Jumaat, 23 Disember 2011

Bengkel Penggerak Masyarakat - BPM

ABIM Bangi akan menganjurkan Bengkel Penggerak Masyarakat. Butiran lanjut program seperti berikut

Tarikh : 24/12/2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Lokasi : Dewan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi Selangor
Peserta : 70 orang pelajar UKM & ABIM Bangi

Jemput hadir!

Khamis, 1 Disember 2011

Program ABIM Bangi - Disember 2011

Assalamualaikum wrh.wbt.

Berikut adalah program-program yang dianjurkan oleh ABIM Bangi bagi Disember 2011 yang boleh disertai. Ia seperti dibawah:-

1. Program Sembang-Sembang Sambil Sarapan (3S)

Tarikh : 3/12/2011
Masa : 8.30 pagi
Lokasi : Pejabat ABIM Bangi, Seksyen 1, BBB

Jika berminat, sila hubungi : Sdr Nizam : 019-2776587

2. Futsal 1

Tarikh : 7/12/2011
Masa : 9.00 -11 mlm
Lokasi : Galaxy, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi
Sasaran : 30 orang belia

Jika berminat hubungi : Sdr Ehsan : 012-2631160

3. Jom Belajar Solat

Tarikh : 10/12/2011
Masa : 8.30 pagi - 5.30 ptg
Lokasi : Surau Al-Abrar, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
Yuran : RM25 seorang
Sasaran : kanak-kanak berumur 7 hingga 9 tahun (50 orang)

Jika berminat hubungi : Pn Norhayati : 012-6900094 atau Pn. Farihah Nawam : 019-6436900

4. Bengkel Gejala Sosial

Tarikh : 17/12/2011
Masa : 8.30 pagi - 4.30 ptg
Lokasi : Kolej Dar Al Hikmah (KDH)
Sasaran : 20 orang belia

Jika berminat hubungi : Pn Norhayati : 012-6900094

5. Futsal 2

Tarikh : 21/12/2011
Masa : 9.00 -11 mlm
Lokasi : Galaxy, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi
Sasaran : 30 orang belia

Jika berminat hubungi : Sdr Ehsan : 012-2631160

7. Bengkel Penggerak Masyarakat

Tarikh : 25/12/2011
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Lokasi : Kg. Teras Jernang, Seksyen 14, Bandar Baru Bangi

Jika berminat hubungi : Sdr Faizal : 019-4788894

Khamis, 24 November 2011

SEKSUALITI MERDEKA: HORMATI KELUHURAN UNDANG-UNDANG

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada forum “Human Right for LBTIQ: Making it Real in Malaysia” anjuran Majlis Peguam Malaysia dan penganjuran aktiviti yang mempromosi nilai dan hak golongan LGBT oleh Kumpulan Seksualiti Merdeka sepanjang bulan November ini. ABIM memandang serius perkembangan golongan tersebut yang mutakhir ini begitu berani menuntut secara terbuka agar undang-undang Malaysia memberikan hak kepada golongan LGBT atas nama kebebasan hak asasi manusia sejagat.

Kebebasan hak asasi yang dilaungkan oleh golongan LGBT ini adalah bukan sahaja bercanggah dengan ajaran agama Islam malah semua agama telah mengharamkam perhubungan sejenis sesama manusia. Ia adalah nilai songsang dalam masyarakat, dan agama mendefinisikannya sebagai di luar tabi’e.

Selain itu, dalam sejarah ketamadunan manusia, golongan yang mengamalkan dan memperjuangkan kebebasan homoseks ini dianggap sebagai golongan pelampau (al-‘adun) yang telah dibinasakan oleh Allah.

Undang-undang negara adalah berasaskan agama. Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan mengangkat Islam sebagai agama persekutuan, disamping turut memperuntukkan bahawa agama-agama lain boleh diamalkan di seluruh persekutuan. Kerana itu mana-mana tindakan yang bertentangan dengan agama adalah dianggap satu kesalahan.

Kanun Keseksaan, di bawah Seksyen 377 telah menjelaskan bahawa perbuatan perhubungan sesama jantina adalah termasuk di bawah perbuatan di luar tabi’e dan ianya menjadi suatu kesalahan. Malah di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri ia adalah suatu kesalahan syariah sekiranya dilakukan oleh orang Islam. Begitu juga dalam konteks perkahwinan, undang-undang negara telah mengharamkan perkahwinan sesama jenis.

ABIM berpandangan sekiranya kebebasan asasi ini diangkat dan diiktiraf oleh undang-undang banyak implikasi perundangan boleh berlaku. Antaranya perhubungan sejenis ini akan diiktiraf, perkahwinan sesama jantina menjadi sah, dan pertukaran jantina boleh menjadi suatu yang halal di negara ini.

ABIM ingin melahirkan kebimbangan sekiranya perkara ini berlaku, maka kehancuran sistem nilai dalam masyarakat akan menjadi parah. Sistem institusi keluarga juga bakal menuju kehancuran.

Selain itu, perjuangan LGBT ini jelas bercanggah dengan nilai-nilai moral dan kesusilaan seperti mana yang terkandung dalam falsafah negara. Unsur negatif ini yang meresap dalam masyarakat akan menggagalkan sistem moral dan norma-norma ketimuran yang boleh menjerumus kita untuk menjadi seperti negara Barat yang tidak lagi berpegang kepada prinsisp agama dalam kehidupan.

Justeru, ABIM menggesa pihak yang memperjuangkan hak asasi golongan LGBT ini menghormati keluhuran undang-undang negara demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

ABIM turut menggesa agar kumpulan terbabit menghormati sensitivi masyarakat beragama di negara ini dengan tidak mempromosikannya secara terbuka kerana dikhuatiri mampu menggugat ketenteraman awam dan keamanan negara selain mencipta fenomena yan tidak sihat di kalangan masyarakat.

ABIM menyeru agar semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), parti politik, jabatan kerajaan, dan masyarakat keseluruhannya menolak perjuangan kumpulan yang mendokong LGBT ini, dan mengecam secara khusus Kumpulan Seksualiti Merdeka yang telah menjadikan bulan November sebagai bulan meraikan aktiviti songsang yang bercanggah dengan nilai moral dan agama.

ABIM menyambut baik ketegasan pihak PDRM dalam menangani kumpulan terbabit. Oleh itu, ABIM berharap agar lain-lain agensi penguatkuasaan seperti JAKIM, dan Jabatan Agama Islam Negeri dapat memainkan peranan yang lebih serius dan progresif khususnya dalam soal pemantauan dan pencegahan supaya aktiviti mereka tidak terus mencemarkan institusi moral masyarakat.

MOHAMAD RAIMI AB RAHIM
Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Rabu, 9 November 2011

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) 09112011

Dimaklumkan usrah mingguan akan diadakan seperti biasa. Butiran lanjut seperti berikut

Tarikh : 09 Nov 2011 (Rabu)
Masa : 9.30 mlm
Lokasi : Sekretariat ABIM Bangi, No 15, Jalan 1/4A, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor

Semua anak muda yang berminat dijemput hadir ke program ini.

Selasa, 8 November 2011

PERUTUSAN EIDUL ADHA 1432H

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillah hil Hamd.

Tahmid kesyukuran ini melambangkan kerendahan hati manusia di dalam mengabdikan diri setulus-tulusnya terhadap Allah s.w.t. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin mengucapkan selamat menyambut Eidul Adha 1432H kepada seluruh umat Islam di Malaysia serta para jemaah Haji yang sedang menunaikan ibadah berkenaan di tanah suci pada ketika ini.

Bersempena dengan sambutan Eidul Adha yang disambut secara meriah saban tahun, adalah menjadi harapan agar semangat pengorbanan yang merupakan tema teras Eidul Adha dihayati oleh seluruh umat Islam di negara ini. ABIM berharap agar Eidul Adha ini menjadi pemangkin ke arah memperkukuh hubungan silaturrahim dan ukhuwwah Islamiah untuk membangun Khayra Ummah dan memelihara kemakmuran negara serta kesejahteraan negara.

ABIM ingin menyeru agar ketibaan Eidul Adha ini juga dimanfaatkan oleh golongan belia untuk menceburkan diri dalam sebarang aktiviti kemasyarakat yang dianjurkan khususnya program ibadah korban yang dianjurkan di surau dan masjid-masjid serta ziarah-menziarahi kaum kerabat. Khusus buat para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), diharapkan kesempatan Eidul Adha ini dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk mendekatkan diri serta bermunajat ke hadrat Allah s.w.t di samping mengulang kaji pelajaran dengan penuh ketenangan.

Akhir sekali, ABIM menyeru agar umat Islam di Malaysia turut mendoakan umat Islam di pelbagai pecahan benua yang sedang melalui pengorbanan getir mempertahankan maruah, keluarga, agama dan negara. Buat umat Islam di Palestin, Kashmir, Chechnya, Selatan Filiphina, Xinjiang, Timur Tengah, doa kami umat Islam di Malaysia sentiasa bersama kalian dalam semarak Eidul Adha ini.

Eid Mubarak! Kum Am Wa Antum Bil Khair!

MOHAMAD RAIMI AB RAHIM,
Setiausaha Agung,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

sumber : http://www.abim.org.my/

Khamis, 3 November 2011

TERUSKAN PERKASA BAHASA MELAYU: ABIM

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin mengulangi pendirian tegasnya menyokong usaha pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran selari dengan usaha kerajaan memperkasa sistem pendidikan kebangsaan dan mendaulat Dasar Bahasa Kebangsaan. ABIM bersama dengan lebih seratus badan bukan kerajaan (NGO) yang lain menyambut baik komitmen kerajaan khususnya Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran dalam menangani isu PPSMI yang terkait secara langsung dengan usaha memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

ABIM menyokong penuh usaha memperkasa sistem pendidikan kebangsaan yang bertanggungjawab ke arah penerapan nilai dan semangat kebangsaan. Oleh itu, kerajaan digesa agar tidak berkompromi dengan sebarang cadangan dan usaha pihak tertentu yang membelakangi peranan bahasa Melayu sebagai pasak sistem pendidikan kebangsaan.

