Khamis, 9 September 2010

Perteguh Ukhuwah Membina Ummah

PERUTUSAN AIDILFITRI 1431 H ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

Alhamdulillah, kita telah berjaya menyempurnakan ibadah besar berpuasa di bulan Ramadhan. Sebagai tanda kejayaan ini, kita telah dianugerahkan oleh Allah swt Hari Kemenangan atau Hari Raya Aidilfitri. Perayaan ini adalah kurnian Allah swt secara khusus kepada kepada seluruh masyarakat Muslimin kerana kemenangan kita berdepan dengan hawa nafsu sepanjang sebulan yang lalu. Kemenangan ini juga adalah salah satu tanda pencapaian kita di dalam perjalanan rohani menuju taqwa iaitu sebuah darjat kesempurnaan insan yang tertinggi di sisi Allah swt. Cita-cita mencapai taqwa adalah falsafah terpenting ibadah berpuasa di bulan Ramadhan sebagaimana firman Allah di dalam surah al- Baqarah, ayat 183.

“Wahai orang yang beriman! Diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”.

Firman Allah ini memberi petunjuk akan kepentingan taqwa di dalam kehidupan seseorang insan. Seseorang yang mencapai tingkat taqwa ialah seorang yang sentiasa di dalam keadaan sedar akan perhubungan dirinya dan keterkaitan seluruh amal perbuatannya dengan Allah swt, Pencipta dan Pemilik seluruh alam ini.. Pencapaian tahap taqwa ini juga bererti seseorang Muslim itu telah memenuhi pengertian al-Ihsan sebagaimana dapat difahami dari sabda Nabi Muhammad saw: “ Ihsan itu ialah apabila kamu melakukan ibadah, kamu merasakan dirimu sedang melihat Allah swt dan sekiranya kamu tidak melihatnya, maka kamu merasakan bahawa Allah swt sedang melihat kamu”. (Hadis Riwayat Muslim).

Oleh itu, bersempena dengan sambutan Aidilfitri pada tahun ini, marilah kita meningkatkan azam dan cita-cita kita untuk menjadi generasi yang bertaqwa. Dalam ertikata lain, kita hendaklah berazam untuk menjelmakan prinsip dan nilai-nilai taqwa di dalam seluruh aspek kehidupan harian kita. Sesungguhnya, sekiranya kita dapat menjelmakan nilai-nilai taqwa ini, ia bermakna kita adalah tegolongan dari kalangan orang-orang yang memperoleh kemenangan kerana telah menyempurnakan maksud dan tujuan sebenar ibadah terbesar Ramadhan. Usaha menyempurnakan nilai-nilai taqwa menuntut kita untuk meneruskan dayausaha pembangunan diri dan masyarakat secara lebih gigih. Di peringkat kehidupan individu, kita harus meningkatkan disiplin kerohanian menerusi pengukuhan tahap pemahaman dan penghayatan Islam secara menyeluruh. Untuk itu, amalan-amalan ibadah khusus seperti bersolat, berzakat dan membantu golongan yang memerlukan harus dibudayakan dengan berterusan. Amalan-amalan mulia ini akan mendekatkan diri kita kepada Allah swt secara berterusan.

Sepanjang Aidilfitri ini, kita hendaklah mengambil kesempatan untuk meningkatkan silaturrahim dan ukhwah sesama sesama sanak saudara dan sahabat handai. Pada hari yang mulia ini, kita haruslah memohon maaf terutama kepada ibubapa dan sesiapa sahaja atas segala kesalahan dan kesilapan yang disegajakan atau yang tidak disegajakan. Dengan penyataan kemaafan ini,kita akan memperteguhkan semangat ukhwah dan persaudaraan sesama Muslim. Namun, suatu yang lebih bermakna lagi dari budaya bermaafan ini ialah kerana ia akan menggolongkan diri kita dari kalangan orang-orang yang bertaubat . Bagi mereka yang bertaubat, ganjaran dan limpahan kurnia Allah amat besar dan luas sekali. Allah swt berfirman di dalam surah Ali-Imaran, ayat 133:

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.”

Bagi merealisasikan prinsip taqwa di dalam kehidupan juga, adalah wajar untuk kita menyeru bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini kepentingan bagi usaha meningkatkan interaksi atau perhubungan kita dengan al-Quran dan al-Sunnah. Ini bermaksud, kita harus berazam untuk membudayakan al-Quran dan al-Sunnah di dalam kehidupan secara menyeluruh. Dalam erti kata lain, kita hendaklah bercita-cita untuk meningkatkan budaya bertilawah iaitu membaca dan merenung ayat-ayat suci al-Quran dan menghayati cara hidup Rasulullah saw. Kedua-dua al-Quran dan al-Sunnah ialah sumber terpenting kehidupan seorang Muslim. Di dalam sebuah sabda Nabi Muhammad, kedua-dua sumber ini ialah petunjuk utama dan sekiranya seseorang itu benar-benar menghayati erti dan pengajaran dari kandungan maka seseorang itu tidak mungkin akan tergelincir di dalam kesesatan dalam kehidupannya.

Bagi tujuan ini, kita hendaklah memperbanyakkan ibadah bertilawah al-Quran sebagai tanda kita mengingati Allah dan mendekatkan diri kepadaNya. Setelah itu, kita hendaklah beriltizam untuk memahami kandungan al-Quran dan menghayati sunnah dan sirah Rasulullah. Bersempena dengan Aidilfitri tahun ini, kita juga harus beriltizam untuk meningkatkan sumbangan dakwah menyampaikan risalah Islam ke arah melahirkan masyarakat bertaqwa dengan lebih produktif . Pada masa kini, terdapat banyak saluran dan pendekatan yang boleh dimanafaatkan bagi mendekatkan masyarakat kepada penghayatan cara hidup beragama. Kita perlu memanafaatkan perkembangan teknologi hari ini bagi membangunkan produk-produk dakwah terbaik dan menarik kepada masyarakat khususnya kepada generasi muda, remaja dan kanak. Di samping itu, usaha-usaha dakwah menerusi lisan dan tulisan hendaklah diteruskan dan digembleng secara lebih teratur. Ini bagi memastikan arus dakwah terus berkembang dan membentuk sebuah gelombang besar bagi membangunkan sebuah Ummah yang diteraskan kepada prinsip-prinsip taqwa kepada Allah.

