Sabtu, 24 Mac 2012

Kuliah Tafsir Maudhuiyy Siri Ke-61 oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil

Assalamu'alaikum wr. wbt.

Sdr sekalian

WADAH, ABIM & PKPIM dengan kerjasama Kolej Dar al Hikmah akan menganjurkan Kuliah Tafsir Maudhuiyy Siri Ke-61 seperti berikut :-

TARIKH : SABTU 24 MAC 2012
MASA : 8:35 MALAM (Solat Isyak berjamaah di Surau KDH)
TEMPAT : DEWAN BESAR KOLEJ DAR AL-HIKMAH, KOMPLEKS DAR AL-HIKMAH, SG. RAMAL DALAM, KAJANG, SELANGOR

Semua di jemput hadir.

MOHD HALIMI
Pen SUA Wadah

Jumaat, 23 Mac 2012

Majlis Perundingan Belia Daerah Hulu Langat 2012

Pada 23 Mac 2012 yang lalu, ABIM Bangi telah dijemput oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat ke Majlis Perundingan Belia Daerah Hulu Langat 2012. Majlis Belia Daerah Hulu Langat adalah badan gabungan Majlis Belia selangor. Ia telah diadakan di Hotel Prescott Metro Inn, Kajang, Selangor.Lebih 50 orang wakil persatuan-persatuan belia daerah Hulu Langat hadir ke majlis tersebut.Antara isi penting ucapan Encik Azhar Bin Hambali selaku Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Langat termasuk meningkatkan kualiti kepimpinan belia hulu langat.Manakala ucapan Encik Musa Bin Salim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSD)menyentuh tentang hasil makmal belia yang telah diadakan baru-baru ini.Selain itu ada sesi pembentanbngan Laporann MBD, dialog serta penetapan usul.

Jumaat, 16 Mac 2012

Global March For Syria 2012: ABIM Tidak Naif!

Merujuk kepada kenyataan yang dikemukakan Tan Sri Zainuddin Maidin (Tidak Perlu Tunjuk Perasaan Anti-Presiden Syria, Utusan Malaysia 14 Mac 2012), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin menjelaskan beberapa persoalan yang dikemukakan oleh beliau berhubung dengan Perhimpunan Selamatkan Syria (akan dianjurkan pada setelah solat Jumaat 16 Mac 2012, bukan Sabtu sepertimana yang dikemukakan beliau sebelum ini) serta gerakan kempen ‘Save Syria’ yang mula mendapat perhatian media semenjak kebelakangan ini.

Pertama perhimpunan aman ini dianjurkan atas dasar kemanusiaan dan keamanan semata-mata, untuk mendesak kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Syria dihentikan dengan serta merta. Sebagai pertubuhan yang sentiasa kehadapan dalam membela hak asasi manusia di peringkat global, ABIM dan masyarakat antarabangsa secara amnya memilih untuk tidak berdiam diri serta berpeluk tubuh, membiarkan orang awam terutamanya kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa terus menerus menjadi mangsa kekejaman serta dinafikan hak untuk menuntut kebebasan, keadilan, keamanan dan kemuliaan sebagai seorang manusia!

Penganjuran perhimpunan ini adalah manifestasi bantahan jelas kepada Kerajaan Syria dan masyarakat dunia agar kekejaman ini dihentikan dengan segera, dan semua pihak yang terlibat harus menyelesaikan krisis menerusi saluran diplomatik di meja rundingan. Di samping itu, kami juga menuntut kerajaan Syria untuk menyantuni tuntutan-tuntutan perubahan serta pembaharuan politik yang dikemukakan oleh rakyat Syria, selaras dengan aspirasi serantau (Timur Tengah atau Dunia Arab) serta sejagat secara keseluruhannya.