Oleh hal yang demikian, cadangan beberapa pihak agar diberikan autonomi kepada pihak sekolah, ibu bapa dan guru dalam memilih sama ada PPSMI atau MBMMBI adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan sama sekali bertentangan dengan misi mendaulatkan bahasa Melayu.

Selain itu, persoalan sama ada konsensus umum atau kesepakatan kumpulan berautoriti. ABIM akur sekiranya benar dakwaan terdapat suara umum yang mahukan PPSMI dikembalikan namun sejarah membuktikan bahawa suara majoriti tidak selalunya betul lebih-lebih lagi sekiranya ia adalah majoriti di kalangan minoriti. Justeru yang lebih penting adalah konsensus para cendiakiawan dan pakar yang berautoriti dan lebih arif dalam bidang ini tanpa mengkesampingkan pandangan orang ramai termasuk ibu bapa, guru serta pemimpin masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO).

Oleh itu, kerajaan disaran memperkasa medium yang sedia ada bagi meningkatkan partisipasi PIBG dan pimpinan masyarakat dalam penggubalan sesuatu dasar pendidikan.

Disamping itu, pihak Kementerian Pelajaran diminta menyiasat dakwaan bahawa terdapat arahan dari pihak tertentu agar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik diteruskan dalam bahasa Inggeris meskipun teksnya dalam bahasa Melayu kelak. Jika benar, ia adalah sesuatu yang amat mendukacitakan tatkala proses memartabat bahasa Melayu sedang dijayakan.

Konflik bahasa dan perlembagaan yang berlaku di Hong Kong dan Belgium serta kegagalan negara-negara peminjam akut bahasa Inggeris di Afrika wajar dijadikan sempadan agar perkara yang sama tidak terjadi di negara ini. Komitmen China membuka pengajian bahasa Melayu, keteguhan Korea dan Jepun mempertahankan bahasa ibunda mereka perlu diteladani.

Dalam perkembangan berkaitan, ABIM menyambut baik pegenalan Pelan Tindakan Bagi Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di institut pengajian tinggi awam (IPTA) seperti yang diumumkan oleh Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi pada 27 Oktober lalu.

Empat strategi utama antaranya memperkukuh bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran, memperluas penyelidikan dan penerbitan, meningkatkan pengikhtirafan akademik bahasa Melayu serta memperkasa usaha pengantarabangsaanya.

Strategi yang disokong oleh 25 inisiatif lain ini dilihat mampu mengembalikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu selain memastikan proses kelangsungan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat rendah dan menengah. Oleh itu, ABIM berharap pelan ini dapat disambut dan direalisasikan oleh pihak IPTA di seluruh negara. Pihak NGO dan persatuan pelajar disaran agar turut membantu menjayakan misi murni ini.

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dituntut agar lebih agresif menterjemah karya-karya agung ke dalam bahasa Melayu selain penterjemahan karya tempatan ke dalam bahasa utama dunia yang lain. Usaha ini menuntut partisipasi aktif para penyelidik dan sarjana universiti dengan pihak ITNM. Kejayaan Jepun dan Korea dengan lebih 8000 penerbitan ilmiyah dalam bahasa ibunda mereka seharusnya menyuntik semangat baru kepada para sarjana kita.

Akhirnya, sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, ABIM mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya para pemimpin untuk merenung sejenak kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Tun Abdul Razak suatu ketika dahlulu, “bahawa kedudukan sesuatu bangsa itu juga bergantung kepada himpunan ilmu dalam bahasanya iaitu kepustakaan dalam bahasanya” selain kritikan Pak Asraf “pupus bahasa, pupuslah bangsa” kerana bangsa kita, tanggungjawab kita.

ABU QASSIM NOR AZMI
Ketua Biro Penerangan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Sumber : http://www.abim.org.my/

Khamis, 20 Oktober 2011

FORUM PENGKAJI PEMIKIRAN & TAMADUN SIRI KE- 23:

Assalamu'alaikum Wrmt. Wbth.

AKADEMI KAJIAN KETAMADUNAN DAN JABATAN PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL
KOLEJ DAR AL-HIKMAH

Dengan segala hormatnya menjemput

Y. Bhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan/ Saudara / Saudari ke:

FORUM PENGKAJI PEMIKIRAN & TAMADUN SIRI KE- 23:

APLIKASI KECERDASAN KEROHANIAN DALAM KAUNSELING ISLAM

Pembentang:

Dr. Mohd Rushdan Jailani
Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tarikh : 27 Oktober 2011/ 29 Zulkaedah 1432H (Khamis)
Masa : 9.00 – 11.00 Malam
Tempat : Bilik Syura, Kolej Dar al-Hikmah, Sg. Ramal Dalam,43000 Kajang, Selangor

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

AKK-KDH 03-8925 2392
(Cik. Saidatul ’Azzah)

~Penyertaan adalah PERCUMA~

Isnin, 10 Oktober 2011

Mesyuarat AJK ABIM Bangi

Dimaklumkan mesyuarat AJK ABIM Bangi akan diadakan. Butiran lanjut seperti berikut

Tarikh : 11 Okt 2011 (Selasa)
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : Pusat Anak Muda, ABIM Bangi, No 15, Jalan 1/4A, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor

Tujuan untuk menyelaras segala program yang dianjurkan dari masa ke semasa serta hal-hal keorganisasian.

Sembang-Sembang Sambil Sarapan (3S) Merapatkan Silaturrahim

Pada 8 Oktober 2011, jam 8.30-9.30 pagi bertempat di rumah Hj. Yunus, Exco WADAH Pusat,Kg Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, telah diadakan program Sembang-Sembang Sambil Sarapan (3S. Tujuan program ini diadakan ialah untuk merapatkan silaturrahim sesama aktivis dakwah muda mahupun tua. Seramai 20 pimpinan ABIM Pusat, Bangi dan lain termasuk PEPIAS & PKPIM hadir ke program tersebut. Lebih 20 orang ahli, aktivis WADAH turut hadir ke program tersebut.

Rabu, 28 September 2011

POLEMIK HUDUD: RAMAI GENERASI MUDA POSITIF

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang serius polemik perundangan Hudud yang berlaku pada ketika ini. Menilai respon-respon yang dikemukakan oleh pelbagai pihak semenjak kebelakangan ini, ABIM menggesa perundangan hudud tidak dijadikan sebagai polemik oleh mana-mana parti serta pihak yang mendulang populariti politik semata-mata. Jika keadaan ini berterusan, ABIM khuatir akan tercetus persepsi negatif terhadap keluhuran dan integriti masa depan perundangan jenayah Islam di negara ini. ABIM berpandangan bahawa usaha ke arah undang-undang hudud boleh dan harus dilaksanakan melalui kehendak politik yang kuat dengan mengambil kita penafsiran dan pindaan semula terhadap sistem perundangan yang sedia ada. Persoalannya ialah bila ia akan mula dilakukan secara sistematik dan serius?

Justeru, alasan dan persepsi yang mengatakan perundangan Hudud tidak sesuai diamalkan tidak seharusnya diketengahkan secara semberono tanpa mengambil realiti dan arus perubahan yang berlaku di kalangan umat Islam. Banyak kajian ahli akademik dan perundangan yang telah menggariskan mekanisme ke arah pelaksanaan sistem perundangan jenayah Islam termasuklah pendidikan dan perundangan dan bagaimana sistem sedia ada boleh dimanfaatkan serta diperkasakan ke arah pelaksanaannya.

Dalam konteks ini, ABIM ingin merujuk kepada hasil kajian (turut disertakan sekali) bertajuk Values Dreams Ideals Muslim Youth In Southeast Asia: Surveys in Indonesia and Malaysia (terbitan 2011) yang dilakukan Merdeka Centre, Goethe Institute dan Yayasan Fredrich Naumann baru-baru ini. Dalam temuramah yang dijalankan ke atas 1060 orang responden belia Islam, kajian itu mendapati majoriti belia Islam mahukan perundangan jenayah Islam diamalkan secara meluas di negara ini termasuklah pelaksanaan hukuman sebat untuk kesalahan minum arak (92.4%), hukuman mati untuk kesalahan membunuh atau Qisas (92.5%) dan 71.5% bersetuju untuk hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri.

Walaupun tidak konklusif tetapi kajian ini memberi indikasi jelas bahawa generasi muda dan belia Islam di negara ini mempunyai persepsi yang positif terhadap pelaksanaan perundangan jenayah Islam. ABIM yakin melalui pelaksanaan program pendidikan dan penerangan yang lebih sistematik serta road map yang jelas ke arah pelaksanaan hukum hudud, masyarakat akan lebih jelas dan tentang hakikat sebenar pelaksanaan hukuman hudud yang menekankan keadilan dan menolak syubhah atau keraguan.

Pengalaman telah membuktikan bahawa sistem Islam seperti sistem perbankan dan muamalat Islam yang suatu ketika dulu dilihat dengan kacamata negatif telahpun berjaya menawarkan alternatif kepada sistem kewangan dan perbankan konvensional di Malaysia. Perkara yang sama juga dilihat tidak mustahil, bahkan harus dilihat dalam aspek positif apabila merujuk kepada konteks pelaksanaan sistem perundangan jenayah Islam. Justeru ABIM berpandangan adalah tidak wajar jika ahli politik Islam bersikap apologetik terhadap sebarang kritikan serta penentangan yang diketengahkan oleh pihak-pihak tertentu baik bukan Islam mahupun di kalangan umat Islam sendiri.

