Sabtu, 29 Ogos 2009

Suasana Ceria Majlis Berbuka Puasa di rumah Dr. Ahmad Parveez



ABIM Bangi telah mengadakan program ziarah mantan pimpinan ABIM Bangi yang kini pimpinan WADAH Selangor iaitu Dr. Ahmad Parveez di Desa Sentosa, Bangi Selangor. Beliau telah berkongsi pengalaman serta memberikan nasihat kepada generasi muda. Majlis dimulakan dengan sesi taaruf, berbuka puasa, solat maghrib berjamaah, disusuli solat Isya' berjamaah, solat terawih serta pengisian minda. Ia turut dihadiri pimpinan ABIM Bangi, aktivis PKPIM-UKM dan juga siswa UniKL MFI. Semoga usaha ini merapatkan silaturrahim sesama aktivis gerakan.

Khamis, 27 Ogos 2009

Forum Pengkaji Pemikiran & Tamadun (Siri Ke-21)

ABIM Bangi menjemput aktivis, ahli, sahabat, rakan taulan serta masyarakat setempat untuk hadir ke Forum ini.
Butiran lanjut adalah seperti berikut :
Tajuk : SENIBINA ISLAM : SATU PEMIKIRAN SEMULA
Pembentang: Dr. Nangkula Utaberta
Kumpulan Teknologi dan Kelestarian Peradaban Melayu
Jabatan Senibina Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Tarikh: 26 Ogos 2009 / 5 Ramadhan 1430H (Rabu)
Masa: 10:00 pagi – 1:00 tengahari
Tempat: Bilik Syura, Kolej Dar al-Hikmah, Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor
Penyertaan adalah PERCUMA.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi : Sekretariat ABIM Pusat.
Tel: 03-4256 8400 (Sdri. Noraliza) atau
Akademi Kajian Ketamadunan (AKK-KDH)
03-8925 2392 / 013-2637009 (Sdri. Zulaihan)

Khamis, 20 Ogos 2009

Program Ramadhan Mubarak 2009 : Jom Sertai!


Sempena bulan Ramadhan Mubarak, ABIM Bangi mengatur program-program yang boleh disertai oleh ahli, aktivis, sahabat dan masyarakat. Ia adalah seperti berikut:
1. Program Ziarah Ukhuwwah, Ramadhan Mubarak 2009

Tarikh : 26 Ogos 2009 (Rabu)
Masa : 6.30 ptg - 8.30 mlm
Lokasi : Rumah Dr. Parveez, Tmn Desa Sentosa berdekatan dgn Kg. Teras Jernang.

Tentatif.
1. Sesi taaruf (suai-kenal)
2. Berbuka puasa bersama
3. Solat Maghrib berjamaah
4. Sesi perkongsian pengalaman

2. Majlis Perasmian Kompleks Kebajikan Rukaiyah & Majlis Berbuka Puasa 2009

Tarikh : 4 Sept 2009 (Jumaat)
Masa : 5.00 ptg - 10.00 mlm

Lokasi : Dewan Perdana, UniKL MFI, Seksyen 14, Jalan Teras Jernang, Bandar Baru Bangi Selangor
Perasmi : Sdr. Muhd Razak Idris, Presiden ABIM.

3. Majlis Berbuka Puasa Perdana ABIM 2009

Tarikh : 5 Sept 2009 (Sabtu)
Masa : 6.00 ptg -10.00 mlm
Lokasi : Kolej Dar al-Hikmah, Sg. Ramal Dalam, Kajang Selangor.

Jika berminat menyertai program yang tertera di atas, sila berikan nama kepada Sdr Nizam secepat mungkin di 019-2776587.

Suasana Diskusi Bersama Sdr. Muhd Razak, Presiden ABIM




ABIM Bangi telah menjayakan program Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) berkala di rumah Sdr Muhd Razak, Presiden ABIM, seksyen 9, Bandar Baru Bangi, pada 19/8/2009 yang lalu. Suasana yang melatari proses kebangkitan dan kejatuhan tamadun Islam seluruh dunia disentuh dengan panjang lebar oleh beliau. Ia termasuk garis-garis besar haluan perjuangan yang diungkapkan oleh mantan Presiden yang terdahulu melalui ucapan dasar agar dapat dijadikan landasan gerak-kerja aktivis gerakan. Aspek keilmuan dan perkhidmatan menjadi fokus yang perlu diberikan perhatian serius dan diterjemahkan melalui program, jaringan dan sebagainya. Sesi ini juga dapat merapatkan silaturrahim sesama rangkaian gerakan dakwah lokal. Turut hadir menyertai program ini termasuk PKPIM-UKM, Guru Pusat Tahfiz ABIM Bangi, pimpinan ABIM Serdang & Bangi.

