Jumaat, 27 Januari 2012

Ceramah Motivasi : Zero To Hero



Pada 27 Jan 2012 jam 9.00 mlm bertempat di Bilik Syura 2 telah diadakan ceramah motivasi.Ia telah disampaikan oleh Pn Hjh Nafisah Bt Mohd merupakan Kaunselor Cemerlang di Malaysia tahun 2010 dan kini Pengurus Al Hikmah Training & Consultancy yang bertajuk 'Zero To Hero'.Beliau bergandingan Ust Long Kechik.Lebih 30 orang menghadiri program tersebut.Antara isi-isi penting yang sampaikan termasuklah tentang pentingnya mempunyai bahasa kendiri yang positif.Penyemaian tabiat yang baik amat penting kerana ia akan akhirnya menjadi automatik.Selain itu, penghayatan doa-doa sebelum dan selepas bangun tidur,jauhi menghabiskan masa kepada perkara yang negatif dan merugikan.Fokus kepada ke arah kecemerlangan hidup.Malah tentang konsep sebenar maksud kata Motivasi juga dikongsikan.Motivasi adalah gabungan dua perkataan iaitu motif + tindakan.Sesuatu perkara dilakukan perlu dengan motifnya.Dan jika motif ada tapi tanpa sebarang tindakan,kita tak ke mana-mana.

Forum Pengkaji Pemikiran & Tamadun Siri Ke 24


Pada 26 Jan 2012 jam 9.00 mlm di Bilik Syura Kolej Dar al Hikmah (KDH)Sg Ramal Dalam,Kajang Selangor telah diadakan forum tersebut.Ia bertajuk 'Kebangkitan Rakyat : Haluan & Cabaran Gerakan Islam' oleh Sdr Haris Zalkapli.Beliau merupakan pengamat politik dan juga mantan Ketua Bahagian Rencana HARAKAH dan juga pengarang buku yang bertajuk 'Revolusi Global : Dunia dalam era kebangkitan rakyat.Seramai lebih 30 org menghadiri program tersebut termasuk pimpinan ABIM Bangi.Beliau menekankan betapa gerakan Islam ditekan melalui media antarabangsa agar lebih moderate dan sederhana selepas menyaksikan perubahan landskap politik yang membolehkan gerakan Islam membentuk kerajaan baru melalui pilihanraya yang demokratik.Ia menyebabkan mereka mengambil pendekatan populis untuk memenangi hati rakyat dan seterusnya mendapat kuasa dan undi.Oleh itu gerakan Islam perlu berhati-hati dalam mengambil sikap atau tindakan seterusnya.Ia wajar berada di landasan intelektual yang mendalam dan berpegang kepada asas moral yang sejajar dengan kehendak syariat.

Rabu, 11 Januari 2012

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) mingguan

Dimaklumkan bahawa ABIM BANGI akan mengadakan usrah mingguan. Butiran lanjut seperti berikut

Tarikh : 11 Jan 2012 (Rabu)
Masa : 9.15 mlm
Lokasi : pejabat ABIM BANGI, No 15,Jln 4/1A,Seksyen 1,BBB

semua aktivis dan anak muda dijemput hadir