Bersempena dengan Aidilfiti ini juga, marilah kita memperbanyakan doa kepada Allah:

اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ لَنَا دِيْنَناَ الَّذِى هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنَا وَأَصْلِحْ لَنَا دُنْيَانَ الَّتِى فِيْهَا مَعَاشُنَا وَأَصْلِحْ لَنَا آخِرَتَنَا الَّتِى فِيْهَا مَعَادُنَا وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لَنَا فِى كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لَنَا مِنْ كُلِّ شرٍّ

“Ya Allah, perbaikilah agama kami untuk kami, karena ia merupakan benteng bagi urusan kami. Perbaikilah dunia kami untuk kami yang ia menjadi tempat hidup kami. Perbaikilah akhirat kami yang menjadi tempat kembali kami. Jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan bagi kami dalam setiap kebaikan dan jadikan kematian kami sebagai kebebasan bagi kami dari segala kejahatan”.

Bagi pihak seluruh kepimpinan ABIM, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh masyarakat Muslimin di Malaysia. Maaf Zahir dan Batin.

Allahu Akbar, Allahu Akhbar, Allahu Akbar.


Sekian.

Muhamad Razak Idris

Presiden ABIM.

Ahad, 5 September 2010

ABIM Bangi Menghadiri Majlis Berbuka Puasa Rumah Mantan Setiausaha Kewangan ABIM Pusat

Pada 4 Sept 2010 yang lalu, beberapa pimpinan ABIM Bangi telah menghadiri majlis berbuka puasa Y.Bhg Prof Dato’ Ir Dr Hassan Basri, Timbalan Naib Canselor(Akademik dan Antarabangsa) Universiti Kebangsaan Malaysia, di rumah beliau bertempat di Bandar Baru Bangi. Beliau merupakan mantan Setiausaha Kewangan, ABIM Pusat ketika awal tahun 2000.Tujuan program ini diadakan ialah untuk merapatkan hubungan sesama aktivis gerakan dakwah di bulan yang mulia ini. Secara tidak langsung juga hubungan erat yang terjalin ini akan membolehkan usaha-usaha dakwah akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik melalui kerjasama pelbagai pihak di Bandar Baru Bangi. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Sdr Faisal Abd Aziz, Presiden PKPIM serta pimpinan, pimpinan PKPIM-UKM, pimpinan ABIM Pusat, aktivis WADAH Bangi dan sebagainya.

Rabu, 1 September 2010

Program Penyerahan Sekampit Beras & Majlis Berbuka Puasa ABIM Bangi

Assalamualaikum wrh.wbt.

Dimaklumkan bahawa ABIM Bangi dengan Jawatankuasa Masjid Bangi Lama berdekatan dengan Komuter Bangi akan mengadakan program. Butiran lanjut seperti berikut

Tarikh : 5 September 2010 (Ahad)
Masa : 5.00 petang
Lokasi : Masjid Kariah Bangi berdekatan Pekan Bangi Lama, Kajang, Selangor

Tujuan program ini diadakan ialah untuk membolehkan ABIM Bangi menyampaikan bantuan sekampit beras kepada mereka yang diperlukan di kawangan Bangi Lama. Pada masa yang sama, diadakan majlis berbuka puasa untuk merapatkan silaturrahim sesama ahli mahupun komuniti setempat.

Kepada ahli, aktivis yang ingin menyertai program tersebut sila hubungi Sdr Hammad 013-2070007 untuk maklumat lanjut.

Ahad, 29 Ogos 2010

Program Sekampit Beras ABIM Bangi 2010 Lancar

Pada 31 Ogos 2010 yang lalu ABIM Bangi telah mengadakan program Sekampit Beras sempena bulan Ramadan yang mulia ini. ABIM Bangi telah mendapat kerjasama daripada Nazir, Masjid Al-Falah. Kg. Sg Ramal Dalam, Kajang Selangor untuk pengedaran barang keperluan kepada golongan fakir miskin dan memerlukan di kawasan tersebut.

Manakala, Ketua & Jawatankuasa Keselamatan Kg. Teras Jernang, Bandar Baru Bangi telah membantu ABIM Bangi dalam proses penyerahan barang keperluan di kawasan kg tersebut. Program ini telah disertai oleh pimpinan ABIM Bangi, ahli serta 10 aktivis PKPIM-UKM. Program ini dapat mendidik kita untuk lebih prihatin dan peka kepada mereka yang kurang bernasib baik dan berusaha untuk menyumbang mengikut kemampuan. Sdr Khairudin Abas, Timbalan Yang Di Pertua (TYDP)ABIM Selangor turut hadir

Kepada pihak yang masih ingin menyumbang sekampit beras kepada mereka yng memerlukan melalui ABIM Bangi, sila hubungi Sdr Hammad 013-2070007.

Slot Perkongsian ABIM Bangi di PROJET 2010 - KPIJ

Pada 28 Ogos 2010, 9.45 mlm di Surau Kolej Dar Al Hikmah (KDH),Sg, Ramal Dalam, Kajang, Selangor telah diadakan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Sdr Baktiar, ABIM Bangi dengan ahli serta pimpinan Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)sempena program Jejak Darul Takzim (PROJET 2010). Tujuan program ini diadakan ialah untuk merapatkan silaturrahim, meningkatkan ilmu serta amal ibadah secara bersama. Lebih 20 orang ahli KPIJ yang terdiri daripada pelbagai universiti di Lembah Kelang seperti UKM, USIM, UIAM, UM etc hadir.Program tersebut turut dihadiri oleh pimpinan ABIM Bangi yang lain seperti Sdr Ahmad Saparuddin, YDP ABIM Bangi, Sdr Nizam, Bendahari serta Sdr Faizal. Semoga usaha ini dapat merapatkan hubungan serta kerjasama menjayakan usaha-usaha dakwah lokaliti dengan lebih berkesan serta menyeluruh.