Dalam erti kata lain, perlaksanaan perundangan Islam pada ketika ini serta masa depan tidak hanya bergantung kepada kehendak politik (political will) para pemimpin politik semata-mata. Sebaliknya, kehendak umat Islam perlulah dihormati serta diterjemahkan menerusi mekanisme politik yang ditetapkan. Merujuk kepada konteks perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan, kebebasan seharusnya diberikan kepada kerajaan serta rakyat negeri terbabit untuk melaksanakan tatacara perundangan yang ingin diamalkan menerusi lunas-lunas demokrasi seperti pungutan pendapat serta referendum.

Ini merupakan praktis dan amalan normal dalam masyarakat yang matang demokrasinya. Jika itu kehendak rakyat, tuntutan perundangan jenayah Islam dilaksanakan di negara ini harus dihormati. Walaupun begitu, masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa khuatir dan takut kerana undang-undang ini hanya membabitkan mereka ya ng beragama Islam sahaja. Di samping itu, perundangan Islam juga menjamin serta memelihara hak serta kebebasan orang bukan Islam untuk mengamalkan budaya hidup masing-masing.

Dalam hal ini, ABIM semenjak penubuhannya pada 1971 telah menyatakan komitmen serta sokongannya terhadap perlaksanaan undang-undang Islam di negara ini. Justeru sudah tiba masanya ia dijunjung serta diletakkan di tempat yang sewajarnya bersesuaian dengan status Islam sebagai agama Persekutuan.

MOHAMAD RAIMI AB RAHIM
Setiausaha Agung,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

TAHNIAH PROF. DATO' DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN

Profesor Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Mantan Naib Presiden Antarabangsa (ABIM) telah dianugerahkan Darjah Indra Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato'. Istiadat pengurniaan tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'ain Billah di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang bersempena dengan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang ke-79 pada 26 September 2011. Seluruh warga ABIM merakamkan ucapan tahniah di atas pengurniaan yang diterima oleh YBhg. Profesor Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman.

Isnin, 26 September 2011

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) 26092011

Assalamualaikum wrh.wbt.

Dimaklumkan Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) mingguan akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 28 Sept 2011 (Rabu)
Masa : Solat Isyak bersama
Lokasi : Pusat Anak Muda, ABIM Bangi, No 15, Jalan 1/4A, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor

Sila bawa al-quran, sejadah, tafsir Ar Rahman, al-mathurat dan makanan (pot-luck) ke program tersebut.

Untuk info lanjut sila sms ke 013-3094750 tq

Promosi Pengambilan Pelajar Baru KDH Sepenuh Masa Sesi Semester Sept 2011


Assalamualaikum wrh.wbt.

Dimaklumkan Kolej Dar al Hikmah (KDH) milik penuh ABIM, sedang mengadakan promosi pengambilan pelajar baru Sesi September 2011 untuk sepenuh masa. Kursus yang ditawarkan seperti berikut

1. Diploma Psikologi (DPSK)
2. Diploma Kaunseling (DK)
3. Diploma Usuluddin (DU)
4. Diploma Perakaunan (DPAK)
5. Diploma Pengajian Syariah Islam (DPSI)
6. Diploma Pengajian Islam (Muamalat) (DPMUA)
7. Sijil Perguruan Pra Sekolah (SPS)
8. Diploma Pengurusan Pra-Sekolah (DPSEK)- (Dalam proses permohonan kelulusan)

Justeru itu, jika ada yang berminat untuk menyambung pengajian di bidang dinyatakan diatas.

sila berikan sms NAMA PENUH, NO HP, SINGKATAN NAMA KURSUS, EMEL ke no hp rasmi ABIM Bangi 013-3094750 atau Baktiar : 019-7882279 atau Nizam : 019-2776587

Syarat-syarat Kemasukan

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 Kepujian / Kredit atau setaraf dengannya

Kemudahan Pembiayaan disediakan

1. PTPTN
2. MARA
3. Bank Rakyat, Bank Islam, Bank Muamalat
4. Koperasi Belia Islam (KBI)
5. Bantuan kewangan dari Majlis Agama Islam Negeri

Info lanjut : http://hikmah.edu.my/portal/main.php?op=8

Sumbangan Prihatin Sekampit Beras di Kg Teras Jernang, Bdr Baru Bangi Lancar





Pada 25 Sept 2011, jam 10 pagi di Kg Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor. ABIM Bangi telah bekerjasama dengan Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kg mengedarkan bantuan prihatin sekampit beras dan barang-barang keperluan rumah kepada 25 orang keluarga yang dikenlapsti sebagai golongan yang memerlukan. Ia telah disertai oleh pimpinan ABIM Bangi serta aktivis Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ia adalah hasil sumbangan orang ramai yang telah dijalankan oleh ABIM sempena bulan ramadan yang lalu. Program ini secara tidak langsung merapatkan lagi hubungan kemasyarakatan yang terjalin antara ABIM Bangi dan masyarakat setempat

Rabu, 21 September 2011

Ziarah Prihatin Buat Sdr Johar Jordan Ng Abdullah

Pada 20 September 2011 jam 9.15 mlm, Sdr Baktiar mewakili ABIM Bangi telah melawat Sdr Johar Jordan Ng Abdullah yang telah dimasukkan ke Wad 2, Katil No 21 di Hospital Kajang malam tadi setelah mendapat panggilan telefon dari pihak Hospital. Beliau dimasukkan ke wad kerana ada masalah berkaitan dengan buah pinggang dan juga merupakan pesakit kencing manis. Beliau telah diberikan rawatan lanjut termasuk insulin. Semoga beliau tabah dan kembali sihat untuk menjalani kehidupan sebaik baiknya nanti.

Sumbangan Prihatin Buat Sdr Johar Jordan Ng Abdullah

Pada 16 Sept 2011 jam 10.30 pagi yang lalu, ABIM Bangi telah menyerahkan Sumbangan Prihatin Aidilfitri kepada Saudara Baru Johar Jordan Ng Abdulllah di rumah ibu beliau di Taman Permai, Semenyih, Selangor. Bantuan yang diberikan berupa beras dan barang keperluan rumah serta wang sumbangan. Turut sertai sesi penyerahan tersebut termasuk Sdr Azlan, exco ABIM Selangor dan Sdr nizam & Sdr Baktiar ABIM Bangi.

Isnin, 19 September 2011

RECOGNIZES PALESTINIAN STATE NOW! : ABIM

On this coming 20th September 2011, the Palestinian Liberation Organization PLO will propose a resolution for the United Nations to recognize Palestine to be represented as an independent country, and as a fully fledged member of the United Nations. It is time for Palestinian to declare once and for all their right to self determination, their sovereignty, freedom and independence.

This comes after exhausting useless and meaningless rounds of negotiations with Israel on the terms of Palestinian statehood which have been frozen since 2008. It is an arduous and a long overdue process while everyday Palestinians faces a continuous series of brutality, animosity, displacement, dispossession and atrocities done by the Israeli regime. A regime which has never honoured or appreciated the language of negotiation and dialogue. Negotiations with the Israeli regime lead to disappointment, deceit and the squandering of time and missing opportunities of peace.

In this regard, ABIM would like to take this precious occasion to express our deep solidarity and full support for Palestinians in taking this step for the recognition of the Palestinian State based on UNSC resolution 242 which states a defined 1967 contiguous border with East Jerusalem as its capital. We support the admission of Palestine as a full member of the United Nations.

ABIM urges the international community especially those countries that are yet to recognize Palestine to use their moral conscience and to stand together showing support and solidarity for Palestine. We owe a historical debt to the Palestinian peoples' right to an independent state for 64 years. By doing so, we are fulfilling our duty and responsibility towards stopping injustice towards Palestine and to preserve their basic national and human right to live happily and peacefully within their own soil.

ABIM supports the decision of the Malaysian Government to recognize Palestine. Moreover, as a respected Islamic country, Malaysian Government should play a more leading and significant role by using its regional influence to get more countries to recognize Palestine especially among remaining Asean countries like Thailand and Singapore. The Malaysian Government should not be too concerned of pressures from USA and its allies but by upholding truth and justice ought instead to persuade and urge US and its allies to be fair and support the Palestinian cause.

Finally, based on the report entitled “Building the State of Palestine” prepared by Palestinian National Authority, ABIM is confident that Palestinian is ready to become a sovereign country and exercise its right to self-determination which has been repeatedly recognized over and over again by the UN and by the International Court of Justice in 2004. Now, it is time for the flag of Palestine to be hoisted high at the UN.


JUFITRI JOHA,

Vice President (International Affair),

Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)

ISA: ABIM TUNTUT KETELUSAN KERAJAAN

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik pengumuman pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta beberapa akta yang berkaitan. Langkah ini mempelihatkan ketelusan kerajaan untuk memelihara ketenteraman dan kebebasan bersuara seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Pengumuman ini menandakan keterbukaan sikap pihak pemerintah terhadap desakan serta pandangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak terhadap akta tersebut sebelum ini.

Namun demikian, adalah amat malang sekiranya pengumuman ini hanya bersifat populis untuk meraih undi bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangka bakal dilangsungkan tidak lama lagi. Dalam konteks ini, ABIM tidak mahu melihat rakyat terperangkap dalam permainan politik dilihat semakin rencam dan mengelirukan rakyat.
Sekiranya inilah yang sebenarnya berlaku, ABIM khuatir ia akan mencetuskan persepsi negatif rakyat terhadap ketelusan pemerintah yang sekaligus menjejaskan integriti serta keabsahan pihak berkenaan dalam melaksanakan agenda transformasinya.

Sesungguhnya kebebasan dan ketenteraman awam merupakan hak asasi seluruh rakyat Malaysia dan ia perlulah dilaksanakan dengan semangat dan komitmen demokrasi yang tinggi. Adalah amat penting agar prinsip ini dilaksanakan di Malaysia tanpa mengira keterikatan individu atau mana-mana terhadap sesuatu parti serta kefahaman politik tertentu.

