Khamis, 23 Julai 2009

Mesyuarat Pengurusan TASKI ABIM Bangi Kali-1 2009

Dimaklumkan bahawa mesyuarat pengurusan TASKI ABIM Bangi akan diadakan. Ia adalah seperti berikut :

Tarikh : 25 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Lokasi : TASKI Zainab, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi, Selangor

Selasa, 21 Julai 2009

Tarbiyyah Masjidiyah Masjid Hasanah

Salam Sdr sekalian Jemput hadir ke Tarbiyah Masjidiyah anjuran bersama WADAH dan Masjid Hasanah dengan kerjasama ABIM, PKPIM dan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi pada

Tarikh : 25 dan 26 Julai 2009 (Sabtu & Ahad)
Lokasi : Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor

Aktiviti
1) Qiamullail (jam 4 pagi Ahad 26 Julai 2009)
2) Kuliah akan di isi oleh Dato Dr Siddiq Fadzil, Presiden WADAH (Kuliah Subuh Ahad 26 Julai2009) dan Dr Muhammad Nur Manuty, Timbalan Presiden WADAH (Kuliah Maghrib Sabtu 25 Julai 2009).
3) Penginapan untuk muslimin dan muslimat di sediakan di Masjid Hasanah.
4) Minum malam (25 Julai) dan sarapan pagi (26 Julai) disediakan.

Yang berminat untuk menyumbang atau menaja program ini sila berhubung dengan Sdr Amin atau Sdr Fadzli di Sekretariat WADAH SEMUA DI JEMPUT HADIR

MOHD HALIMI ABDUL HAMID
Pen SUA WADAH
Sekretariat WADAH Pusat
No 8, Jalan Surada Satu,Taman Desa Surada, Seksyen 8
43650 Bandar Baru Bangi SELANGOR
Tel: 03-8925 2344
Faks : 03-8922 2561
Mel : mailto:wadahpusat@gmail.com

Khamis, 16 Julai 2009

Jemputan Sertai Kumpulan Pengkajian Islam (usrah)

Dimaklumkan bahawa Unit Kg. Teras Jernang akan mengadakan usrah. Ia seperti berikut :

Tarikh : 22 Julai 2009 (Rabu)
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : Surau, Kolej Dar al-Hikmah, Sg Ramal Luar, Kajang (Selangor)

Kepada ahli, aktivis mahupun generasi muda yang berminat sertai. Sila hubungi Sdr Nizam untuk maklumat lanjut : 019-2776587.

Jumaat, 10 Julai 2009

Program-program ABIM Bangi

Butiran lanjut program adalah seperti berikut :

Mesyuarat AJK ABIM Bangi Kali-2

Tarikh : 15 Julai 2009 (Rabu)
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : Kolej Dar Al-Hikmah (KDH), Kajang.

Semua pimpinan ABIM Bangi dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.

Majlis Ihtifal Tahfiz Ummah Bandar Baru Bangi Ke-15, 2009

Tarikh : 19 Julai 2009 (2009)
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tgh
Lokasi : Dewan Besar Nik Muhyidin Musa, Institut Perguruan Islam, Sg Merab, Kajang.

Semua pihak dijemput hadir bagi memeriahkan program yang akan dilaksanakan.

Program Pengurusan Jenazah & Teknik Pemyembelihan mengikut Syarak

Tarikh : 10 - 12 Julai 2009 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Kem Bina Taqwa, Banting
Bayaran : RM30Terbuka kepada semua.
Terhad 80 orang sahaja.
Anjuran : Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) Bangi
Dengan kerjasama : ABIM Kuala Langat

5 orang siswa Kolej Dar al-Hikmah (KDH) mewakili ABIM Bangi menyertai program tersebut.

Selasa, 7 Julai 2009

Program terkini ABIM Bangi

Unit Kg. Teras Jernang, Bdr Baru Bangi akan mengadakan kumpulan pengkajian Islam (usrah) seperti biasa. Ia seperti berikut :

Tarikh : 8 Julai 2009 (Rabu)
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : No 7, Jln Pintar 5, Tmn Universiti, Sg Tangkas, Kajang (dekat dgn komuter UKM).

Justeru semua yang berminat dijemput hadir. Sila hubungi Sdr Nizam di 019-2776587 untuk makluman lanjut.

Isnin, 6 Julai 2009

ABIM Bangi Mengucapkan Takziah Buat Pn. Hasnah dan Sekeluarga

Pada 4 Julai 2009 jam 11.00 pagi ABIM Bangi telah dimaklumkan bahawa adik Azizul, 16 tahun anak kepada Allahyarham Tn. Hj Khairuddin, aktivis ABIM Bangi dan juga mantan Timbalan Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) ABIM meninggal dunia kerana kanser lymphoma di rumah Jln 3/6G Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Pimpinan ABIM Bangi termasuk mantan pimpinan ABIM Pusat, Bangi serta rakan taulan keluarga telah menghadiri majlis bacaan yassin. ABIM Bangi merakamkan rasa takziah kepada Puan Hasnah dan keluarga. Semoga Allahyarham adik Azizul ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Dialog Pimpinan ABIM Bangi dan Guru-Guru Pusat Tahfiz ABIM Bangi Merapatkan Silaturrahim


Pada 4 Julai 2009 jam 8.30 pagi di tingkat 1, Surau Abd Rahman Al-Auf, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi telah diadakan dialog pimpinan ABIM Bangi bersama-sama guru-guru Pusat Tahfiz ABIM Bangi buat julung-julung kalinya. Tujuan sesi dialog ini diadakan ialah untuk memperkenalkan pimpinan baru ABIM Bangi serta memberikan info terkini tentang gerak-kerja dakwah yang dilaksanakan selama ini. Dialog ini juga membolehkan pimpinan lebih mengenali guru-guru Pusat Tahfiz dengan lebih dekat. Beberapa soalan telah dilontarkan kepada pimpinan ABIM Bangi untuk tindakan susulan. ABIM Bangi akan mengadakan program khas melibatkan guru-guru muda Pusat Tahfiz nanti. Ia penting untuk membolehkan usaha-usaha dakwah lokaliti setempat dapat diperkasakan sebaik mungkin. Ia turut dihadiri oleh Sdr Ahmad Saparuddin YDP, Baktiar Hasnan, TYDP, Sdr Hammad, Setiausaha, Sdr Nizam Bendahari, Sdri Normazita & Pn. Nurhayati mewakili HELWA ABIM Bangi.