Rabu, 19 Ogos 2009

Suasana Diskusi Bersama Y.Bhg Dato' Dr. Siddiq Fadzil. Presiden WADAH





ABIM Bangi mendapat banyak saranan, cadangan serta idea hasil diskusi bersama Y.Bhg Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Presiden, Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH) dan juga Presiden Kolej Dar al-Hikmah di rumah beliau, Tmn Surada, Kajang Selangor. Beliau juga merupakan mantan Presiden ABIM. Turut serta dalam sesi diskusi tersebut ialah pimpinan ABIM, PKPIM, WADAH, HELWA, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KDH serta aktivis-aktivis muda. Secara tidak langsung juga,ia dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli gerakan ini.

Suasana Mesyuarat Penyelarasan Program Bersama KKR-AMAL



ABIM Bangi dan Kompleks Kebajikan Rukaiyah (KKR-AMAL) akan bersama-sama menjayakan Majlis Perasmian Komplek Kebajikan Rukaiyah & Majlis Berbuka Puasa pada 4 Sept 2009 (Jumaat) di Dewan Nik Muhiddin Musa, IPGM, Bangi Selangor

Selasa, 18 Ogos 2009

Terkini : ABIM Bangi

1) Mesyuarat Penyelarasan Iftar ABIM 2009

Tarikh : 19 Ogos 2009 (Rabu)
Masa : 10.30 pagi
Lokasi : Kolej Dar al-Hikmah (KDH), Sg. Ramal Dalam, Kajang, Selangor

2) Kumpulan pengkajian Islam (usrah) bersama Ahli Jawatankuasa ABIM Pusat. Butiran lanjut seperti berikut :

Tarikh : 18 Ogos 2009 (Selasa)
Masa : Maghrib bersama
Lokasi : Rumah Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Presiden WADAH dan merangkap Presiden Kolej Dar al-Hikmah (KDH) di Tmn Surada, Kajang, Selangor

Justeru itu semua pimpinan ABIM Bangi dijemput hadir. Sila maklumkan kehadiran kepada Sdr Ahmad Saparudin 016-2214934.

3) Mesyuarat Penyelarasan Majlis Perasmian Kompleks Kebajikan Rukaiyah (KKR-AMAL) & Majlis Berbuka Puasa 2009

Tarikh : 18 Ogos 2009 (Selasa)
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : Bilik mesyuarat pejabat KKR-AMAL

Khamis, 13 Ogos 2009

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) ABIM Bangi

Dijemput ahli, aktivis serta sahabat-sahabat sekalian menghadiri Kumpulan Pengkajian Islam (usrah). Ia adalah seperti berikut :

Tarikh : 19 Ogos 2009 (Rabu)
Masa : Solat Isyak bersama
Lokasi : Rumah Presiden ABIM, Seksyen 9 (Belakang Stesen Petronas, Seksyen 9) Bandar Baru Bangi.

Jika berminat sertai, sila maklumkan kehadiran ke Sdr Nizam 019-2776587 secepat mungkin.

Forum Ad-Deen Berjaya Dilaksanakan





ABIM Bangi mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada Persatuan Mahasiswa UKM & Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) kerana bersama-sama ABIM di dalam menjayakan Forum Ad-Deen di Pentas Budaya, Dewan Gemilang,UKM semalam. Semoga kita dapat bekerjasama di dalam pelbagai program pembangunan belia Islam setempat pada masa akan datang.