ABIM dengan ini mendesak pihak yang berkenaan agar menghormati segala lunas perundangan yang telah ditetapkan serta tidak sewenang-wenangnya menghalalkan sebarang penganiayaan serta diskriminasi atas nama menjaga ketenteraman serta kesejahteraan awam. ABIM akan terus memantau serta memberikan kenyataan berhubung dengan pemansuhan akta-akta tersebut di samping proses penggubalan akta-akta yang menggantikannya, agar ia menepati janji pihak pemerintah untuk menjunjung tinggi teras demokrasi serta nilai kebebasan hak asasi manusia di negara ini.


AMIDI DATO’ ABDUL MANAN
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Khamis, 15 September 2011

Program terkini ABIM Bangi (15092011)

Berikut adalah program-program terkini

1. Sumbangan Prihatin Aidilfitri ABIM Bangi kepada Saudara Baru Johar Jordan Ng Abdullah di No 76,Tmn Permai, Semenyih 16 Sept 2011 (jumaat) 9.00pg. Kumpul kat stesen bas semenyih sentral 8.00 pagi. Jom sertai!

2.MAJLIS RAYA WAP 3G SELANGOR 2011

Tarikh : 18 Sept 2011 (Sabtu)
Lokasi : Bilik Seminar Masjid Ubudiyah Seksyen 19 Shah Alam, Selangor

Tentatif Program

9.00pg Tetamu hadir
9.30pg Kata-kata aluan Pengerusi Majlis
9.45pg Bicara WAP 3G - WADAH Selangor, ABIM Selangor & PEPIAS
11.00pg Perasmian ‘Tabung Kasih Zulhijjah’
11.15pg Jamuan Raya
12.00tghr Persidangan HELWA Daerah (ABIMSelangor)
1.00ptg Bersurai

3. Kumpulan Pengkajian Islam (Usrah) ABIM Bangi
Tarikh : 21 Sept 2011
Masa : Isyak bersama
LokasI : Markas ABIM Bangi, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi (berdekatan dgn pejabat pentadbiran TAHFIZ ABIM Bangi)

4. Majlis Sambutan Aidilfitri KDH & ABIM Bangi 2011
Tarikh : 24 Sept 2011
Masa : 1.00 - 3.30 ptg
Lokasi : Dewan Besar KDH, Sg Ramal Dalam, Kajang

Jemput semua aktivis hadir ke program tersebut. Pakaian : Baju Biru : Sukarelawan ABIM Bangi.

5. Sumbangan Prihatin Aidilfitri ABIM Bangi
Tarikh : 25 Sept 2011
Masa : 2.00 ptg
Lokasi : Rumah 25 orang penerima bantuan di Kg Teras Jernang, BBB

Selasa, 13 September 2011

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) 14092011

Assalamualaikum wrh.wbt.

ABIM Bangi akan mengadakan program kumpulan pengkajian Islam (usrah) mingguan. Ia seperti berikut

Tarikh : 14 Sept 2011
Masa : Isyak bersama
Lokasi : Rumah Sdr Nizam, No 20, Jln 4/3B, Bandar Baru Bangi, Selangor

Semua ahli, aktivis dijemput hadir. Untuk info lanjut sila hubungi 019-2776587

Isnin, 12 September 2011

KENAIKAN CUKAI PERKHIDMATAN PRABAYAR JANGAN BEBANKAN RAKYAT

Pengumuman kenaikan cukai perkhidmatan prabayar sebanyak enam peratus mulai 15 September ini bakal meninggalkan implikasi yang pelbagai, terutama sekali kepada golongan pengguna.

Paling ketara, kenaikan cukai ini akan meningkatkan kos komunikasi terpaksa ditanggung oleh pengguna yang terlebih dahulu terpaksa memenuhi keperluan caj-caj sedia ada yang dikemukakan oleh syarikat telekomunikasi.

Pada masa yang sama, industri telekomunikasi sedang berkembang pesat di negara ini. Industri dilaporkan telah mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan.

Sebagai contoh sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka negara ini, Maxis telah mencatatkan keuntungan sebanyak pracukai sebanyak RM 2.3 bilion pada September 2010 yang lalu.

Kenaikan cukai ini secara langsung akan memberikan tekanan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi untuk mencatatkan keuntungan, dengan mengambil kira kos pengendalian serta pentadbiran yang terpaksa ditanggung pada ketika ini.

Telefon bimbit pada masa kini boleh dikategorikan sebagai barangan asasi yang digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat, sebagai medium komunikasi penting di antara satu sama lain.

Sepatutnya pihak berkenaan mengambil kira fakta terbabit sebelum mengumumkan kenaikan cukai perkhidmatan prabayar. Ini merupakan beban tambahan kepada pengguna terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana yang kini sedang bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang. Kepentingan para pengguna tidak boleh dikesampingkan dalam sebarang proses penggubalan dasar ataupun polisi yang berkaitan.

Mohamad Raimi Ab.Rahim
Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

KENAL PASTI IDENTITI MAKCIK SITT AL-WUZARA SEGERA UNTUK ELAKKAN IMPLIKASI NEGATIF

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin mengulang gesaan menuntut pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib menyegerakan siasatan ke atas kes Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Gesaan ini termasuk mengenal pasti identiti sebenar individu terbabit untuk mengelakkan sebarang implikasi yang tidak menyenangkan. ABIM mengulangai desakan ini berdasarkan kepada meningkatnya pendedahan-pendedahan identiti yang didakwa dibuat yang didakwa sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Dikhuatiri, kegagalan berbuat (siasatan ke atas identiti sebenar Mak Cik Hajjah Sitt Al-wuzara) demikian akan mengakibatkan insiden-insiden yang tidak menyenangkan dalam bentuk “witch hunt” akan berlaku. ABIM merujuk kepada spekulasi-spekulasi yang sedang diutarakan dalam media-media blog bahawa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara akan dibunuh, akibat daripada perbuatan ini.

Walaupun penghinaan yang dilakukan tidak boleh dikompromi, ia tidak bermaksud landasan undang-undang tidak boleh digunakan untuk mengambil tindakan ke atas individu-individu seperti Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Justeru, adalah menjadi harapan di pihak ABIM agar pihak berkuasa yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang tegas serta segera dalam kes-kes berkenaan untuk mengelakkan implikasi dan persepsi negatif terhadap integriti badan-badan yang berkenaan.

Selain kes Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, ABIM turut memandang berat penularan blog-blog serta group-group siber yang seakan menidakkan kesucian agama Islam. Tindakan pantas serta efisien daripada pihak berkuasa yang berkenaan adalah perlu memandangkan mereka mempunyai autoriti atau bidang kuasa yang telah ditetapkan menerusi perlembagaan persekutuan serta undang-undang berkenaan.


MOHAMAD RAIMI AB RAHIM
Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

MAJLIS RAYA WAP 3G (WADAH Selangor, ABIM Selangor & PEPIAS)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sukacita dijemput kepada semua ahli WADAH Selangor, ABIM Selangor & PEPIAS untuk sama mengukuhkan ukhuwah di majlis :

MAJLIS RAYA WAP 3G

Tarikh : 18 September 2011, bersamaan 20 Syawal 1432h (Ahad)
Lokasi : Bilik Seminar Masjid Ubudiyah Seksyen 19 Shah Alam
Masa : 9.00pg - 1.00ptg

Aturcara :
- Bicara WAP 3G
- Pelancaran Program ' Tabung Kasih Zulhijjah '
- Persidangan HELWA Daerah ABIM Selangor
- Jamuan

Wassalam

Hidayah
Pengurus Sekretariat
ABIM Selangor
0193636394
02-02-06 Wisma MAIS
Seksyen 3 Shah Alam

www.abimselangor.blogspot.com

Rabu, 7 September 2011

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) 07092011

Dimaklumkan ABIM Bangi akan mengadakan usrah seperti biasa. Maklumat lanjut seperti berikut

Tarikh : 7 Sept 2011 (Rabu)
Masa : Isya' bersama
Lokasi : Rumah Sdr Ahmad Saparudddin, No : 30, Jln Melati 2, Sg Ramal Dalam, Kajang, Selangor

Oleh itu semua aktivis, anak muda yang berminat dijemput hadir ke program ini. Untuk info lanjut sila hubungi Sdr Nizam : 019-2776587

Rabu, 31 Ogos 2011

Perutusan Aidilfitri 1432H - ABIM Selangor

Assalamualaikum w.r.t w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu.” (Surah Al-Baqarah: 185)

Kepada semua pendokong dakwah dan pencinta tarbiah serta sekalian umat Islam, bagi pihak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor Darul Ehsan mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H. Semoga kita tergolong dalam golongan minal ‘aidin wal faizin dalam erti kata yang sebenar serta didoakan semoga setiap dari kita akan mendapat taqwa hasil daripada menghidupkan Ramadhan tahun ini. Moga kita diberikan kekuatan oleh Allah dalam menangani isu-isu umat Islam dan menanganinya dengan cara yang terbaik dan hikmah. Dalam keghairahan menyelesaikan masalah atau isu yang timbul, meletakkan ilmu dan bersandarkan Al-Quran dan sunnah Rasulullah amat penting di samping ketajaman analisis dalam menyelesaikan kemelut yang melanda.

ABIM Negeri Selangor mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih jazakumullah khairul jaza’ kepada semua penyumbang yang menjayakan program Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) peringkat Negeri Selangor lebih 500 kampit beras dapat diagihkan kepada sasaran di segenap sudut Negeri Selangor dan Program Sandang Raya untuk dinikmati bersama keberkatan Ramadhan ini. Terima kasih khusus untuk semua penyumbang, ABIM Pusat, ABIM Daerah di Selangor terutama ABIM Bangi, ABIM Shah Alam, ABIM Klang, ABIM Kuala Langat, ABIM Hulu Selangor, ABIM Gombak, semua ABIM Daerah, Darul Wardah dan agensi-agensi di bawah ABIM Selangor yang terlibat mengumpul dana dan tenaga. Tidak lupa kepada semua sukarelawan ABIM yang bertungkus lumus memberi khidmat dan bantuan. Itulah yang menjadi impian untuk menggerakkan setiap individu, rasa keprihatinan terhadap umat serta merealisasikan ABIM Sebagai Gerakan Ilmu dan Bakti. Semoga kita dapat meneruskan program-program seperti ini bukan hanya pada bulan Ramadhan tetapi juga bulan yang lain. Ambillah peluang Aidilfitri yang ada ini dengan memenuhkan setiap ruang masa dan peluang mengamalkan sunnah dan beribadah kepada Allah. Memenuhi ruang masa dengan takbir dan amalan-amalan sunat yang dianjurkan.