Selasa, 10 Ogos 2010

Program Mendaki Bukit Broga Bersama ABIM Bangi & PKPIM UKM


Pada 1 Ogos 2010 jam 7.00 pagi di Bukit Broga, Semenyih Selangor telah diadakan program mendaki bukit bersama-sama pimpinan ABIM Bangi serta ahli PKPIM-UKM. Seramai 20 orang menyertai program ini. Tujuan program ini diadakan ialah untuk merapatkan silaturrahim sesama rakan-rakan melalui aktiviti rekreasi dan santai. Bukit Broga yang terletak berdekatan dengan University of Nottingham, Kampus Malaysia sering menjadi kunjungan pelbagai lapisan masyarakat setempat. Kebanyakkan mereka ingin melihat matahari terbit setiap pagi dari pemandangan atas bukit. Semoga usaha ini akan mengukuhkan usaha-usaha dakwah lokaliti masing-masing

Isnin, 9 Ogos 2010

Perlawanan Futsal ABIM Bangi Bersama Mahasiswa IPT di Bangi

Pada 9 Ogos 2010 jam 9.00 - 11.00 malam bertempat di VROX Futsal Centre, Jln Reko, Kajang, Selangor, ABIM Bangi telah mengadakan perlawanan futsal persahabatan dengan mahasiswa setempat. Tujuan ia diadakan ialah untuk menghayati gaya hidup sihat di kalangan anak muda. Pada masa yang sama ia dapat merapatkan hubungan antara ABIM Bangi dan mahasiswa IPT sekitar Bangi. Hampir 20 mahasiswa yang turut memeriahkan perlawanan futsal ini. Mereka terdiri daripada mahasiswa German Malaysian Institute, Universiti Kuala Lumpur - Malaysia France Institute (UniKL MFI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia serta pimpinan, aktivis ABIM Bangi. Program sukan yang lain akan diadakan pada masa akan datang. Sdr Raimi, Setiausaha Agung, ABIM turut hadir memeriahkan lagi program ini.

Ahad, 8 Ogos 2010

Ijtimak Harakiyy Kali-1 - PKPIM-ABIM-WADAH


Pada 6 - 8 Ogos 2010 yang lalu di Dewan Besar, Kolej Dar al-hikmah (KDH)Sg Ramal Dalam, Kajang,Selangor telah diadakan Ijtimak Harakaiyy kali-1 yang melibatkan keluarga besar gerakan Islam iaitu PKPIM-ABIM-WADAH. Ia meliputi ucapan Presiden PKPIM, ABIM & WADAH, perjalanan muktamar masing-masing, majlis pelancaran buku serta ucapan penggulungan daripada pimpinan kanan PKPIM, ABIM & WADAH. Ia bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama ahli gerakan yang terus giat aktif di pelbagai platform iaitu pelajar melalui PKPIM, belia melalui ABIM dan dewasa melalui WADAH. Bersempena dengan Ijtimak Harakiyy ini juga telah diadakan Seminar Maqasid Syariah : Model Ekonomi Baru Berkeadilan. Ia telah diadakan di Dewan Mercu Gemilang, German Malaysia Institute, Sg Tangkas, Kajang, Selangor. ABIM Bangi telah memainkan peranan aktif mengepalai sukarelawan yang menjayakan Ijtimak Harakiyy ini.

Selasa, 6 Julai 2010

Mesyuarat Exco ABIM Bangi

Assalamualaikum wrh.wbt.

Dimaklumkan bahawa mesyuarat exco ABIM Bangi akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 7/7/2010 (Rabu)
Masa : 9.30 malam
Lokasi : No 21, Jln TPS 4/2, Taman Pelangi Semenyih, Semenyih Selangor (Berdekatan dengan TESCO Semenyih)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sdr Baktiar di 019-7882279

Judi Hancur Institusi Keluarga dan Masyarakat: Mohamad Raimi Ab Rahim

Gelombang kesedaran rakyat disegarkan kembali dengan kehadiran lebih 2 ribu orang di Masjid Negara sesudah Solat Asar pada 3 Julai 2010 apabila Gerakan Mansuhkan Judi (GMJ) melancarkan kempen berterusan dalam mendidik rakyat mengenai bahaya dan keburukan judi. Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Saudara Mohamad Raimi Ab. Rahim mengingatkan para hadirin tentang bahaya judi yang merosakkan institusi keluarga dan masyarakat.

Beliau memaklumkan seluruh rakyat Malaysia merentas kaum dan agama menolak keputusan kerajaan memperjudikan nasib rakyat di tangan beberapa kerat pemilik syarikat judi. Beliau menambah segelintir pihak yang mengaut keuntungan daripada industri judi telah mencengkam kepimpinan negara sejak zaman berzaman.

Perhimpunan yang berlangsung hampir sejam itu turut dihadiri oleh tokoh-tokoh muda parti politik dan pimpinan NGO antaranya Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Muslim Care. GMJ dianggotai oleh kira-kira 60 buah NGO yang tidak bersetuju atas tindakan kerajaan menambah kelulusan lesen judi sukan sempena temasya Piala Dunia yang sedang berlangsung.

sumber : www.abim.org.my

Isnin, 21 Jun 2010

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) ABIM Bangi (21062010)

Dijemput menghadiri usrah ABIM Bangi mingguan. Ia adalah seperti berikut :

Tarikh : 23/6/2010 (Rabu)
Masa : 9.30 mlm
Lokasi : Rumah Sdr Anuar No 1603-11, Persiaran Mawar 1, Sg Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Semua ahli, aktivis dan belia setempat dijemput hadir. Sila hubungi Sdr Anuar 013-3767845 untuk infomasi lanjut.

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) AJK ABIM Selangor di Bangi

Dimaklumkan bahawa kumpulan pengkajian Islam (usrah) AJK ABIM Selangor akan diadakan di Bangi. Butiran lanjut seperti berikut :

Tarikh : 21 Jun 2010, Isnin
Lokasi : Kediaman Ustaz Halim El-Muhammadi, Kg. Teras Jernang, Seksyen 14, Bandar Baru Bangi

Tentatif :
1. solat maghrib di masjid as-solihin, kg teras jernang
2. kuliah maghrib disampaikan oleh Ust Halim El-Muhammadi
3. solat isya' di masjid
4. usrah bersama di rumah Ust Halim El-Muhammadi

Semua pimpinan ABIM Bangi dijemput sertai usrah dan solat berjamaah. Belia yang lain dijemput hadiri sesi kuliah maghrib di masjid

Rabu, 16 Jun 2010

INVITATION TO A READING AND DISCUSSION COURSE

Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) in collaboration of Curiosity Institute (CI) and Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) will be organizing a series of reading and discussion sessions on the theme of the worldview of Islam, where we will be poring over key and foundational texts related to the worldview of Islam on a weekly basis, guided by a scholar well-versed in and having intimate understanding of the selected text.

The series will kick off with a careful reading, review and exposition of Prof. Syed Naquib al-Attas's ISLAM AND SECULARISM.