Rabu, 12 Ogos 2009

Forum Bicara Ad Deen :"Hati Ini Milik Siapa"

ABIM Bangi menjemput seluruh ahli, aktivis, sukarelawan dan masyarakat setempat menghadiri program ini. Ia adalah seperti berikut :

Tarikh : 12 Ogos 2009 (Rabu)
Masa : 8.00 malam
Lokasi : Pentas Budaya, Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor
Tajuk : :"Hati Ini Milik Siapa?"
Anjuran : Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) & Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Panelis :
1. Sdr Jufitri Joha (ABIM)
2. Ust. Hanafi Malek (SIDIM)
3. Ustazah Che Maryam (UKM)

Moderator : Ust Zamri Zakaria, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM)

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) bersama PKPIM-UKM


ABIM Bangi telah mengisi slot kumpulan pengkajian Islam mingguan PKPIM-UKM pada 10 Ogos 2009, jam 5.30 petang yang lalu. Tajuk pengisian "Persaudaraan Islam" sumber rujukan buku Abdullah Nasih Ulwan. Ia telah disampaikan oleh Sdr Baktiar Hasnan, TYDP ABIM Bangi. Huraian meliputi pengertian, hak khas dan hak umum. Pelbagai persoalan ditimbulkan berkisar tentang persahabatan dan isu-isu di dalam persahabatan. Melalui slot ini, ahli lebih mengenali ABIM sebagai rakan kongsi dakwah serta dapat mengeratkan silaturrahim.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah).Y.Bhg Prof. Dr Razali Nawawi, Mantan Presiden ABIM Pertama

Dijemput semua aktivis, ahli, sahabat dan rakan taulan hadir ke Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) berkala dikendalikan oleh Y.Bhg Prof. Dr Razali Nawawi, Mantan Presiden ABIM yang pertama. Butiran lanjut seperti berikut :

Tarikh : 7 Ogos 2009 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam
Lokasi : No. 7 Jln 2/D (Off Jalan 2/1C), 43650, Bandar Bangi
Kupasan : Surah Yunus

Semua dijemput hadir.

Isnin, 3 Ogos 2009

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) ABIM Bangi

Dijemput semua ahli, rakan-rakan dan sahabat menghadiri kumpulan pengkajian Islam (usrah) yang diadakan seperti berikut:

Tarikh : 5 Ogos 2009 (Rabu)
Masa : 9.00 malam
Lokasi : Tingkat 1, Surau Abd Rahman Al-Auf, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor

Untuk makluman lanjut sila hubungi : Sdr Nizam : 019-2776587.

Tahniah Buat Pimpinan ABIM Sesi 2009-2011

ABIM Bangi mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan untuk mengemudi ABIM dengan lebih berkesan di dalam menjayakan agenda tamadun khayra ummah ini selepas berlangsungnya Muktamar Sanawi ABIM ke-38 di SAMTAJ Seksyen 11 Shah Alam pada 2 Ogos 2009. Berikut adalah senarai pimpinan ABIM Sesi 2009-2011 untuk makluman semua.
1. Presiden: Muhammad Razak bin Idris
2. Timbalan Presiden: Amidi bin Abd Manan
3. Naib Presiden (Kebangsaan) : Ahmad Sapruddin bin Yusup
4. Naib Presiden (Antarabangsa) : Khairul Faiz bin Abdul Morat
5. Naib Presiden (HELWA): Fadhlina binti Siddiq
6. Setiausaha Agung: Mohd Raimi bin Abdul Rahim
7. Setiausaha Kewangan: P. Aizan bin Tukirin
8. Penolong Setiausaha Agung: Maria Kamel
9.Ketua Biro. Dakwah: Ustaz Mohd Naim bin Mohd Nor
10. Penataran: Abdul Razak bin Ariffin
11. Penerangan: Mohd Hilmi bin Ramli
12. Pembangunan Sosial: Akmal Hisham bin Abdul Rahim
13. Ikhtisas: Dr. Mohd Mahyudi bin Mohd Yusop
14. Kesihatan: Dr. Saifullah al-Hany
15. Latihan: Noryzal bin Zainal Abidin
16. Pendidikan: Dr. Haslinda binti Abdullah
17. Penyelidikan: Fauwaz Hasbullah
18. Tugas-Tugas Khas (Teknologi Maklumat): Adli bin Abdul Wahid
19. Tugas-Tugas Khas (Hubungan Antarabangsa) : Jufitri bin Joha