Kejayaan kita sebagai Muslimin dan Mukminin disambut kemerdekaan pada 1 Syawal. Merdeka dari bentuk fikir, jasmani, emosi dan rohani setelah melalui proses pembersihan sepanjang bulan Ramadhan. Tidak lupa juga diucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke 54 bagi tahun 2011. Semoga kemerdekaan pada tahun ini lebih bermakna dan memberikan harapan lebih besar dalam usaha kita semua memacu usaha dakwah di Negeri Selangor khasnya dan seluruh negara umumnya.

Kesempatan yang ada ini, mewakili Saf Qiyadah pimpinan ABIM Negeri Selangor memohon kemaafan andai tersilap kata dan perbuatan dalam melaksana tanggungjawab dan amanah yang di galas. Tunjuk ajar dan peneguhan amat diperlukan dalam tanzim mengurus gerakan ini. Semoga dengan bekalan yang terbaik Ramadhan kali ini, kita diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar walillahilham.

MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN

KHAIRUDIN BIN ABAS
Yang Dipertua
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor Darul Ehsan

AIDILFITRI BUKA LEMBARAN KEHIDUPAN BARU YANG POSITIF: PRESIDEN

Bulan Ramadhan bakal meninggalkan kita tidak berapa lama lagi. Sebagai hamba yang mendambakan keakraban dengan khaliqnya ia bermakna tinggal sudah satu lagi kesempatan merapatkan diri dengan-Nya. Belum pasti kita akan mendapat kesempatan sebegini lagi pada tahun yang akan datang.

Berlalunya bulan Ramadhan juga bererti berlalunya rutin berpuasa selama sebulan. Berpuasa adalah amalan yang menyihatkan dari sudut fizikalnya. Sebagaimana yang disabdakan Rasul “Berpuasalah nescaya kamu sihat”. Menerusi berpuasa kita meningkatkan disiplin penjagaan kesihatan menerusi waktu makan yang terhad.

Perginya bulan Ramadhan bukanlah membawa bersamanya silaturahim yang dibina didalamnya. Dibulan Ramadhan kita bersua muka di masjid mahupun di surau, bertemu di majlis khatam Al-Quran, bertadarus bersama dan bersua menyampaikan derma. Mudah-mudahan silaturahim umat terus berkekalan dan bertambah teguh pada masa-masa yang akan datang.

Menjelmanya Aidil Fitri petanda kemenangan telah kita capai. Kemenangan dalam perjuangan tidak mungkin dapat kita kecapi tanpa didahului dengan pengorbanan. Pengorbanan yang paling asas adalah pengorbanan mengekang hawa nafsu. Hawa nafsu perlu ditundukkan terlebih dahulu barulah musuh akan mengaku kalah.

Namun sebesar mana pun kemenangan dicapai, sehebat mana pun dugaan dikalahkan, ia tidak bererti jika nafsu terus menggila, riak bermaharaja lela dan mabuk bersama keangkuhan diri.

Menjelang Aidil Fitri seharusnya menjadi petanda lembaran baru perhubungan samada dengan khaliq dan makhluq. Lembaran baru kepada sang pejuang yang memburu syahid bagi mendapat keredhaan Ilahi.

Redhanya Ilahi lantaran bersihnya dosa, redhanya manusia lantaran noda yang telah dilupakan.

Salam Aidil Fitri kepada semua pendokong dan penggerak dakwah. Maaf zahir batin.
“MEMBINA DAN MEMIMPIN TAMADUN KHAYRA UMMAH”


AMIDI ABD MANAN
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

BUSKING MARHAEN PRE-SYAWAL@Jalan TAR



Pada akhir ramadhan baru-baru ini. aktivis ABIM Bangi telah mengadakan inisiatif untuk mendapatkan kutipan sumbangan Somalia sempena Ramadhan dengan kerjasama Batch85di Jalan TAR, Kuala Lumpur. Kutipan kali ini mencecah RM380. Setinggi perhargaan buat 'afifah Nasir Mohd Hafizuddin Al-Attas dan Wanza Idwan Idris yang telah menjayakan usaha ini. Semoga usaha yang kecil tetapi amat bermakna ini akan meningkatkan keprihatinan masyarakat kepada umat Islam yang diancam kebuluran di Somalia.

Sesi Penyerahan Bantuan Sekampit Beras di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi Berjaya



Pada 20 Ogos 2011, ABIM Bangi dengan kerjasama Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM telah mengadakan sesi penyerahan bantuan sekampit beras kepada 74 ibu tunggal yang tinggal di sekitar Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, Selangor. Ia telah diserahkan oleh Sdr Amidi Abd Manan, Presiden ABIM. Ia turut di hadiri Pn. Fadhlina Siddiq, Naib Presiden ABIM, pimpinan, aktivis serta sukarelawan ABIM Bangi. Semoga usaha ini sedikit sebanyak mengukuhkan jalinan prihatin ABIM bersama masyarakat terutamanya di bulan ramadhan mubarak ini.

Sesi Penyerahan Kempen Sekampit Beras di Semenyih Lancar



Pada 27 Ogos 2011 jam 11.00 pagi di perkarangan Surau As-Syakirin, Taman Pelangi Semenyih Fasa 6 & 7, ABIM Bangi telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Surau As-Syakirin dan Persatuan Penduduk Taman Pelangi Semenyih Fasa 6 & 7 menganjurkan sesi penyerahan bantuan sekampit beras kepada mereka yang memerlukan di Semenyih dan Bandar Rinching. Seramai 54 keluarga telah menerima bantuan tersebut. Wakil Persatuan dan Surau telah membantu mengedarkan bantuan tersebut agar berjalan dengan lancar. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung tatkala syawal bakal menjelma tidak lama lagi

Selasa, 23 Ogos 2011

Bantuan Segera Kempen Sekampit Beras untuk Ibu Tunggal Muallaf



Pada 22 Ogos 2011 (Isnin)jam 6.30 ptg di Pangsapuri Seri Anggerik, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, ABIM Bangi & HELWA ABIM Pusat dan Bangi telah menziarahi Makcik Hamidah, ibu tunggal muallaf anak lima untuk menyerahkan bantuan segera kempen sekampit beras setelah mendapat infomasi. Rumah tersebut didiami seramai 10 orang dengan hanya 2 bilik sahaja. Penyerahan bantuan segera ini disertai oleh Naib Presiden, HELWA ABIM, pimpinan ABIM Bangi & HELWA ABIM serta aktivis yang prihatin. Bantuan yang diberikan berupa beras, makanan berbuka puasa serta barang-barang keperluan asas rumah. Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung tatkala syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi

Ahad, 21 Ogos 2011

Sukarelawan ABIM Bangi Jayakan Tabung Bergerak Misi Bantuan Somalia di Bazar Ramadan


Pada 21 Ogos 2011 (Ahad) mulai jam 5.30 petang di Bazaar Ramadhan, belakang Kompleks PKNS, Bandar baru Bangi, Sukarelawan ABIM Bangi yang terdiri daripada anak-anak muda prihatin telah menjayakan kempen tabung bergerak Misi Bantuan Somalia kendalian Global Peace Mission (GPM). Tujuan utama ia diadakan ialah untuk mendapatkan dana sebanyak mungkin daripada masyarakat untuk disalurkan bagi menjayakan bantuan kemanusiaan kecemasan secepat mungkin. Ini kerana krisis kemanusiaan semakin meruncing tatkala umat Islam di seluruh dunia sibuk menghadapi bulan ramadhan dan syawal tidak lama lagi. Ia telah mendapat sambutan yang baik di kalangan pengunjung yang sibuk membeli juadah berbuka puasa. Sebanyak RM1210, EURO20 dan Singapore Dollar (SD)1.40 telah disumbangkan. Terima kasih semua, semoga usaha ini diberkati Allah SWT dan akan diteruskan lagi di lokasi yang pelbagai.

POLEMIK JAIS-DUMC-HK: JANGAN CETUSKAN KERESAHAN UMAT ISLAM

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berasa terpanggil untuk memberi penegasan pendirian terhadap polemik antara Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Harapan Komuniti (HK) dan Damansara Utama Methodist Church (DUMC).
Sejak polemik pemeriksaan JAIS ke atas majlis ‘Thanksgiving’ pada 3 Ogos 2011, pelbagai pihak telah mengeluarkan kenyataan dan pendirian yang berbeza. Dalam menanggapi kenyataan dan pendirian ini, WADAH-ABIM-PKPIM menilai ia lebih bersikap melulu dan tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada semua pihak.

Kami merujuk kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh seperti Reverend Thomas Philips, Ketua Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dan Pastor Daniel Ho, yang membina persepsi umum kononnya kekerasan telah digunakan oleh JAIS dalam pemeriksaan yang diadakan ke atas Harapan Komuniti (HK) serta Damansara Utama Methodist Church (DUMC). Kami juga ingin melahirkan rasa kesal dengan sikap membisu pihak penganjur iaitu HK serta ingin mempersoalkan motif HK untuk membiarkan pihak gereja menjawab segala persoalan dari awal. Sebagai organisasi yang mendakwa dianggotai oleh ahli-ahli pelbagai agama dan lapisan masyarakat, HK seharusnya memahami konteks sosial masyarakat Malaysia di mana kita hidup saling hormat-menghormati.