It will be supervised by Associate Prof. Dr. Muhammad Zainy Uthman, who completed his Ph.D under the tutelage of Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas in 1997 and worked as the chief librarian at ISTAC from 1991 to 2002. This inaugural series will consists of 6 separate classes to be held every Friday night and spread over six weeks, beginning 11th June 2010 till 16th July 2010.

It is with great pleasure that we wish to extend our invitation to you to partake in this series of reading and discussion sessions, the first of which will begin this coming Friday.

The details of the first class and following classes are as follows:

Date : 11th, 18th, 25th June, 2nd, 9th and 16th July 2010
Time : 8.00 p.m. - 10.30 p.m. (dinner will be served prior the discussion, shortly after Magrib)
Venue : Shafi'e Conference Room, Islamic Revealed Knowledge and Humanities (IRKH) building, International Islamic University Malaysia (IIUM), Gombak.

Should you have any inquiries with regards to this event, please contact Mr. Mohd Hilmi Ramli at mohdhilmiramli@gmail.com or by phone 019-3068241. We would be very grateful if you would kindly pass on this invitation throughout your network.

The first class has already kick-off on 11th June, and received warm support from participants. The classroom almost packed and the discussion lengthy has attracted the interest and enthusiastic of the participants.

The Persian mystic Jalal-ad-Din Rumi says in one of his poems:

If an ant seeks the rank of Solomon, don't smile contemptuously upon its quest.
Everything you possess of skill, and wealth and handicraft, wasn't it first merely a thought and a quest?

We hope that you will take this opportunity to join us in our quest for understanding as we seek to uncover the lessons and wisdom contained in ISLAM AND SECULARISM so that we may confidently navigate the unfamiliar seas that the ship bearing the Ummah is currently passing through, specially during this troubled age of ours.

Please find attached a brief outline of the main themes planned for discussion and a short biography of the speaker Assoc. Prof. Dr. Muhammad Zainiy Uthman.

Thank you very much.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Yours Truly,

Mohd Hilmi Ramli
Program Coordinator

c.c

1. Dr Mohd Farid Mohd Shahran, Chairman of HAKIM
2. Mr. Amir Roslly, CEO of Curiosity Institute,
3. Mr. Muhd Razak Idris, President of ABIM

Program terkini (16062010)

Dimaklumkan program terkini ABIM Bangi dan rangkaian gerakan dakwah strategik yang boleh disertai oleh semua anak muda yang berminat. Butiran lanjut seperti berikut :

Perlawanan Futsal Persahabatan PEPIAS & ABIM Bangi

Tarikh : 16/6/2010 (Rabu)
Masa : 9.00 malam
Lokasi : Aktif Futsal, Bandar Baru Bangi.

Syarahan Kursi Syeikh Abdullah Fahim & Majls Tandatangani MOU antara UKM & JAKIM
Tarikh : 17 Jun 2010, Khamis
Masa : 9.00pagi - 1.00ptg
Tempat : Dewan Kuliah DK43.101, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM Bangi Selangor

Berminat, boleh hubungi 03-89216994.

Program : Kursus Latihan Sukarelawan Ziarah Pesakit Di Hospital - Islamic Outreach ABIM menjemput ke program berikut :

Tarikh : 19 Jun 2010, Sabtu
Masa : 8.00pg - 5.00ptg
Tempat : Dewan Masjid As-syakirin KLCC
Bayaran : RM15 termasuk makan, minum dan bahan-bahan kursus

Hubungi Sdr Zurharman b. Zakaria 03-4256 9822 / zurharman@hotmail. com

Pelancaran Kempen Waqaf Lantai Pusat Pembangunan Belia Islam Malaysia (PPBIM)

Tarikh : 19 Jun 2010, Sabtu
Masa : 2.00ptg - 5.00ptg
Lokasi : Dataran Pusat Pembangunan Belia Islam Malaysia, Taman Cemerlang (berdekatan dengan KBI

Jumaat, 4 Jun 2010

Ziarah Ukhuwwah ke Usrah WADAH Hulu Langat

Pada 2 Jun 2010 jam 9.30 malam telah diadakan ziarah ukhuwwah ke usrah WADAH Hulu Langat di rumah Hj. Salim, Taman Desa Raya, Batu 10.5, Hulu Langat. Ia dihadiri oleh pimpinan ABIM Bangi, Selangor, Pusat, ahli abim yang tinggal di Hulu Langat serta ahli usrah WADAH Hulu Langat. Sesi dimulakan dengan sesi jamuan ringan disusuli kemudian dengan sesi taaruf sesama ahli gerakan. Selepas itu ada perbincangan lanjut tentang isu-isu semasa serta hal-hal melibatkan keorganisasian. Semoga ziarah ini akan dapat mengukuhkan silaturrahim sesama ahli gerakan.

Khamis, 27 Mei 2010

BENGKEL EKONOMI ISLAM

Perasmian oleh :

Y. Bhg. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil,
Presiden Kolej Dar al-Hikmah
Tajuk: Model Ekonomi Yang Memenuhi Maqasid Syariah

Tarikh / Masa:

05 Jun 2010 / 22 Jamadilakhir 1431H (Sabtu)
8.30 Pagi – 02.00 Petang

Tempat

Dewan Besar, Kolej Dar al-Hikmah,
Kampung Sg.Ramal Dalam
43000 Kajang, Selangor

Makluman Kehadiran
Sila maklumkan kehadiran melalui:-
Tel : 016-2081300 /016-2614300 Faks : 03-42519311
(taip )
e-mail : sap@abim.org. my
u.p: Sdri.Noraliza & Pn. Aishah

*Yuran peserta RM30.00 Seorang/
RM 10.00 seorang ( Pelajar)

ATURCARA BENGKEL EKONOMI ISLAM

08.00 - 08.30 Pagi : Pendaftaran
08.30 – 08.40 Pagi : Para peserta mengambil tempat
08.40 – 08.50 Pagi : Ucapan Pengerusi Majlis dan bacaan doa
08.50 - 09.10 Pagi : Ucapan aluan oleh Sdr.Amidi Bin Abd Manan( Timb.Presiden ABIM)
09.10 - 09.40 Pagi : Ucapan Perasmian oleh YBhg. Dato’ Dr.Siddiq Fadhil (Pengerusi KDH) Tajuk : Model Ekonomi Yang Memenuhi Maqasid Syariah

09.40 - 10.10 t/hari : Minum pagi
10.10 – 12.10 t/hari : Bengkel Ekonomi Islam
1. Prof.Dr.Jamal Othman, Fakulti Ekonomi & Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2. Prof. Madya Dr. Syed Mohd Ghazali Wafa Bin Syed Adwam Wafa, Fakulti Ekonomi & Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
3. Prof.Madya Dr.Mohd Zyadi Md.Tahir, Fakulti Ekonomi & Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Prof.Madya Dr.Redzuan Othman
5. Prof.Madya Dr.Sanep Ahmad Fakulti Ekonomi & Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Selasa, 25 Mei 2010

Kumpulan Pengkajian Islam (25052010)

Assalamualaikum wrh.wbt.

