Ahad, 29 Ogos 2010

Program Sekampit Beras ABIM Bangi 2010 Lancar

Pada 31 Ogos 2010 yang lalu ABIM Bangi telah mengadakan program Sekampit Beras sempena bulan Ramadan yang mulia ini. ABIM Bangi telah mendapat kerjasama daripada Nazir, Masjid Al-Falah. Kg. Sg Ramal Dalam, Kajang Selangor untuk pengedaran barang keperluan kepada golongan fakir miskin dan memerlukan di kawasan tersebut.

Manakala, Ketua & Jawatankuasa Keselamatan Kg. Teras Jernang, Bandar Baru Bangi telah membantu ABIM Bangi dalam proses penyerahan barang keperluan di kawasan kg tersebut. Program ini telah disertai oleh pimpinan ABIM Bangi, ahli serta 10 aktivis PKPIM-UKM. Program ini dapat mendidik kita untuk lebih prihatin dan peka kepada mereka yang kurang bernasib baik dan berusaha untuk menyumbang mengikut kemampuan. Sdr Khairudin Abas, Timbalan Yang Di Pertua (TYDP)ABIM Selangor turut hadir

Kepada pihak yang masih ingin menyumbang sekampit beras kepada mereka yng memerlukan melalui ABIM Bangi, sila hubungi Sdr Hammad 013-2070007.

Slot Perkongsian ABIM Bangi di PROJET 2010 - KPIJ

Pada 28 Ogos 2010, 9.45 mlm di Surau Kolej Dar Al Hikmah (KDH),Sg, Ramal Dalam, Kajang, Selangor telah diadakan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Sdr Baktiar, ABIM Bangi dengan ahli serta pimpinan Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)sempena program Jejak Darul Takzim (PROJET 2010). Tujuan program ini diadakan ialah untuk merapatkan silaturrahim, meningkatkan ilmu serta amal ibadah secara bersama. Lebih 20 orang ahli KPIJ yang terdiri daripada pelbagai universiti di Lembah Kelang seperti UKM, USIM, UIAM, UM etc hadir.Program tersebut turut dihadiri oleh pimpinan ABIM Bangi yang lain seperti Sdr Ahmad Saparuddin, YDP ABIM Bangi, Sdr Nizam, Bendahari serta Sdr Faizal. Semoga usaha ini dapat merapatkan hubungan serta kerjasama menjayakan usaha-usaha dakwah lokaliti dengan lebih berkesan serta menyeluruh.

Selasa, 10 Ogos 2010

Program Mendaki Bukit Broga Bersama ABIM Bangi & PKPIM UKM


Pada 1 Ogos 2010 jam 7.00 pagi di Bukit Broga, Semenyih Selangor telah diadakan program mendaki bukit bersama-sama pimpinan ABIM Bangi serta ahli PKPIM-UKM. Seramai 20 orang menyertai program ini. Tujuan program ini diadakan ialah untuk merapatkan silaturrahim sesama rakan-rakan melalui aktiviti rekreasi dan santai. Bukit Broga yang terletak berdekatan dengan University of Nottingham, Kampus Malaysia sering menjadi kunjungan pelbagai lapisan masyarakat setempat. Kebanyakkan mereka ingin melihat matahari terbit setiap pagi dari pemandangan atas bukit. Semoga usaha ini akan mengukuhkan usaha-usaha dakwah lokaliti masing-masing

Isnin, 9 Ogos 2010

Perlawanan Futsal ABIM Bangi Bersama Mahasiswa IPT di Bangi

Pada 9 Ogos 2010 jam 9.00 - 11.00 malam bertempat di VROX Futsal Centre, Jln Reko, Kajang, Selangor, ABIM Bangi telah mengadakan perlawanan futsal persahabatan dengan mahasiswa setempat. Tujuan ia diadakan ialah untuk menghayati gaya hidup sihat di kalangan anak muda. Pada masa yang sama ia dapat merapatkan hubungan antara ABIM Bangi dan mahasiswa IPT sekitar Bangi. Hampir 20 mahasiswa yang turut memeriahkan perlawanan futsal ini. Mereka terdiri daripada mahasiswa German Malaysian Institute, Universiti Kuala Lumpur - Malaysia France Institute (UniKL MFI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia serta pimpinan, aktivis ABIM Bangi. Program sukan yang lain akan diadakan pada masa akan datang. Sdr Raimi, Setiausaha Agung, ABIM turut hadir memeriahkan lagi program ini.

Ahad, 8 Ogos 2010

Ijtimak Harakiyy Kali-1 - PKPIM-ABIM-WADAH


Pada 6 - 8 Ogos 2010 yang lalu di Dewan Besar, Kolej Dar al-hikmah (KDH)Sg Ramal Dalam, Kajang,Selangor telah diadakan Ijtimak Harakaiyy kali-1 yang melibatkan keluarga besar gerakan Islam iaitu PKPIM-ABIM-WADAH. Ia meliputi ucapan Presiden PKPIM, ABIM & WADAH, perjalanan muktamar masing-masing, majlis pelancaran buku serta ucapan penggulungan daripada pimpinan kanan PKPIM, ABIM & WADAH. Ia bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama ahli gerakan yang terus giat aktif di pelbagai platform iaitu pelajar melalui PKPIM, belia melalui ABIM dan dewasa melalui WADAH. Bersempena dengan Ijtimak Harakiyy ini juga telah diadakan Seminar Maqasid Syariah : Model Ekonomi Baru Berkeadilan. Ia telah diadakan di Dewan Mercu Gemilang, German Malaysia Institute, Sg Tangkas, Kajang, Selangor. ABIM Bangi telah memainkan peranan aktif mengepalai sukarelawan yang menjayakan Ijtimak Harakiyy ini.