Pihak kami ingin melahirkan rasa kesal apabila HK secara langsung tidak mengormati sensitiviti umat Islam dengan menyanyikan dua lagu kesyukuran dalam Bahasa Melayu iaitu - “Allahu Akhbar” dan “Allhamdulillah” dan tentang sebuah kuiz yang mencetuskan persoalan-persoalan berikut; Adakah soalan-soalan dalam kuiz tersebut ditujukan untuk semua peserta? Atau ia khusus untuk 15 atau lebih peserta Islam yang hadir?

Sepanjang polemik ini berlaku, pihak JAIS telah memberikan kerjasama serta penjelasan yang sewajarnya berhubung dengan beberapa isu yang diketengahkan. Pihak kami telah mendapat penerangan dan penjelasan daripada pihak JAIS. Meskipun begitu, usaha kami untuk mengadakan dialog dengan DUMC dan penganjur telah menemui jalan buntu sekaligus menghalang kami untuk mendapatkan pandangan mereka berhubung dengan isu ini.

Ini selari dengan pendirian kami yang menggalakkan dialog secara sihat serta tertutup tanpa perlu digembar-gemburkan menerusi saluran media. Mengambi kesempatan ini, ABIM-WADAH-PKPIM ingin menzahirkan penghargaan kami terhadap keprihatinan sesetengah kelompok gereja serta sebahagian besar masyarakat Kristian yang menghormati sensitiviti umat Islam serta kedudukan istimewa Islam sebagai agama Persekutuan di negara ini. Bahkan, pihak kami juga sering berusaha untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka di samping bekerjasama dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan menggalakkan dialog antara agama.

Sebagai penegasan dan teguran, kami merasa amat kesal dengan keengganan pihak DUMC dan HK untuk menggunakan saluran dialog menyelesaikan kemelut ini. Kami juga ingin mengetengahkan peringatan tegas agar sebarang aktiviti serupa yang meragukan sepertimana membabitkan HK dan DUMC tidak diulangi lagi.

Sepanjang pemerhatian kami ketika polemik ini, kami memandang berat terhadap tindakan segelintir ahli politik yang seakan menjadikan insiden ini sebagai batu loncatan mencetuskan polemik politik yang tidak menyenangkan . Pihak kami juga ingin melahirkan kekesalan terhadap tindakan NGO-NGO tertentu yang seakan merelakan diri mereka diperkudakan untuk memenuhi agenda politik pihak tertentu, dengan memanipulasi keprihatinan serta kegusaran di kalangan umat Islam di negara ini mengenai beberapa isu yang menyentuh secara langsung sensitiviti serta kepentingan mereka.

Berkenaan polemik JAIS-DUMC-HK, kami menyokong tindakan JAIS membuat pendakwaan di mahkamah sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa wujud usaha memurtadkan umat Islam oleh pihak yang berkenaan. Mengambil iktibar dari kemelut ini, kami menyeru agar masyarakat tidak mudah tertipu dan sentiasa bersikap objektif dan mengambil pendekatan dialog dalam menyelesaikan isu berkaitan ini. Kami juga berharap agar pihak institusi agama di setiap negeri mempergiatkan aktviti dakwah dan mendekati golongan sasar yang memerlukan bantuan dan sokongan.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

http://www.abim.org.my/component/content/article/6-laporan-aktiviti/214-polemik-jais-dumc-hk-jangan-cetuskan-keresahan-umat-islam.html

Sabtu, 13 Ogos 2011

Majlis Iftar Jamaie WADAH-ABIM-PKPIM

Dimaklumkan bahawa akan diadakan Majlis Iftar Jamaie WADAH-ABIM-PKPIM & Bicara Ramadhan. Butiran lanjut program seperti berikut:

Tarikh : 13 Ogos 2011 (Sabtu)
Masa : 7.00 - 11.00 mlm
Lokasi : Kolej Dar Al Hikmah (KDH), Sg Ramal Dalam, Kajang, Selangor
Anjuran : WADAH-ABIM-PKPIM

Aktiviti yang akan dijalankan termasuk
1. Majlis berbuka puasa
2. Solat maghrib & isyak berjamaah
3. Solat terawih berjamaah
4. Bicara ramadhan

Justeru itu, semua aktivis, ahli WADAH-ABIM-PKPIM hadir ke program tersebut.

Sukarelawan ABIM Bangi Menyalurkan Bantuan Kempen Sekampit Beras

Pada 13 Ogos 2011 (Sabtu) mulai jam 2.00 petang bertempat di Kg Sg Ramal Dalam, Kajang, Selangor, Sukarelawan ABIM Bangi seramai 20 orang telah berjaya mengedarkan bantuan kepada 48 keluarga penerima bantuan program Sekampit Beras. Ia telah mendapat sokongan dan kerjasama ABIM Pusat dan Jawatankuasa Masjid Al-Falah, Kg. Sg Ramal Dalam, Kajang, Selangor. Program ini secara tidak langsung membolehkan sukarelawan dapat bersama-sama meringankan bebanan golongan yang memerlukan.Ia adalah program tahunan yang dijalankan sempena bulan ramadhan mubarak. Selain itu melalui program ini juga ia dapat merapatkan silaturrahim antara ABIM Bangi dengan komuniti setempat.

FORUM REFORMASI PILIHANRAYA & PEMURNIAN DEMOKRASI

Pada 13 Ogos 2011 jam 9.00 pagi di Dewan Besar, Kolej Dar Al Hikmah (KDH), Sg Ramal Dalam telah diadakan Forum Reformasi Pilihanraya & Pemurnian Demokrasi. Ia dianjurkan oleh Grup Peguam ABIM (GPA). Ahli Panel terdiri daripada Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) Prof Dr Redzuan Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Pengarah Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Puaad. Semua ahli panel bersetuju usaha-usaha reformasi pilihanraya dan pemurnian demokrasi perlun digerakkan oleh semua pihak. Gagasan dan budaya politik baru yang menghormati keputusan rakyat perlu diperkukuhkan dan bukannya memperbodohkan rakyat. Program tersebut turut dihadiri aktivis dan pimpinan ABIM Bangi

Isnin, 8 Ogos 2011

Jom Hayati Ramadahn Mubarak - Jadual Tadarus Al-Quran Bersama

Pendahuluan

Bagi menghidupkan Ramadhan 1432H, Abim Bangi mencadangkan untuk mengadakan program tadarus sepanjang bulan ramadhan dengan harapan dapat menghabiskan 30 Juz sepanjang Ramadhan. Tempat yang dicadangkan adalah surau dan Masjid sekitar Bangi.

Ihya’ Ramadhan Abim Bangi Sesi 2011/2012

Program : Tadarrus Quran
Tarikh/Masa : Sepanjang Ramadhan.
Tempat : Surau & Masjid sekitar Bangi

Jika berminat sertai sila hubungi Sdr Faizal Mahyudin 019-4788894 untuk penyertaan.

Bil Tarikh Tempat Juz Remark
1. 3 Ogos 2011 (Rabu) Rumah Hammad 1 Sebelum Maghrib
2. 6 Ogos 2011 (Sabtu) Masjid Besi, Putrajaya 2-5 Bermalam di Masjid
3. 7 Ogos 2011 (Ahad) Masjid Besi, Putrajaya 6-10
4. 8 Ogos 2011 (Isnin) Surau Seksyen 7 Bangi 11 Sebelum Maghrib
5. 10 Ogos 2011(Rabu) Surau Seksyen 4 Bangi 12 Sebelum Maghrib
6. 13 Ogos 2011 (Sabtu) Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi 13-16 Bermalam di Masjid
7. 14 Ogos 2011 (Ahad) Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi 17-20
8. 15 Ogos 2011 (Isnin) Surau Seksyen 7 Bangi 21 Sebelum Maghrib
9. 17 Ogos 2011 (Rabu) Surau Seksyen 4 Bangi 22 Sebelum Maghrib
10. 20 Ogos 2011 (Sabtu) Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi 23-26 Bermalam di Masjid
11. 21 Ogos 2011 (Ahad) Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi 27-29
12. 22 Ogos 2011 (Isnin) Surau Seksyen 7 Bangi 30 Sebelum Maghrib

Semoga program ini dapat memberi kita roh sebenar Ramadhan dan semoga program ini mendapat keberkatan.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Jom Hayati Ramadhan Mubarak Ke-2 di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

ABIM Bangi meneruskan program Jom Hayati Ramadhan ke-2. Butiran lanjut program seperti berikut

Tarikh : 6 Ogos 2011 (Sabtu)
Masa : mulai 5 petang
Lokasi : Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Aturcara program
1. Solat Asar Berjamaah
2. Tadarus Al-Quran Dua Juzuk
3. Berbuka Puasa
4. Solat Maghrib Berjamaah
5. Solat Isyak Berjamaah
7. Solat Terawih Berjamaah
8. Sambung Tadarus Al-Quran lagi tiga Juzuk

Kepada anak muda, aktivis, belia serta beliawanis yang berminat untuk turut serta program ini sila hubungi Sdr Nizam 019-2776587. Jumpa di Sana

Kumpulan Pengkajian Islam (Usrah) Gabungan ABIM Bangi Meriah



Pada 3 Ogos 2011 bertempat di rumah Sdr Hammad di No 27, Jln 3/21, Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi, Selangor telah diadakan usrah gabungan ABIM Bangi melibatkan HELWA ABIM Bangi. Lebih 20 orang ahli serta kaum keluarga masing-masing menghadiri majlis tersebut. Ia dimulakan dengan tadarus al-quran, majlis berbuka puasa, solat berjamaah maghrib dan Isyak serta solat terawih berjamaah. Pada masa yang sama ada slot tazkirah. Ia berlangsung dalam suasana yang meriah sekali gus merapatkan hubungan silaturrahim yang terjalin sesama ahli. Ia adakan diteruskan pada masa akan datang

Selasa, 2 Ogos 2011

Induksi Pimpinan ABIM Bangi Berjaya Dilaksanakan


Pada 31 Julai 2011 yang lalu jam 8.30 pagi di Bukit Ekpo, UPM telah diadakan Induksi Pimpinan ABIM Bangi. Tujuan ia diadakan ialah untuk merencana program yang akan diadakan sepanjang tahun sesi 2011/2012, selepas Muktamar Sanawi ABIM Bangi baru-baru ini. Semoga usaha ini akan membolehkan usaha-usaha dakwah lokaliti dapat berjalan dengan lebih lancar.

