABIM Bangi akan mengadakan program kumpulan pengkajian Islam (usrah) mingguan. Ia seperti berikut

Tarikh : 14 Sept 2011
Masa : Isyak bersama
Lokasi : Rumah Sdr Nizam, No 20, Jln 4/3B, Bandar Baru Bangi, Selangor

Semua ahli, aktivis dijemput hadir. Untuk info lanjut sila hubungi 019-2776587

Isnin, 12 September 2011

KENAIKAN CUKAI PERKHIDMATAN PRABAYAR JANGAN BEBANKAN RAKYAT

Pengumuman kenaikan cukai perkhidmatan prabayar sebanyak enam peratus mulai 15 September ini bakal meninggalkan implikasi yang pelbagai, terutama sekali kepada golongan pengguna.

Paling ketara, kenaikan cukai ini akan meningkatkan kos komunikasi terpaksa ditanggung oleh pengguna yang terlebih dahulu terpaksa memenuhi keperluan caj-caj sedia ada yang dikemukakan oleh syarikat telekomunikasi.

Pada masa yang sama, industri telekomunikasi sedang berkembang pesat di negara ini. Industri dilaporkan telah mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan.

Sebagai contoh sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka negara ini, Maxis telah mencatatkan keuntungan sebanyak pracukai sebanyak RM 2.3 bilion pada September 2010 yang lalu.

Kenaikan cukai ini secara langsung akan memberikan tekanan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi untuk mencatatkan keuntungan, dengan mengambil kira kos pengendalian serta pentadbiran yang terpaksa ditanggung pada ketika ini.

Telefon bimbit pada masa kini boleh dikategorikan sebagai barangan asasi yang digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat, sebagai medium komunikasi penting di antara satu sama lain.

Sepatutnya pihak berkenaan mengambil kira fakta terbabit sebelum mengumumkan kenaikan cukai perkhidmatan prabayar. Ini merupakan beban tambahan kepada pengguna terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana yang kini sedang bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang. Kepentingan para pengguna tidak boleh dikesampingkan dalam sebarang proses penggubalan dasar ataupun polisi yang berkaitan.

Mohamad Raimi Ab.Rahim
Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

KENAL PASTI IDENTITI MAKCIK SITT AL-WUZARA SEGERA UNTUK ELAKKAN IMPLIKASI NEGATIF

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin mengulang gesaan menuntut pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib menyegerakan siasatan ke atas kes Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Gesaan ini termasuk mengenal pasti identiti sebenar individu terbabit untuk mengelakkan sebarang implikasi yang tidak menyenangkan. ABIM mengulangai desakan ini berdasarkan kepada meningkatnya pendedahan-pendedahan identiti yang didakwa dibuat yang didakwa sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Dikhuatiri, kegagalan berbuat (siasatan ke atas identiti sebenar Mak Cik Hajjah Sitt Al-wuzara) demikian akan mengakibatkan insiden-insiden yang tidak menyenangkan dalam bentuk “witch hunt” akan berlaku. ABIM merujuk kepada spekulasi-spekulasi yang sedang diutarakan dalam media-media blog bahawa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara akan dibunuh, akibat daripada perbuatan ini.

Walaupun penghinaan yang dilakukan tidak boleh dikompromi, ia tidak bermaksud landasan undang-undang tidak boleh digunakan untuk mengambil tindakan ke atas individu-individu seperti Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Justeru, adalah menjadi harapan di pihak ABIM agar pihak berkuasa yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang tegas serta segera dalam kes-kes berkenaan untuk mengelakkan implikasi dan persepsi negatif terhadap integriti badan-badan yang berkenaan.

Selain kes Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, ABIM turut memandang berat penularan blog-blog serta group-group siber yang seakan menidakkan kesucian agama Islam. Tindakan pantas serta efisien daripada pihak berkuasa yang berkenaan adalah perlu memandangkan mereka mempunyai autoriti atau bidang kuasa yang telah ditetapkan menerusi perlembagaan persekutuan serta undang-undang berkenaan.


MOHAMAD RAIMI AB RAHIM
Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

MAJLIS RAYA WAP 3G (WADAH Selangor, ABIM Selangor & PEPIAS)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sukacita dijemput kepada semua ahli WADAH Selangor, ABIM Selangor & PEPIAS untuk sama mengukuhkan ukhuwah di majlis :

MAJLIS RAYA WAP 3G

Tarikh : 18 September 2011, bersamaan 20 Syawal 1432h (Ahad)
Lokasi : Bilik Seminar Masjid Ubudiyah Seksyen 19 Shah Alam
Masa : 9.00pg - 1.00ptg

Aturcara :
- Bicara WAP 3G
- Pelancaran Program ' Tabung Kasih Zulhijjah '
- Persidangan HELWA Daerah ABIM Selangor
- Jamuan

Wassalam

Hidayah
Pengurus Sekretariat
ABIM Selangor
0193636394
02-02-06 Wisma MAIS
Seksyen 3 Shah Alam

www.abimselangor.blogspot.com

Rabu, 7 September 2011

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) 07092011

Dimaklumkan ABIM Bangi akan mengadakan usrah seperti biasa. Maklumat lanjut seperti berikut

Tarikh : 7 Sept 2011 (Rabu)
Masa : Isya' bersama
Lokasi : Rumah Sdr Ahmad Saparudddin, No : 30, Jln Melati 2, Sg Ramal Dalam, Kajang, Selangor

Oleh itu semua aktivis, anak muda yang berminat dijemput hadir ke program ini. Untuk info lanjut sila hubungi Sdr Nizam : 019-2776587