Merujuk kepada kekhuatiran berhubung dengan agenda kuasa asing ataupun “Jenayah Hasutan” yang dikatakan mengatur pendekatan adu domba untuk campur tangan di Syria, sukacita dimaklumkan ABIM dan rakan-rakan NGO yang lain sedia maklum dengan situasi tersebut serta melakukan analisis (berdasarkan kepada pelbagai sumber maklumat serta saluran media dan rakyat Syria sendiri) serta melaksanakan tindakan yang sewajarnya. Kami tidaklah “senaif” sepertimana yang ditanggapi oleh beliau dalam menilai situasi di Syria pada ketika ini.

Bahkan gerakan Save Syria ini turut mendapat dukungan dari pelbagai pihak termasuk Tun Dr Mahathir sendiri (sila klik Tun Dr Mahathir: Muslim Country's Should Contribute To Peaceful Solution In Syria) yang menganjurkan desakan dikemukakan dengan lebih agresif agar perubahan dilakukan segera di Syria untuk menutup ruang sebarang campur tangan pihak asing.

Dalam erti kata lain, kami berpendirian agar biarlah perubahan yang dituntut oleh rakyat Syria berlaku secara tulen serta diselesaikan menerusi saluran politik domestik (oleh rakyat Syria sendiri), bukan menerusi campur tangan pihak luar yang takkan menjamin perkembangan demokrasi yang positif sepertimana di Libya dan Iraq.

Justeru mengambil kesempatan, ABIM mengecam sama sekali usaha di kalangan negara-negara luar yang tidak berkenaan yang cuba mempolemikkan (mendesak campurtangan luar) tanpa memberi ruang kepada kerajaan serta rakyat Syria mencari penyelesaian yang bersifat win-win situation.

Sekretariat Antarabangsa ABIM menerusi Kempen Save Syria yang dilancarkan semenjak Januari lalu, telah menganjurkan pelbagai aktiviti untuk membantu rakyat Syria di samping membangkitkan kesedaran di kalangan pelbagai pihak seperti mengadakan ceramah kesedaran, rayuan derma bantuan kemanusiaan, flash mob dan pengedaran poster kempen kesedaran.

Untuk pengetahuan Tan Sri Zainuddin Maidin, kempen ini (Save Syria atau kempen seumpamanya) telah disambut oleh masyarakat antarabangsa (terutama sekali) Umat Islam di seluruh dunia yang dambakan keadilan, kebebasan, serta keamanan.

Sebarang usaha menafikan gerakan ini hanyalah polemik melawan arus yang bersifat anti-klimaks serta bukan merupakan manifestasi terhadap kecintaan terhadap esensi keadilan,kebebasan, serta keamanan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia!

Jufitri Joha
Naib Presiden Antarabangsa, Angkatan Belia Islam Malaysia

Khamis, 1 Mac 2012

Program Terkini ABIM Bangi (Mac 2012)

Dimaklumkan program terkini ABIM Bangi yang boleh disertai oleh anak muda di Bangi. Ia seperti berikut

1. Sembang Sambil Sarapan (3S)

Tarikh : 3 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Rumah Dr Razali Nawawi, No 7, 2/1D, Bandar Baru Bangi

Sila hubungi Sdr Nizam 019-2776587

2. Bicara Anak Muda : Memartabatkan Syariah Dalam Negara

Tarikh : 10 Mac 2012(Sabtu)
Masa : 9.00 pagi -11pagi
Tempat : Pej. ABIM Bangi,No 15 Jln 4/1D Seksyen 1 Bandar Baru Bangi

Panel

1. Sdr Anuar Ismail - Ketua, Grup Peguam ABIM
2. Wakil Persatuan Ulama Malaysia (PUM)

Sila hubungi Sdr Arrabe : 013-3911504

3. Putsal Anak Muda Bangi

Tarikh : 15 Mac & 21 Mac 2012 (Khamis)
Masa : 10 - 12.00 mlm
Lokasi : Galaxy Futsal, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor

Jika berminat sertai, sila hubungi Sdr Hammad : 019-3070007

4. Program Kepimpinan Hal Ehwal Wanita ABIM (HELWA) Selangor

Tarikh : 31 Mac - 1 April 2012
Lokasi : Kolej Dar al Hikmah (KDH)
Peserta : 100 orang

Sila hubungi Pn Normazita 016-9472064