Ahad, 31 Mei 2009

ABIM Bangi mengisi Slot Induksi MPP Kolej Dar Al-Hikmah

Pada 31 Mei 2009 (Ahad), ABIM Bangi telah dijemput mengisi slot kuliah subuh di dalam program Induksi Pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Kolej Dar Al-Hikmah (KDH) yang baru terpilih di dalam pilihanraya kampus yang baru diadakan. Ia telah diisi oleh Sdr Muhd Nizam Shamsudin, Bendahari ABIM Bangi dengan tajuk : "Kepentingan melibatkan diri di dalam gerakan Islam" di Surau KDH, Sg. Ramal Dalam, Kajang Selangor.

Kolej Dar al-Hikmah (KDH) merupakan Kolej Islam swasta yang terawal ditubuhkan di Malaysia dan juga adalah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) milik ABIM. Ia adalah lanjutan usaha-usaha ABIM di peringkat Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI), Sek. Ren Islam (SERI) & Sek. Men. Islam (SEMI). Matlamat KDH adalah untuk membangun tradisi ilmu memugar kegemilangan Tamadun Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidup.

Semoga penglibatan ABIM Bangi bersama KDH akan menperkukuhkan usaha-usaha memartabatkan budaya ilmu di kalangan generasi muda di Bangi sekali gus meningkatkan kualiti pemikiran, membentuk cara hidup serta amalan kehidupan harian yang positif sejajar dengan tuntutan syariah.

Bengkel Strategik ABIM Bangi 2009/2010 Berjalan Lancar

Pada 30 Mei 2009 (Sabtu) yang lalu telah diadakan Bengkel Strategik ABIM Bangi Sesi 2009/2010. Ia telah diadakan di TASKI Zainab ABIM Bangi, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi. Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk mengenalpasti Key Result Area (KRA) atau bidang fokus aktivis dakwah di dalam menjayakan agenda dakwah lokaliti sepanjang tahun sesuai dengan kekuatan, pengalaman serta kepakaran yang ada di lokaliti selama ini.

Dalam pada itu juga , KRA yang dikenalpasti disokong dengan Key Performance Indicator (KPI) atau indeks petunjuk prestasi terhadap bidang fokus tersebut. Ia penting untuk memastikan usaha dakwah dapat yang dijalankan bukan sahaja dijalankan bahkan yang lebih penting menilai keberkesanan dan impak perubahan positif kepada kelompok sasaran. Ini kerana cabaran persekitaran yang semakin kompleks & global, memerlukan strategi yang kreatif & inovatif di kalangan aktivis dakwah

Kehadiran wakil pimpinan Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan (PEPIAS) Bangi, turut menjayakan proses perkongsian bijak dengan rakan dakwah strategik lokaliti. Semoga segala usaha ini dapat merealisasikan agenda tamadun khayra ummah setempat melalui masyarakat madani yang dinamik.

Selasa, 26 Mei 2009

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) PEPIAS Bangi dihadiri ABIM Bangi

Pada 25 Mei 2009, 8.15 mlm telah diadakan Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) mingguan ahli Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan & Selangor (PEPIAS) di Bandar Seri Putra Mahkota, Bangi, Selangor. PEPIAS merupakan badan gabungan negeri Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan rakan dakwah ABIM Bangi.
Tujuan kumpulan pengkajian Islam (usrah) mingguan ini diadakan ialah untuk memperkukuhkan silaturrahim sesama ahli, meningkatkan kefahaman tentang penghayatan Islam di kalangan ahli melalui perbincangan serta makluman program-program terkini. Buku yang dikupas dan dirujuk bertajuk "Apa Ertinya Saya Menganut Islam?" tulisan Fathi Yakan.
Seramai 30 orang ahli PEPIAS termasuk Sdr Baktiar Hasnan, TYDP ABIM Bangi, Sdr Muhd Syamel Yusof, Bendahari PEPIAS Pusat dan Sdri Nor Fadhilah Mastura Sokhibul Fadil, Ketua Helwani PEPIAS PUSAT turut hadir ke program tersebut. Semoga ia dapat memperkukuh hubungan dengan pelbagai rakan dakwah lokaliti.

Sabtu, 23 Mei 2009

Hari Sukan Tahunan TASKI ABIM Bangi Ke-30 Meriah



Hari Sukan Tahunan TASKI ABIM Ke-30 telah berjaya diadakan pada 23 Mei 2009 (Sabtu) di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor. Seramai 50 orang pelajar TASKI telah menyertai 7 acara yang dsediakan. Antara acara menarik seperti Lari perseorangan (60 m) , Pat-pat siku lipat, Tarik bola dengan gelung rotan, Baling pundi kacang dalam bakul serta Tarik Tali. Program ini telah dirasmikan oleh Ust Muszaki Mohd Ozir, Penolong Setiausaha ABIM Selangor.