Dijemput ahli, aktivis serta anak muda komuniti hadir ke kumpulan pengkajian Islam mingguan. Ia adalah seperti berikut :

Tarikh : 26 Mei 2010
Masa : 9.00 malam
Lokasi : Rumah Sdr Nizam, Jln Makmur, Kg. Teras Jernang, Seksyen 14, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Aktiviti
1. Solat Isya berjamaah
2. Bacaan al-mathurat
3. Bacaan al-quran & tafsir
4. Isu-isu semasa
5. Program & Hal-hal lain

Jika berminat sila hubungi Sdr Nizam di 019-2776587

Ahad, 23 Mei 2010

PROGRAM USRAH GABUNGAN 3 GENERASI (WADAH, PEPIAS dan ABIM)

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.Harap maklum, WADAH Selangor akan menganjurkan program di atas. Ia seperti berikut :

Tarikh : 30 Mei 2010 bersamaan 16 Jamadil Akhir 1431H
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Madrasah Al-Hidayah Seksyen 11
Sasaran : semua pimpinan ABIM negeri, daerah dan unit.

Untuk makluman, Makan tengahari disediakan. Kerjasama dari pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, wassalam

Yang benar,
Tn. Hj. Nik Mohd Yusoff Nik Ismail Penyelaras Usrah Gabungan
merangkap Pengerusi WADAH Selangor

Isnin, 17 Mei 2010

Perasmian Sukan Tahunan TASKI ABIM Sepang 2010

Pada 15 Mei 2010 jam 9.00 pagi bertempat di Padang Sek Keb. Taman Seroja, Bandar Salak Tinggi telah diadakan Sukan Tahunan ABIM Sepang. Ia telah dirasmikan oleh Sdr Baktiar Hasnan, Ketua Biro Teknologi Maklumat, ABIM Selangor yang juga merangkap Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) ABIM Bangi. Lebih 100 anak-anak TASKI ABIM Sepang menyertai sukan tersebut. Program ini juga mendapat kerjasama baik daripada Persatuan Penduduk Taman Seroja, Bandar Salak Tinggi. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Program ini secara tidak langsung dapat menonjolkan bakat di kalangan anak-anak TASKI.Selain itu, program ini juga dapat merapatkan silaturrahim antara ABIM Sepang dan komuniti setempat.

Suasana Muktamar ABIM Bangi ke-12 - Sesi 2009/2010


Muktamar ABIM Bangi ke-12 - Sesi 2009/2010 telah berjaya dilaksanakan pada 8 Mei 2010,11.00 pagi di Bilik Seminar, Kolej Dar al-Hikmah (KDH), Sg Ramal Dalam, Kajang, Selangor. Ia telah dirasmikan oleh Ust Khairuddin Abas, Setiausaha ABIM Selangor. Laporan program dan kewangan telah dibentangkan untuk makluman semua ahli. Sesi muhasabah gerakan telah diadakan untuk memperbaiki prestasi gerakan di lapangan. Ia termasuk cadangan meningkatkan kualiti ahli.

Kumpulan Pengkajian Islam (19052010)

Dimaklumkan bahawa kumpulan pengkajian Islam (usrah) dijalankan seperti biasa. Butiran lanjut seperti berikut :

Tarikh : 19 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 malam
Lokasi : Pusat Khidmat Komuniti ABIM Bangi (PEKKA) No 45, Jalan 8/3, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi

Aktiviti
1. Solat Isyak bersama
2. Bacaan al-mathurat
3. Bacaan al-quran / hadith
4. Diskusi / perbincangan
5. Hal-Hal lain

Tujuan program diadakan ialah untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan agama sebagai cara hidup yang menyeluruh dan memupuk persaudaraan sesama Islam

Justeru itu, ahli, aktivis serta anak muda komuniti bangi yang berminat dijemput hadir. Sila hubungi : 019-7882279 untuk info lanjut.

Bicara Anak Muda sempena Muktamar ABIM Bangi ke-12 berjalan lancar


Pada 8 Mei 2010 yang lalu jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Seminar, Kolej Dar al-Hikmah (KDH) Sg Ramal Dalam, Kajang telah diadakan program Bicara Anak Muda sempena Muktamar Sanawi ABIM Ke-12. Tauk yang dibincangkan tentang bagaimana anak muda boleh beraksi secara berkesan di dalam menjana perubahan yang bermakna di dalam masyarakat mengikut keupayaan masing-masing. Lebih 30 orang anak muda dan masyarakat menyertai program tersebut. Ahli panel terdiri daripada YB. Sdr Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia merangkap Setiausaha Politik, Menteri Besar Selangor dan juga Dr. Asyaf Wajdi Dusuki, Ketua Penyelidik, International Shariah Research Academy (ISRA) di bawah Bank Negara. Kedua-dua panel bersetuju perubahan perlu dibuat untuk memastikan kehendak dan tuntutan anak muda yang berbeza diambilkira agar ia dapat dimanfaatkan dalam arus perubahan negara. Pendekatan yang mendekati mereka semakin berubah. Penggunaan facebook, twitter, myspace, blog dan sebagainya wajar dimanfaatkan semaksima mungkin. Selain itu, perubahan yang ingin digerakkan harus berlandaskan kepada keyakinan diri yang mendalam melalui kefahaman dan asas ilmu yang mantap. Ini kerana cabaran yang mendapat semakin rumit dan kompleks.Semoga program ini dapat mewujudkan budaya diskusi yang baik di kalangan anak muda di dalam komuniti Bangi

ABIM Bantah Pemberian Lesen Pertaruhan Piala Dunia 2010

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membantah sekeras-kerasnya serta merasa amat kesal dengan keputusan kerajaan yang secara rasminya telah memberikan lesen pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan BERJAYA. ABIM menilai keputusan ini seakan tidak menghiraukan sensitiviti di kalangan masyarakat Islam di negara ini oleh pihak berkenaan serta dampak sosial yang diakibatkan dari keputusan ini (pemberian lesen pertaruhan).