Khamis, 28 Julai 2011

Jom Hayati Ramadan Mubarak Bersama!


Sempena Ramadhan Mubarak yang akan menjelma tidak lama lagi. ABIM Bangi telah melancarkan Jom Hayati Ramadhan Mubarak Bersama. Ia adalah siri-siri program yang akan dijalankan sepanjang bulan yang mulia ini. Butiran lanjut seperti berikut.

1. Usrah Gabungan ABIM Bangi

Tarikh : 3 Ogos 2011
Masa : Buka puasa bersama
Lokasi : Rumah Sdr Hammad, Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi

Aktiviti
1. Buka Puasa
2. Solat Maghrib Berjamaah
3. Bacaan Al Mathurat
4. Solat Isyak berjamaah
5. Solat Terawih Bersama
7. Bacaan Ayat-Ayat Quran berdasarkan Tafsir Ar Rahman (Tafsir Tematik) tulisan Dr Muhammad Rumaizuddin Ghazali dan sebagainya.

2. Program Menghadam Ucapan Dasar Presiden ABIM (MUDA)

Tarikh : 7 Ogos 2011
Masa : 9.00 pagi
Lokasi : Surau As-Sobah, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor

3. Iftar Jamaie ABIM Bangi

Tarikh : 13 Ogos 2011
Masa : Buka puasa bersama
Lokasi : Kolej Dar Al Hikmah (KDH), Sg Ramal Dalam, Kajang Selangor

4. Program Pengedaran Sekampit Beras ABIM Bangi 2011

Tarikh : 20-21 Ogos 2011
Lokasi : Sekitar Bangi, Kajang dan lain-lain.
Penerima : fakir miskin dan sebagainya.

Justeru ini dijemput semua aktivis, ahli, sahabat serta anak muda setempat yang berminat menjayakan usaha dakwah bersama ABIM Bangi. Sila Hubungi Sdr Nizam (019-2776587), Sdr Hammad (013-2070007)

Isnin, 25 Julai 2011

Program Terkini ABIM Bangi (25072011)

Program terkini ABIM Bangi

1. Kumpulan Pengajian Islam (usrah) mingguan ABIM Bangi

Tarikh : 27 Julai 2011 (Rabu)
Masa : Isyak bersama
Lokasi :1603-11, Persiaran Mawar 1, Sg. Ramal Dalam, 43000, Kajang Selangor


Kepada anak muda yang berminat sertai sila hubungi Sdr Anuar untuk makluman lanjut : 013-3767845

2. Induksi Pimpinan ABIM Bangi

Tarikh : 31 Julai 2011 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi
Lokasi : UPM, Serdang

Sukarelawan ABIM Bangi menjayakan Ijtimak Harakiyy ke 2

Pada 22 -24 Julai 2011 yang lalu bertempat di MAEPS, Serdang dan Kolej Dar al Hikmah (KDH) Selangor telah diadakan Muktamar Sanawi melibatkan PKPIM-ABIM-WADAH. Ia merupakan kali kedua rangkaian gerakan dakwah strategik melibatkan kelompok pelajar/mahasiswa, belia/anak muda dan golongan dewasa mengadakan program tahunan bersama. Program ini diadakan dengan bertujuan untuk merapatkan silaturrahim sesama ahli gerakan, berkongsi pengalaman serta ilmu melalui Seminar Siasah Shariyyah. Ia sekali gus memperkukuhkan usaha-usaha dakwah pelbagai peringkat di negara ini.

Malahan, ABIM Bangi melalui Sdr Muhammad Nizam selaku Setiausaha Kewangan ABIM Bangi telah diamanahkan untuk mengetuai Jawatankuasa Sukarelawan Ijtimak Harakiyy Ke 2 dan telah menyumbang tenaga melalui 10 orang aktivis muda ABIM Bangi.

Semoga, pengalaman yang ditimba melalui gerak kerja sebagai sukarelawan ini,akan membolehkan aktivis muda ABIM Bangi dapat membina jaringan sosial dengan pelbagai pihak serta lebih memahami susur galur perjuangan dakwah ABIM selama 40 tahun dan PKPIM selama 50 tahun serta WADAH.

Rabu, 6 Julai 2011

ABIM ANJUR SEMINAR SIYASAH SYAR'IYYAH - 23 JULAI 2011

Persoalan demokrasi dan sejauhmana Islam sesuai dengannya merupakan polemik yang tidak berpenghujung. Bagaimanapun, kebanyakan negara-negara Islam telah bersetuju memilih sistem demokrasi bagi mengatur proses mendapatkan kuasa dan memerintah negara. Dr Yusuf Al-Qaradawi sendiri tidak keberatan menerima demokrasi dengan ciri-ciri asalnya yang murni sebagai suatu sistem pemerintahan di negara Islam.

Seminar Siyasah Syar'iyyah ini diharap dapat membuka pemikiran masyarakat dan pihak-pihak yang bertanggungjawah dalam negara terutama pemerintah untuk memanfaatkan khazanah warisan Islam dalam menangani isu-isu kenegaraan. Seminar ini diharap dapat mendorong kepada penganjuran wacana-wacana lain yang lebih serius bagi mendapatkan rumusan-rumusan yang lebih mantap untuk manfaat masyarakat dan negara.

Antara tokoh-tokoh yang dijangka akan memeriahkan seminar ini ialah Rashid Ghannouchi, tokoh penggerak demokrasi dari Tunisia, Prof Emeritus Dato' Dr Osman Bakar, Timb Ketua Pegawai Eksekutif Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS), YB. Dr Mujahod Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar, Prof Dr Abd Aziz Bari, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Untuk melihat brosur seminar

https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0B1T-mU6uANNFMjYwZTJhNDItM2M1Zi00MmI2LThjZjUtMzQyMjcyNmYzMzk1&hl=en_US&authkey=CJaRgsAJ

Kumpulan Pengkajian Islam - USRAH 06072011

Assalamualaikum wrh.wbt.

ABIM Bangi akan mengadakan program kumpulan pengkajian Islam (usrah) mingguan. Ia seperti berikut

Tarikh : 06 Julai 2011
Masa : 9.30 malam
Lokasi : Rumah Sdr Nizam, No 20, Jln 4/3B, Bandar Baru Bangi, Selangor

Semua ahli, aktivis dijemput hadir.

Ahad, 3 Julai 2011

MESYUARAT PIMPINAN DAERAH ABIM BANGI - 2011

Dimaklumkan bahawa mesyuarat pimpinan daerah ABIM Bangi bagi sesi 2011 selepas muktamar sanawi baru-baru ini akan diadakan. Butiran mesyuarat seperti berikut

Tarikh : 3 Julai 2011 (Ahad)
Masa : 9.30 mlm
Lokasi : Kolej Dar al Hikmah (KDH) Sg. Ramal Dalam, Kajang, Selangor

Agenda
1. Perancangan program tahunan ABIM Bangi

Dijemput pimpinan untuk hadir ke mesyuarat tersebut

Isnin, 20 Jun 2011

Muktamar ABIM Selangor ke 39

Dimaklumkan bahawa ABIM Selangor akan mengadakan Muktamar Sanawi ke 39. Butiran lanjut seperti berikut

Tarikh - 25-26 JUN 2011
Lokasi - Pusat Pendidikan ABIM Klang, Meru, Klang Selangor

Sempena Muktamar akan diadakan Bengkel Pemahaman BIBLE - Suatu Penilaian Kritis pada 25 Jun 2011, 8.00 pagi hingga 2.00 Petan di Dewan ANNEXE, SUK Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor

Kepada ahli, aktivis dijemput hadir ke Bengkel dan muktamar tersebut. Sila hubungi

Sekretariat ABIM Selangor.
Anjung Berkat,
No. 02-02-06, Wisma Mais,
Jalan RU 3/9A, Seksyen 3,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tel / Fax : 03 5511 8994
abimselangor@yahoo.com
abimselangor.blogspot.com

Bicara Anak Muda 2 Hangat

Bicara Anak Muda 2 telah diadakan pada 19 Jun 2011 jam 9.00 pagi di Bilik Seminar, Kolej Dar al Hikmah, Sg Ramal Dalam, Kajang Selangor tadi. Lebih 30 orang hadir ke program tersebut. Para panel terdiri daripada Sdr Wan Saiful IDEAS, Sdr Jef Hazimin dan Sdri Fadiah Najwa Lawyers For Liberty. Kupasan yang menarik, segar dan kritis dari para panel serta soalan yang menarik dari peserta. Semoga usaha ini menjana pemikiran kritis di kalangan anak muda tentang persekitaran yang berlaku. Program ini akan diteruskan pada masa akan datang

Khamis, 2 Jun 2011

Program Bicara Anak Muda 2

Assalamualaikum wrh.wbt.

ABIM Bangi menganjurkan program Bicara Anak Muda bersempena dengan Muktamar Sanawi. Butiran lanjut seperti berikut

Tarikh - 19 Jun 2011
Masa - 9.00 pagi hingga 11.30 pagi
lokasi - Bilik Seminar, Kolej Dar al-hikmah, Sg Ramal Dalam, Kajang, Selangor

Tajuk ; Anak Muda dan Negara ; Menentukan atau Ditentukan.

Ahli-ahli Panel

Fadiah Nadwa Fikri
Lawyers For Liberty

Wan Saiful Wan Jan
Founding Chief Executive
The Institute for Democracy and Economic Affairs

Jef Hazimin Jaafar
Budayawan Muda

semua ahli, aktivis serta anak muda dijemput hadir ke majlis tersebut. Sebarang info hubungi Sdr Baktiar di 019-7882279. Daftar secara online melalui link dibawah

https://spreadsheets.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dHV3T1pkNHNLeXJXTTg4ejlkMGcweEE6MQ

Rabu, 1 Jun 2011

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) 01062010

Assalamualaikum wrh.wbt.