Selain itu, ada acara menarik melibatkan kaum ibu dan bapa juga disediakan seperti bowling kelapa (ibu) dan kupas kulit epal terpanjang tanpa putus (bapa). Malah, sebanyak 10 hadiah cabutan bertuah disediakan kepada orang ramai. Program ini telah mendapat bantuan sukarelawan daripada Kadet Remaja Sek. Men. Jalan Dua, Bandar Baru Bangi dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Program ini dimulakan dengan bacaan ikrar, doa daripada para pelajar TASKI Saidatina Zainab, Seksyen 2 & TASKI Aishah, Seksyen 3.

Secara tidak langsung program ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama pelajar, ibu-bapa, guru TASKI serta ABIM Bangi. Ia merupakan sebahagian daripada pelbagai acara tahunan yang dirancangkan oleh pihak TASKI ABIM Bangi.

Rabu, 20 Mei 2009

Program-program terkini ABIM Bangi

Program-program terkini ABIM Bangi seperti berikut :

Kumpulan Pengkajian Islam (Usrah) Unit HELWA, Kg. Teras Jernang

Tarikh : 21 Mei 2009 (Khamis)
Masa : 9.30 malam
Lokasi : Rumah Pn. Nurhayati, Jln Makmur, Kg. Teras Jernang, Seksyen 14, Bdr Baru Bangi. Jika ingin turut serta sila hubungi : Nurhayati : 012-6900094.

Hari Sukan Pelajar TASKI ABIM Bangi 2009

Tarikh : 23 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi 12.00 tgh
Lokasi : Stadium, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Sekysen 15, Bandar Baru Bangi.

Kumpulan Pengkajian Islam (Usrah) Unit Kg. Teras Jernang.

Tarikh : 27 Mei 2009 (Rabu)
Masa : 9.30 malam
Lokasi : Rumah Sdr Afifi Abd Halim, Jln Makmur, Kg. Teras Jernang,
Sekysen 14, Bdr Baru Bangi. Jika ingin turut serta sila hubungi : Nizam : 019-2776587

Bengkel Induksi Pimpinan ABIM Bangi Sesi 2009/2010

Tarikh : 30 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Lokasi : Seksyen 2, Bandar Baru Bangi, Selangor

Ahad, 10 Mei 2009

MUKTAMAR ABIM BANGI SESI 2008/2009 BERJAYA DILAKSANAKAN

Muktamar ABIM Bangi telah berjaya dilaksanakan di Sek SRI ABIM, Sg Ramal, Kajang sebentar tadi. Ia telah dirasmikan oleh Ust. Khairuddin Abas, Penolong Setiausaha Agung (PSUA) ABIM Selangor. Beliau menekankan tentang penting usaha yang lebih erat diadakan diantara Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH), Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di dalam menjayakan agenda dakwah lokaliti di Bangi.

Sesi tazkirah yang disampaikan oleh Ust Ismail Che Ku, bekas pimpinan ABIM Bangi yang juga ahli WADAH. Beliau mengajak para ahli bersama-sama menjayakan agenda dakwah dengan konsisten dan penghayatan amalan kerohanian diri yang mantap perlu dihayati sepanjang masa.

Pada masa yang sama, Ust Mat Radzi Mat Ali selaku mantan YDP ABIM Bangi Sesi 2008/2009 dalam ucapan beliau juga berharap kerjasama dengan lebih erat dapat dijalinkan oleh pimpinan ABIM Bangi yang baru bersama pelbagai persatuan penduduk, badan-badan Islam serta agensi kerajaan yang ada.

Selain itu, laporan aktiviti sepanjang tahun telah dibentangkan oleh Sdr Muhammad Nizam SU ABIM Bangi, termasuk laporan kewangan untuk makluman semua ahli yang hadir.

Ust Khairuddin selaku wakil ABIM Selangor telah mengumumkan barisan kepimpinan ABIM Bangi Sesi 2009/2010. Semoga, ABIM Bangi berperanan dengan lebih berkesan di lokaliti masing-masing melalui kerjasama pelbagai pihak.

Ahad, 3 Mei 2009

Muktamar Sanawi ABIM Bangi Sesi 2008/2009

Assalamualaikum wrh.wbt.

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan atau Muktamar Sanawi ABIM Bangi Sesi 2008/2009 akan diadakan. Ia adalah seperti berikut

Tarikh : 10 Mei 2009 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Lokasi : Sekolah SRI ABIM, Sg Ramal Dalam, Kajang

Tujuan program ini diadakan ialah

1. membentang laporan program yang telah dijalankan sepanjang tahun termasuk pelantikan Jawatankuasa Daerah yang baru.

2. Berkongsi infomasi tentang isu-isu semasa dan peranan ahli di dalam menjayakan usaha-usaha dakwah di lokaliti masing-masing.

3. Merapatkan silaturrahim sesama ahli yang lama dan baru agar penglibatan seluruh ahli lebih bermakna serta dapat dimanfaatkan potensi ahli sebaik mungkin.

Justeru itu, itu semua ahli dijemput menghadiri program tersebut. Untuk makluman lanjut & penyertaan, hubungi Sdr Nizam, SU ABIM Bangi : 019-2776587