ABIM menegaskan bahawa keputusan tersebut langsung tidak mempunyai sebarang justifikasi yang munasabah serta hanya bersifat untuk meraih keuntungan material jangka pendek yang boleh memberikan kesan yang negatif ke atas masyarakat dan negara. ABIM dengan ini menyeru kepada semua umat Islam untuk sama-sama membantah keputusan tersebut demi menjaga kesejahteraan setiap lapisan masyarakat di negara ini. Pihak ABIM juga akan menggerakkan bantahan ini di seluruh negara bagi memastikan keputusan ini tidak dilaksanakan demi kesejahteraan semua pihak.

Tiada ada agama di dalam dunia ini yang membenarkan serta menghalalkan perjudian kerana impak negatif sosialnya yang secara langsung akan menyebabkan kemusnahan moral individu, institusi keluarga dan masyarakat serta mencemar imej Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. ABIM dengan ini menggesa dan bertegas agar Kerajaan Malaysia menarik semula keputusan pemberian lesen pertaruhan ini demi menjaga kesejahteraan masyarakat dan negara.

AMIDI DATO' ABDUL MANAN

Timbalan Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Perutusan ABIM Sempena Sambutan Hari Belia 2010

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Belia Negara kepada seluruh warga belia dan beliawanis di tanah air dan yang berada di luar Negara.Sesungguhnya Hari Belia Negara yang diraikan pada 15 Mei setiap tahun merupakan satu pengiktirafan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh belia dalam konteks pembinaan negara. Sejarah jatuh bangun bangsa dan tamadun dunia telah merakamkan peranan penting belia dalam mencetuskan kesedaran dan mengemudi arus perubahan. Dalam sejarah Islam, perjuangan Rasulullah Sallal’Lahu ‘alaihi wasallam sememangnya didukung oleh para syabab – sekelompok pemuda yang beperibadi umggul seperti Sayyidina ‘Ali bin Abi Tolib, Mus’ab bin Umair, Zaid bin Thabit dan Usamah bin Zaid. Para rasul dan anbiya’ juga diperkuatkan oleh fata – pemuda-pemuda yang komited dalam memperjuangan risalah dan memperkembangkan ajaran Ilahi. Dalam sejarah dunia moden pula, revolusi kenegaraan dan kegaamaan di Barat misalnya didukung oleh kelompok pemuda seperti Martin Luther. Dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah pendidikan, kebudayaan, sosio-politik hinggalah kepada sukan, belia telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam pembangunan negara.

Disebalik potensi dan dinamika kepemudaan yang tinggi ini, belia juga sering dipalitkan dengan gejala negatif dan kebejatan sosial. Istilah-istilah seperti rebellious youth dan folk devils pula telah direkayasa oleh pengkritik sosial di Barat untuk menampilkan belia sebagai kelompok bermasalah. Di Malaysia, imej belia dan generasi muda juga sering ditampilkan dengan konotasi dan persepsi yang negatif melalui penglibatan mereka dalam gejala dadah, gejala sosial dan jenayah. Tidak sedikit yang menzahirkan kegusaran terhadap masa depan agama, bangsa dan negara di tangan generasi muda hari ini. Lumrah kehidupan belia yang dibesarkan dalm dunia tanpa sempadan dan langit terbuka juga menjanjikan seribu satu cabaran dan ujian yang getir terhadap jatidiri generasi muda.

Atas kesedaran inilah, ABIM ingin menyeru agar para belia meningkatkan keupayaan dan potensi diri agar mampu menjadi agen penyumbang, bukannya beban kepada negara. Sesungguhnya belia dibekalkan dengan tenaga, masa dan kemampuan yang tinggi untuk merencana agenda pembangunan masyarakat dan negara. Salurkanlah tenaga muda anda untuk masyarakat dengan melibatkan diri di dalam persatuan-persatuan belia. Sumbangan anda baik dalam bentuk komitmen masa, tenaga dan kepakaran amat diperlukan oleh NGO-NGO belia seperti ABIM yang memberikan fokus terhadap agenda pembangunan belia dan generasi muda.

Pada masa yang sama, para belia perlu mengelakkan diri dari terjebak dengan sebarang aktiviti yang tidak bermanfaat dan membawa kesan yang negatif. Sikap ingin mencuba dan semanagat ingin tahu yang tinggi jangalah disalurkan untuk mencuba dan mempelajari aktiviti yang boleh membawa kepada lembah penyesalan seperti dadah, pergaulan seks bebas, perjudian dan perlakuan jenayah. Sebaliknya amalkanlah gaya hidup sihat yang berpaksikan kepercayaan kepada Tuhan dan amal bakti kepada masyarakat.

Selamat Meyambut Hari Belia 2010!

Angkatan Belia Islam Malaysia

15 Mei 210.

Ahad, 9 Mei 2010

Usrah ABIM Bangi (12052010)

Dimaklumkan usrah ABIM Bangi mingguan akan diadakan seperti biasa. Ia adalah seperti berikut :

Tarikh : 12 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : Rumah Sdr Sadiq di No 16, Jln 7/5A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi (berhadapan Sek. Keb. Seksyen 7)

Justeru itu, semua ahli, aktivis serta anak muda yang berminat meningkatkan kualiti diri dan kehidupan melalui pendidikan Islam secara informal, dijemput hadir. Sila hubungi Sdr Ahmad Saparuddin 013-3734934.

Aktiviti.
1. Solat isyak berjamaah
2. Bacaan al-mathurat bersama-sama
3. Bacaan ayat-ayat al-quran
4. Perbincangan tentang ayat-ayat yang dibaca.
5. Perkembangan terkini organisasi
6. lain-lain

Usrah pimpinan ABIM Selangor bersama pimpinan ABIM Bangi

Dimaklumkan bahawa usrah pimpinan ABIM Selangor akan diadakan bersama pimpinan ABIM Bangi. Ia bertujuan untuk merapatkan silaturrahim sesama sahabat serta menperkemas gerak kerja di lapangan. Butiran lanjut seperti berikut :

Tarikh : 10 Mei 2010 (Isnin)
Masa : solat isyak bersama
Lokasi : Rumah Dr. Ahmad Parves, Lot 21101, Jalan Sentosa 11, Desa Sentosa, Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tajuk pengisian :" Konsep kedamaian dalam Islam", surah al-anfal, ayat 60-63. Sila bawa al-quran, buku nota, pen dan buku rujukan masing-masing

Rabu, 5 Mei 2010

Kumpulan Pengkajian Islam (05052010)

Dimaklumkan usrah akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 5/5/2010 (Rabu)
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : Rumah Sdr Ahmad Saparudin, Sg Ramal Dalam (bersebelahan) Kolej Dar al Hikmah (KDH)

Aktiviti
1. Solat berjamaah
2. Bacaan Al-Quran
3. Perbincangan
4. Hal Lain-Lain

Semua ahli, aktivis serta belia dijemput hadir ke program tersebut. Sila hubungi Sdr Ahmad Saparudin untuk makluman lanjut di 013-3734934.

