Selasa, 22 Disember 2009

Pertandingan Debat Peringkat Saringan Kolej Dar al-Hikmah (KDH) 2009


21 Dis 2009 - Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Dar al-Hikmah (KDH) jam 9.00mlm di Dewan Besar, KDH telah buat julung-julung kalinya menganjurkan pertandingan debat peringkat saringan ala parlimen di kalangan siswa. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pengucapan awam, membina keyakinan diri serta membentuk pemikiran yang kritis terhadap persekitaran. Program ini telah dirasmikan oleh Sdr Zaihan, Pengurus Komunikasi Korporat dan Pemasaran, KDH. Tajuk perdebatan ialah Penglibatan Mahasiswa Dalam Politik Membentuk Daya Kepimpinan & Ketrampilan Mahasiswa. Peringkat saringan ini dimenangi oleh kumpulan pembangkang.Sdr Baktiar Hasnan, TYDP ABIM Bangi telah dijemput sebagai pengadil pertandingan Debat tersebut.

Sabtu, 19 Disember 2009

Suasana Ceria Futsal ABIM 2009


Bangi - Pada 19 Dis 2009 jam 9.00 pagi, ABIM telah menganjurkan Futsal 2009 di Aktif Futsal, Seksyen 13, Bandar Baru Bangi.Ia telah dianjurkan dengan kerjasama ABIM Bangi. Sebanyak 6 pasukan telah bertanding yang terdiri daripada pasukan ABIM, PKPIM, SEMI ABIM, ABIM Bangi, KDH dan sebagainya. Program ini secara tidak langsung dapat merapatkan silaturrahim sesama ahli sekaligus mengamal gaya hidup sihat di kalangan generasi muda.

Program terkini ABIM Bangi (19122009)

Program terkini ABIM Bangi yang boleh disertai ahli, aktivis dan sahabat sekalian. Ia seperti berikut :

1) Futsal ABIM 2009

Tarikh : 19/12/2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi-11pg
Lokasi : AKTIF FUTSAL, No 11A,Jln P/7 Perindustrian Bangi Baru, Seksyen 13, BBB.
Anjuran : ABIM

ABIM Bangi akan menghantar 2 pasukan futsal bertanding (10 orang). Yang lain dijemput hadir

2) Pertandingan Debat Sempena Minggu Ekspresi Diri 2009 KDH

Tarikh : 21 & 24/12/2009
Masa : 8.00 mlm
Lokasi : Dewan Besar, Kolej Dar ak-Hikmah (KDH), Sg Ramal Dalam, Kajang,
Anjuran : Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KDH

ABIM Bangi dijemput sebagai panel hakim debat peringkat saringan (21/12) dan akhir (24/12/2009). Semua ahli, aktivis dan sahabat dijemput hadir ke program tersebut.

3) Minggu Du'at 2009

Tarikh : 17-20/12/2009
Masa : 8.00 pagi -11.00 pm
Lokasi : Masjid Negeri Selangor, Shah Alam
Anjuran : ABIM Selangor

Semua ahli, aktivis dan sahabat dijemput hadir ke program tersebut.

Khamis, 3 Disember 2009

Program terkini ABIM Bangi (03122009)

Berikut adalah program-program yang boleh disertai oleh ahli, sahabat serta aktivis ABIM Bangi. Ia dianjurkan oleh pelbagai rakan-rakan strategik ABIM Bangi. Ia seperti dibawah

1) Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) ABIM Bangi

Tarikh : 9 Disember 2009 (Rabu)
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : PEKKA, No 45, Jln 8/3, Seksyen 8, BBB.

2) Seminar Pengukuhan Pandangan Alam Islam & Syarahan Perdana Prof. Dr. Syed Naquib Al-Attas

Tarikh : 13 Disember 2009
Lokasi : Institut Integriti Malaysia (IIM)
Anjuran : Himpunan Keilmuan Muda & Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Bayaran : Seminar & Syarahan : RM100 (profesional) & RM35 (pelajar)
Syarahan sahaja : RM50 (profesional) & RM25 (pelajar)

Jika berminat sila hubungi : Sdr Abdul Muntaqim : 019-8285019

3) Perkambungan Menara Gading (PMG) Ke-10

Tarikh : 24-27 Disember 2009
Lokasi : Universiti Industri Selangor (UNISEL) Batang Berjuntai, Selangor
Sasaran : 200 belia pelajar lepasan SPM 2009
Anjuran : Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS)

Jika berminat sila hubungi : Sdr Muzzaki : 017-5086339/013-2005672