Rabu, 23 Mac 2011

Kumpulan Pengkajian Islam (Usrah) 23032011

Assalamualaikum wrh.wbt.

ABIM Bangi akan menganjurkan Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) mingguan seperti biasa. Butiran seperti berikut.

Tarikh : 23 Mac 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 malam
Lokasi : Rumah Sdr Ahmad Saparuddin, No 30, Jln Melati 2, Tmn Melati, Sg Ramal, Kajang Selangor.

Semua aktivis, ahli serta belia setempat dijemput hadir.

Ahad, 13 Mac 2011

PIDATO KHAS 'PENCERAHAN UMAT & PELANCARAN TABUNG PEMBANGUNAN KOMPLEKS PENDIDIKAN UMAT

Tarikh : 13 Mac 2011
Masa: 8.00 - 11.30 malam
Tempat: Masjid An-Naim Kpg. Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam, SEL.
OLEH DATO' DR SIDDIQ FADZIL, Presiden WADAH
Anjuran : ABIM Selangor

Semua aktivis, ahli serta belia yang berminat dijemput hadir.

Khamis, 10 Mac 2011

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) 09032011

Pada 9 Mac 2011 jam 8.30 malam yang lalu bertempat di rumah Sdr Hammad di No 27, Jln 3/21, Bangi Perdana telah diadakan kumpulan pengkajian Islam (usrah) mingguan. Tujuan program ini diadakan ialah untuk mengukuhkan silaturrahim, menambah ilmu pengetahuan, meningkat amalan kerohanian serta memahami isu-isu semasa berdasarkan persektif badan dakwah serta merangka aktiviti seterusnya. Usrah seterusnya akan diadakan pada 16/3/2011 akan datang

ABIM BANGI HADIRI MAJLIS PERUNDINGAN BELIA DAERAH HULU LANGAT 2011

Pada 9 Mac 2011, jam 8.30 malam yang lalu bertempat di Prescott Inn, Kajang Selangor, ABIM Bangi telah menghadiri Majlis Perundingan Belia Daerah Hulu Langat kali-1 untuk tahun ini. Tujuan program ini diadakan ialah untuk menjalin sliaturrahim sesama badan-badan belia yang bergabung di bawah Majlis Belia Daerah Hulu Langat (MBDHL)yang terdiri daripada lebih 40 buah persatuan belia. Pada masa yang sama, program ini turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi kerajaan persekutuan peringkat daerah. Selain itu juga, MBDHL turut mengambil kesempatan membentangkan laporan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2010. Ini termasuk membincangkan isu-isu belia akar umbi yang boleh diketengahkan di dalam mesyuarat Majlis Perundingan Belia Negeri Selangor pada 20 Mac 2011 di Shah Alam. Malah, MBDHL turut memaklumkan akan menjadi tuan rumah kepada Sambutan Hari Belia Negeri Selangor yang akan diadakan pada 14-15 Mei 2011 di Lubuk Manggis, Hulu Langat. Disasarkan seramai 3000 belia akan menyertai program ini. Ia akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan. Semoga aktiviti sebegini dapat merapatkan hubungan sesama NGO belia dan seterusnya akan mengukuhkan proses pembinaan jatidiri belia di pelbagai peringkat di Hulu Langat.

FUTSAL MAHABBAH ABIM BANGI

Assalamualaikum wrh.wbt.

ABIM Bangi akan mengadakan Futsal Mahabbah yang bertujuan untuk mengukuhkan jalinan silaturrahim sesama ahli, aktivis mahupun belia setempat. Butiran lanjut seperti berikut

Tarikh : 11 Mac 2011
Masa : 9.00 malam
Lokasi : AKTIF FUTSAL, Kaw Perindustrian Bangi, Selangor

Kepada sesiapa yang berminat untuk sertai program ini, sila hubungi sdr hammad 019-3070007

Rabu, 2 Mac 2011

MENGENANG ERBAKAN: PEJUANG ISLAM & DEMOKRASI TURKI

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin berkongsi kesedihan ke atas kembalinya Ke Rahmatullah, tokoh gerakan Islam Turki, Necmettin Erbakan. Pemergian beliau ini merupakan satu kehilangan yang sangat besar memandangkan beliau juga adalah simbol kebangkitan demokrasi di Turki. Erbakan mula menceburkan diri di dalam politik lewat menerusi parti. Mili Nizam Partisi (MNP) pada 1970, sebelum menubuhkan MSP (Mili Selamet Partisi).

Beliau mencapai puncak kerjaya politiknya setelah dipilih sebagai Perdana Menteri Turki pada 1995. Sepanjang pentadbirannya,Erbakan telah membawa pelbagai pembaharuan, terutama menyemai kembali kesedaran Islam di peringkat akar umbi di samping membuka ruang demokrasi yang lebih luas di kalangan rakyat Turki yang memuncak dengan kejayaan AKP membentuk kerajaan di Turki pada 2003. Dalam hal ini, para penganalisis politik Turki turut mengimbau peranan Erbakan sebagai guru ataupun mentor kepada Reccep Tayyip Erdogan (Perdana Menteri) dan Abdullah Gul (Presiden) pada ketika ini. Semoga jasa-jasa ini membawa kerahmatan ke atas rohnya di sisi Allah, serta menjadi suri teladan kepada seluruh generasi muda Muslim.

Tafsir Maudhui ke 57 oleh Y.Bhg Dato Dr Siddiq Fadzil

Assalamualaikum wrh.wbt.

ABIM Bangi ingin memaklumkan Tafsir Maudhui ke 57 akan diadakan. Butiran seperti berikut

Tarikh : 2 Mac 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 -10.30 mlm
Lokasi : Dewan Besar, Kolej Dar al Hikmah (KDH), Sg Ramal Dalam, Kajang.

Semua belia, anak muda di sekitar Bangi dijemput hadir ke majlis tersebut.