Rabu, 21 April 2010

MUKTAMAR ABIM BANGI SESI 2009/2010

Dimaklumkan bahawa Muktamar Sanawi ABIM Bangi Sesi 2009/2010 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 8 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 am - 2.00 petang
Lokasi : Kolej Dar Al-Hikmah (KDH), Sg Ramal Dalam, Kajang, Selangor

Aktiviti
1. Bicara Anak Muda
Tajuk : Mendepani Arus Perubahan Zaman : Cabaran, Persiapan dan Bagaimana Anak Muda Harus Beraksi!

Cadangan ahli panel
1. YB Nik Nazmi Nik Ahmad
Setiausaha Politik, Menteri Besar Selangor merangkap ADUN SERI SETIA

2. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Head of Research Affairs,
International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)

2. Muktamar Sanawi

Oleh semua anak muda dijemput hadir ke program Bicara Anak Muda yang dianjurkan sempena Muktamar Sanawi ABIM Bangi

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) 22042010

Dimaklumkan kumpulan pengkajian Islam ABIM Bangi mingguan akan diteruskan seperti biasa.Butiran lanjut adalah seperti berikut :

Tarikh : 22 April 2010 (Khamis)
Masa : 9.00 malam
Lokasi : Unit A-3-32, Tingkat 3, Pangsapuri Kajang Impiana, Jalan Kajang Impian 2/7, Taman Kajang Impian,43650, Bandar Baru Bangi, Selangor

Aktiviti
1. Solat Isyak berjamaah
2. Bacaan al-mathurat
3. Jamuan ringan (pot-luck)
4. Tafsir al-quran
5. Perbincangan
6. Hal-hal lain

sila bawa al-quran & terjemahan masing-masing

Semua generasi muda di komuniti bangi di jemput hadir ke program tersebut. Sila hubungi Sdr nizam 019-2776587 untuk makluman lanjut.

ABIM BANGI DIJEMPUT MENGISI BENGKEL BEST 2010

Johor Bahru - Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) telah mengadakan bengkel sukarelawan muda di Kompleks Belia dan Sukan, Larkin pada 16-18/4/2010 yang lalu. Seramai lebih 100 orang belia telah menghadiri program tersebut. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberikan pendedahan teori dan praktikal tentang kesukarelaan di kalangan generasi muda. Sdr Baktiar selaku wakil ABIM Bangi telah dijemput mengisi slot bertajuk : Jurus Sukarela pada 17/4/2010, jam 2.30 petang. Beliau telah menerangkan tentang persiapan mental dan ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang sukarelawan. Melalui program ini harap dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara gerakan belia di dalam mengukuhkan usaha-usaha mendidik dan mengupaya generasi muda melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Khamis, 15 April 2010

Kumpulan Pengkajian Islam (14032010)

Bangi - Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) mingguan telah diadakan semalam 14/4/2010 di rumah sdr Hammad, SU ABIM Bangi di Bangi Perdana, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Ia dihadiri oleh Sdr Bukhari, Anuar, Izani & isteri, Nizam & isteri, Ahmad Saparuddin & keluarga, Sdr Sadik, sahabat gerakan Islam global iaitu daripada Huriyat Foundation, Turki, Ust Dahlan & isteri serta keluarganya. Ayat yang dibincangkan ialah Surah Mudatthir, Ayat 1 - 5. Aktiviti dimulakan dengan solat isyak berjamaah, makan bersama-sama serta bacaan al-quran & tafsir serta perbincangan tentang isu-isu semasa. Ia secara tidak langsung mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama ahli.

Selasa, 9 Februari 2010

Program MESRA Merapatkan Silaturrahim

Pada 7 Feb 2010 (Ahad) yang lalu jam 10 pagi bertempat di Hutan Rekreasi, Sg. Congkak, Hulu Langat telah diadakan program MESRA anjuran ABIM Bangi. Peserta program terdiri daripada lebih 20 orang guru-guru Tahfiz ABIM Bangi. Tujuan program ini dianjurkan ialah untuk merapatkan silaturrahim sesama guru serta pimpinan ABIM Bangi. Beberapa aktiviti telah dijalankan termasuk sesi taaruf, sesi soal jawab bersama ABIM Bangi, sessi BBQ serta aktiviti mandi manda di Sg. Congkak. Semoga program ini mengukuhkan hubungan silaturrahim yang terjalin dan mengukuhkan usaha-usaha dakwah ABIM Bangi di dalam komuniti melalui kerjasama guru-guru Tahfiz.

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) 09022010

Dimaklumkan Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 10 Feb 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 malam
Lokasi : TASKI Zainab, No 2, Jln 2/2B, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi.

Oleh itu semua ahli, sahabat dan rakan-rakan belia dijemput hadir ke program tersebut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 019-2776587 (Nizam).

Sila bawa : al-quran dan terjemahannya, al-mathurat dan buku-buku rujukan yang lain.

Rabu, 27 Januari 2010

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) 27012010

Dimaklumkan Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 27 Jan 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 malam
Lokasi : TASKI Zainab, No 2, Jln 2/2B, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi.

Oleh itu semua ahli, sahabat dan rakan-rakan belia dijemput hadir ke program tersebut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 019-2776587 (Nizam).

Sila bawa : al-quran dan terjemahannya, al-mathurat dan buku-buku rujukan yang lain.

Rabu, 20 Januari 2010

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) 20012010

Dimaklumkan Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 20 Jan 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 malam
Lokasi : TASKI Zainab, No 2, Jln 2/2B, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi.

Oleh itu semua ahli, sahabat dan rakan-rakan belia dijemput hadir ke program tersebut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 019-2776587 (Nizam).

Sila bawa : al-quran dan terjemahannya, al-mathurat dan buku-buku rujukan yang lain.