ABIM Bangi akan mengadakan program kumpulan pengkajian Islam (usrah) mingguan. Ia seperti berikut

Tarikh : 1 Jun 2011
Masa : 9.30 malam
Lokasi : Rumah Sdr Nizam, No 20, Jln 4/3B, Bandar Baru Bangi, Selangor

Semua ahli, aktivis dijemput hadir.

Khamis, 19 Mei 2011

Program Terkini ABIM Bangi - Mei 2011

Assalamualaikum wrh.wbt.

Berikut adalah beberapa program terkini ABIM Bangi yang boleh disertai oleh ahli, aktivis, belia serta masyarakat setempat.

1. Sukan Tahunan TASKI ABIM Bangi 2011

Tarikh : 22 Mei 2011
Masa : 8.00 pagi
Lokasi : Kompleks Sukan, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor

2 Tamrin Tarbawi ABIM 2011

Tarikh : 21-22 Mei 2011
Lokasi : Kolej Dar Al Hikmah(KDH), Sg. Ramal Dalam, Kajang, Selangor
Anjuran : ABIM

Tujuan program ini diadakan ialah untuk meningkatkan kualiti keimanan melalui aktiviti kerohanian diri agar menjadi seorang belia muslim yang diredhai Allah SWT.

Jika berminat sertai sila hubungi sdr nizam di 019-2776587 untuk penyertaan.

Rabu, 23 Mac 2011

Kumpulan Pengkajian Islam (Usrah) 23032011

Assalamualaikum wrh.wbt.

ABIM Bangi akan menganjurkan Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) mingguan seperti biasa. Butiran seperti berikut.

Tarikh : 23 Mac 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 malam
Lokasi : Rumah Sdr Ahmad Saparuddin, No 30, Jln Melati 2, Tmn Melati, Sg Ramal, Kajang Selangor.

Semua aktivis, ahli serta belia setempat dijemput hadir.

Ahad, 13 Mac 2011

PIDATO KHAS 'PENCERAHAN UMAT & PELANCARAN TABUNG PEMBANGUNAN KOMPLEKS PENDIDIKAN UMAT

Tarikh : 13 Mac 2011
Masa: 8.00 - 11.30 malam
Tempat: Masjid An-Naim Kpg. Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam, SEL.
OLEH DATO' DR SIDDIQ FADZIL, Presiden WADAH
Anjuran : ABIM Selangor

Semua aktivis, ahli serta belia yang berminat dijemput hadir.

Khamis, 10 Mac 2011

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) 09032011

Pada 9 Mac 2011 jam 8.30 malam yang lalu bertempat di rumah Sdr Hammad di No 27, Jln 3/21, Bangi Perdana telah diadakan kumpulan pengkajian Islam (usrah) mingguan. Tujuan program ini diadakan ialah untuk mengukuhkan silaturrahim, menambah ilmu pengetahuan, meningkat amalan kerohanian serta memahami isu-isu semasa berdasarkan persektif badan dakwah serta merangka aktiviti seterusnya. Usrah seterusnya akan diadakan pada 16/3/2011 akan datang

ABIM BANGI HADIRI MAJLIS PERUNDINGAN BELIA DAERAH HULU LANGAT 2011

Pada 9 Mac 2011, jam 8.30 malam yang lalu bertempat di Prescott Inn, Kajang Selangor, ABIM Bangi telah menghadiri Majlis Perundingan Belia Daerah Hulu Langat kali-1 untuk tahun ini. Tujuan program ini diadakan ialah untuk menjalin sliaturrahim sesama badan-badan belia yang bergabung di bawah Majlis Belia Daerah Hulu Langat (MBDHL)yang terdiri daripada lebih 40 buah persatuan belia. Pada masa yang sama, program ini turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi kerajaan persekutuan peringkat daerah. Selain itu juga, MBDHL turut mengambil kesempatan membentangkan laporan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2010. Ini termasuk membincangkan isu-isu belia akar umbi yang boleh diketengahkan di dalam mesyuarat Majlis Perundingan Belia Negeri Selangor pada 20 Mac 2011 di Shah Alam. Malah, MBDHL turut memaklumkan akan menjadi tuan rumah kepada Sambutan Hari Belia Negeri Selangor yang akan diadakan pada 14-15 Mei 2011 di Lubuk Manggis, Hulu Langat. Disasarkan seramai 3000 belia akan menyertai program ini. Ia akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan. Semoga aktiviti sebegini dapat merapatkan hubungan sesama NGO belia dan seterusnya akan mengukuhkan proses pembinaan jatidiri belia di pelbagai peringkat di Hulu Langat.

FUTSAL MAHABBAH ABIM BANGI

Assalamualaikum wrh.wbt.

ABIM Bangi akan mengadakan Futsal Mahabbah yang bertujuan untuk mengukuhkan jalinan silaturrahim sesama ahli, aktivis mahupun belia setempat. Butiran lanjut seperti berikut

Tarikh : 11 Mac 2011
Masa : 9.00 malam
Lokasi : AKTIF FUTSAL, Kaw Perindustrian Bangi, Selangor

Kepada sesiapa yang berminat untuk sertai program ini, sila hubungi sdr hammad 019-3070007

Rabu, 2 Mac 2011

MENGENANG ERBAKAN: PEJUANG ISLAM & DEMOKRASI TURKI

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin berkongsi kesedihan ke atas kembalinya Ke Rahmatullah, tokoh gerakan Islam Turki, Necmettin Erbakan. Pemergian beliau ini merupakan satu kehilangan yang sangat besar memandangkan beliau juga adalah simbol kebangkitan demokrasi di Turki. Erbakan mula menceburkan diri di dalam politik lewat menerusi parti. Mili Nizam Partisi (MNP) pada 1970, sebelum menubuhkan MSP (Mili Selamet Partisi).

Beliau mencapai puncak kerjaya politiknya setelah dipilih sebagai Perdana Menteri Turki pada 1995. Sepanjang pentadbirannya,Erbakan telah membawa pelbagai pembaharuan, terutama menyemai kembali kesedaran Islam di peringkat akar umbi di samping membuka ruang demokrasi yang lebih luas di kalangan rakyat Turki yang memuncak dengan kejayaan AKP membentuk kerajaan di Turki pada 2003. Dalam hal ini, para penganalisis politik Turki turut mengimbau peranan Erbakan sebagai guru ataupun mentor kepada Reccep Tayyip Erdogan (Perdana Menteri) dan Abdullah Gul (Presiden) pada ketika ini. Semoga jasa-jasa ini membawa kerahmatan ke atas rohnya di sisi Allah, serta menjadi suri teladan kepada seluruh generasi muda Muslim.

Tafsir Maudhui ke 57 oleh Y.Bhg Dato Dr Siddiq Fadzil

Assalamualaikum wrh.wbt.

ABIM Bangi ingin memaklumkan Tafsir Maudhui ke 57 akan diadakan. Butiran seperti berikut

Tarikh : 2 Mac 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 -10.30 mlm
Lokasi : Dewan Besar, Kolej Dar al Hikmah (KDH), Sg Ramal Dalam, Kajang.

Semua belia, anak muda di sekitar Bangi dijemput hadir ke majlis tersebut.

Rabu, 16 Februari 2011

Sesi Sehati Sejiwa, Seiya Sekata 2011


Pada 15 Feb 2011 jam 9.00 pagi 12.30 tengahari bertempat di TASKI Zainab, ABIM Bangi telah mengadakan Sesi Sehati Sejiwa, Seiya Sekata bersama guru-guru TASKI. Tujuan program ini diadakan ialah untuk membolehkan para guru berkongsi dan berbincang tentang berbagai perkara agar saling mengenali di antara satu sama yang lain. Ini penting kerana para guru menrupakan barisan hadapan menterjemahkan idealisme perjuangan dakwah ABIM melalui institusi pendidikan yang diwujudkan di tengah masyarakat. Turut menyertai program termasuk Dr Parveez & Tn Hj Juffery (WADAH Selangor), Sdr Nizam & Hammad (ABIM Bangi). Ia telah mendapat repson yang memberangsangkan dan akan diteruskan dengan aktiviti-aktiviti yang lain.

Khamis, 13 Januari 2011

Kumpulan Pengkajian Islam (Usrah) 20012011

Assalamualaikum wrh.wbt.

ABIM Bangi akan mengadakan kumpulan pengkajian Islam (usrah)mingguan. Butiran lanjut seperti berikut

Tarikh : 19 Jan 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : 1603-11, Persiaran Mawar 1, Sg. Ramal Dalam, 43000, Kajang Selangor

Semua aktivis, sahabat dan rakan-rakan dijemput hadir ke program tersebut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Anuar 013-3767845

Rabu, 12 Januari 2011

Kumpulan Pengkajian Islam (Usrah) 12012011

Assalamualaikum wrh.wbt.

Dimaklumkan bahawa ABIM Bangi akan mengadakan kumpulan pengkajian Islam (usrah). Butiran seperti berikut

Tarikh : 12 Jan 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : Rumah Sdr Nizam, No 20, Jln 4/3D, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor. Semua dijemput hadir.

Ahad, 9 Januari 2011

JOM CERGASKAN DIRI MU 2011

ABIM Bangi telah mengadakan program JOM CERGASKAN DIRI MU pada 9 Jan 2011 (Ahad)jam 8.30 pagi di Bukit Expo UPM, Serdang. Tujuan ia diadakan ialah untuk merapatkan silaturrahim melalui aktiviti sesama rakan serta anggota keluarga masing-masing. Pada masa yang sama merancang aktiviti yang ingin dijalankan melibatkan pelbagai pihak dan sebagainya.