Ahad, 17 Januari 2010

Program PROJET Merapatkan Silaturrahim Dengan ABIM Bangi


Bangi - Pada 16-17 Jan 2010 bertempat di TASKI Zainab,Seksyen 2 telah diadakan program Jejak Darul Takzim (PROJET) anjuran Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) dengan kerjasama ABIM Bangi. KPIJ merupakan badan gabungan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). PKPIM juga adalah badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM). 20 orang ahli KPIJ yang terdiri daripada pelbagai mahasiswa IPT seperti UIAM, USIM, UKM dan sebagainya hadir dalam program tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk solat berjamaah, qiyamulail, gotong-royong serta perkongsian pengalaman bersama aktivis dakwah. Beberapa pimpinan ABIM Bangi turut hadir. Semoga program ini dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama organisasi gerakan dan seterusnya dapat bekerjsama di dalam pelbagai usaha dakwah pada masa akan datang.

Sabtu, 16 Januari 2010

Sesi Penerangan Isu Penggunaan Kalimah Allah


Kajang - Pada 16 Jan 2010 (Sabtu) jam 9pagi bertempat di Bilik Syura, Kolej Dar al-Hikmah (KDH) Sg Ramal Dalam telah berlangsungnya sesi penerangan tersebut.Ia telah dianjurkan dengan jayanya oleh ABIM. Tujuan sesi penerangan isu penggunaan kalimah Allah ini ialah untuk membolehkan masyarakat memahami isu ini dalam konteks yang betul iaitu berdasarkan perspektif ilmiah dan bukannya emosi. Menurut ahli panel, kalimah ALLAH ialah perkataan khas untuk kegunaan umat Islam sahaja di negara ini. Antara ahli panel yang terlibat termasuk Dr. Mohd Farid Shahran, Timbalan Dekan, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Kulliyyah Ilmu Wahyu & Warisan Islam, Universiti Islam Antarbangsa (UIAM) dan Sdr Azril Mohd Amin, wakil Persatuan Peguam Muslim Malaysia. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Sdr Mohd Hilmi Ramli, Ketua Biro Penerangan ABIM. Selain itu, Sdr Amidi Manan, Timbalan Presiden ABIM juga telah menerangkan jadual gerak kerja isu ini di dalam masyrakat di seluruh negera. Beliau berharap sokongan yang berterusan daripada pelbagai lapisan masyarakat.Semoga usaha ini akan mendidik masyarakat memahami isu ini dengan lebih baik.

Program Jejak Darul Takzim (PROJET) 2010

Dimaklumkan bahawa Kesatuan Pelajar Islam Johor(KPIJ) salah sebuah badan gabungan negeri Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan mengadakan PROJET dengan kerjasama ABIM Bangi. Butiran lanjut seperti berikut:

Tarikh : 16-17 Jan 2010 (Sabtu-Ahad)
Lokasi : Pusat Khidmat Komuniti ABIM Bangi(PEKKA), No 45,Jln 8/3, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk merapatkan hubungan sesama ahli gerakan dan rakan strategik dakwah serta meningkatkan kualiti insaniah di dalam menjayakan usaha dakwah di peringkat pelajar

Ahad, 10 Januari 2010

Mesyuarat Agung Tahunan (MPAT) PKPIM UKM Sesi 2008/09


Bangi - Pada 10 Jan 2010 jam 10 pagi bertempat di UKM telah diadakan mesyuarat agung tahunan PKPIM-UKM Sesi 2008/2009. Ia telah dihadiri oleh sdr Baktiar, TYDP ABIM Bangi. Lebih 20 orang ahli menghadiri mesyuarat tersebut. Turut menghadiri ke mesyuarat wakil PKPIM Pusat seperti HEWI & exco BLP PKPIM Pusat, wakil PKPIM UPM, PKPIM-UIAM dan sebagainya. Semoga pimpinan baru yang dilantik dapat terus memainkan peranan yang lebih proaktif di dalam menjayakan agenda meningkatkan kualiti generasi muda di kampus serta belia amnya.

Isnin, 4 Januari 2010

POLEMIK KALIMAH ALLAH: ABIM KESAL KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR

Kenyataan Media ABIM
31 Disember 2009

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin menyatakan rasa kesal terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah Harold : The Catholic Weekly. Kesan utama kepada penggunaan ini ialah masyarakat bukan Islam diberikan hak berdasarkan tafsiran perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan ataupun penggunaan seharian, dan sebarang larangan oleh pihak berkuasa atau otoriti agama Islam adalah tidak sah.

ABIM menilai keputusan ini tidak bertepatan dengan semangat peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa di kalangan agama-agama lain di negara ini. Ia juga bertentangan dengan larangan penggunaannya yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri kerana ia dikenalpasti bakal mengelirukan akidah dan konsep ketuhanan di kalangan umat Islam, merobek sensitiviti umat Islam selaku majoriti di negara ini serta berpotensi menimbulkan ketidaktenramaan awam sekiranya tidak ditangani secara baik..

Justeru Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memohon campur tangan Majlis Raja-Raja Melayu untuk menghentikan segera polemik kalimah Allah. Gesaan ini selari dengan peruntukan perlembagaan persekutuan, yang menetapkan segala urusan berkaitan dengan hal ehwal agama Islam diletakkan di bawah kuasa serta naungan Raja-Raja Melayu.

ABIM juga menyeru agar pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak lebih tegas mengikut peruntukan perlembagaan, undang-undang sedia ada dan enakmen undang-undang Islam di negeri-negeri dan tidak mengeluarkan permit penggunaan tersebut pada masa-masa akan datang. ABIM juga menyeru agar pihak KDN menggunakan segala saluran perundangan yang ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang merobek sensitivit umat Islaam tersebut.

Akhir sekali, ABIM memohon agar semua pihak bertenang dan menghormati keputusan ini dan tidak bertindak secara emosional demi untuk menjaga keharmonian serta kestabilan hubungan di antara kaum di negara ini.

MOHAMAD RAIMI AB.RAHIM
Setiausaha Agung

Ahad, 3 Januari 2010

Program terkini ABIM Bangi (03012010)

Berikut adalah program yang boleh disertai oleh ahli, sahabat, aktivis belia ke program ABIM Bangi:-

1) Kumpulan Pengkajian Islam (usrah)

Tarikh : 6,13,20,27/1/2010 (Setiap rabu)
Masa : 9.00 malam
Lokasi : Pusat Khidmat Komuniti ABIM Bangi (PEKKA), No 45, Jln 8/3, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor