Selasa, 13 November 2012

“YOUNG ABIM CAMP” kini kembali !

Kem sempena cuti sekolah ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah mengikut sesi yang telah ditetapkan. Bayaran yang dikenakan ialah RM130. Pelbagai aktiviti menarik disediakan. Sila hubungi Muhammad Afiq Bin Ramlee di talian 019-4496172 jika ada sebarang pertanyaan



OBJEKTIF PROGRAM:
1. Memberi kefahaman tentang kepentingan solat dan ibadah-ibadah lain dalam kehidupan seharian.
2. Memperbaiki mutu solat dan ibadah-ibadah lain.
3. Menerapkan kepentingan Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran di dalam program.
4. Mengajak peserta menghayati alam kurniaan Allah.
5. Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.

tentatif program

Hari 1

3 pm - Pendaftaran
6 pm - Taklimat Kem /
Icebreaking
7 pm - Solat / Makan Malam
9 pm - Sesi 1 – Group Aktivities with mentor
11 pm- Arabic talk with Bro Said

Hari 2

4 am - Wakeup to mujahadah / Solat
7 am - Khandak excersice/ Sarapan
9 am - Sesi 2 – Tahsin wuduk
10 am - Sesi 3 – Tahsin solat
12 pm - Makan Tengahari / Solat
2 pm - Sesi 4 – Eksplorasi minda
4 pm - Solat / Badar excersice
7 pm - Solat / Makan Malam
9 pm - Sesi 5 – Quranic intensive
11 pm – Arabic talk with Bro Said

Hari 3

6 am - Solat
7 am - Khadisiah Exersice / Sarapan
8 am - Sesi 6 – Jungle Trekking
11 pm - Majlis Penutup / Makan Tengahari
1 pm - Bersurai


SENARAI BARANG YANG PERLU DIBAWA KE YOUTH ABIM CAMP
1. T- Shirt berkolar (lelaki)
2. T-Shirt lengan panjang (perempuan)
3. Seluar
4. Pakaian solat/telekung
5. Pakaian sukan
6. Kasut sukan
7. Baju melayu (jika perlu)
8. Baju kurung (jika perlu)
9. Peralatan kendiri
10. Peralatan menulis
11. Ubat-ubatan peribadi

PERATURAN PAKAIAN

Peserta Lelaki

1. Pada setiap aktiviti dikehendaki untuk memakai baju T- shirt yang berkolar
2. Pakaian hendaklah sopan dan menutup aurat

Peserta Perempuan

1. Pada setiap aktiviti dikehendaki untuk memakai baju berlengan panjang.
2. Pakaian hendaklah sopan, menutup aurat dan tidak dibenarkan memakai baju yang KETAT bagi peserta perempuan.


BARANG-BARANG YANG DILARANG BAWA KE DALAM KEM
1. Seluar jeans
2. Rokok
3. Senjata tajam
4. Barang kemas dan perhiasan
5. Komik/majalah hiburan
6. Telefon bimbit **

 Pihak penganjur akan merampas barang-barang di atas jika dibawa bersama.
 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan barang berharga.
 Kelengkapan di atas adalah sebagai panduan sahaja, sila bawa kelengkapan yang mencukupi untuk 3 hari 2 malam.
 Para peserta hendaklah menjaga akhlak dan mematuhi etika pakaian yang telah ditetapkan.
 Ibu bapa diminta hadir tepat pada waktunya selepas program bagi mengelak sebarang permasalahan.
 Sebarang permasalahan boleh hubungi urusetia.









Jumaat, 7 September 2012

Bengkel Memahami Isu Umat Rohingya

Pada 6 Sept 2012 jam 8.30 malam bertempat di Sekretariat ABIM Bangi telah diadakan diskusi isu umat Islam Rohingya. Panelis yang hadir ialah Sdr Jufitri Johar, Naib Presiden (Antarabangsa) ABIM dan aktivis Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Sdr Aidil Zakuan. Mereka telah berkongsi perkembangan terkini di sana dan bentuk bantuan yang diperlukan. Lebih 30 orang aktivis ABIM Bangi dan Pertsatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) yang hadir.

Ziarah Aidilfitri ABIM Bangi 2012

Pada 6 September 2012, bermula jam 9.30 malam, ABIM Bangi telah mengadakan Ziarah Aidilfitri ke rumah mantan pimpinan ABIM Bangi dan kini ahli WADAH. Dua rumah telah dikunjungi iaitu Rumah Dr Parveez di Desa Sentosa, Teras Jernang, Bangi dan juga Tn Hj Jeoferry di Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi. Seramai 10 orang pimpinan, aktivis ABIM Bangi yang menyertai. Tujuan program ini diadakan ialah untuk merapatkan silaturrahim antara ahli ABIM & mantan pimpinan ABIM Bangi yang aktif menyumbang dalam usaha-usaha dakwah setempat. Siri ziarah ini akan diteruskan pada minggu hadapi.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Program Sekampit Beras ABIM Bangi 2012


ABIM Bangi dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) Selangor akan menjayakan program Sekampit Beras. Buitran lanjut seperti berikut

Tarikh : 4 Ogos 2012
Masa : 9.00 pagi
Lokasi : Masjid As Solihin, Kg Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Seksyen 14, Selangor

Oleh itu kami mengharapkan semua ahli, aktivis dan sahabat sertai program ini. Mari kita berikan sokongan kepada lebih 230 org adik-adik PEPIAS yang akan beriktikaf di Masjid As Solihin, Kg Teras Jernang, BBB pada 3-5/8/2012.

Info lanjut, boleh hubungi 019-7882279 (Baktiar)

Isnin, 23 Julai 2012

Jom Tadarus Al-Quran (23072012)

Assalamualaikum wrh.wbt.

Jom Sertai Tadarus Al-Quran

Tarikh : 23 Julai 2012 (Isnin)
Masa : jam 10.15 mlm ini
Lokasi : Surau Al-Kauthar, seksyen 4, BBB.

Jika berminat hubungi Sdr Arif Redzuan : 019-3732085

Jumaat, 20 Julai 2012

Jom Tadarus Al-Quran

Assalamualaikum wrh.wbt.

Sempena bulan ramadhan mubarak yang akan bermula pada 21 Julai 2012 ini. Maka, program Jon Tadarus Al-Quran akan bermula hari ini

Tarikh : 20 Julai 2012 (Jumaat)
Masa : 9.45 mlm
Lokasi : Surau Al-Kauthar, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor

Oleh itu, semua anak muda yang berminat, hubungi Sdr Nizam untuk pengesahan penyertaan 019-2776587

Khamis, 19 Julai 2012

Program Jom Sinari Ramadhan!

Assalamualaikum wrh.wbt.

Beberapa program sempena ramadhan mubarak akan diadakan. Ia seperti berikut

Muktamar ABIM Bangi

Tarikh : 25 Julai 2012
Masa : 7.00 mlm - 10.00 mlm
Lokasi : Pejabat ABIM Bangi, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi (Belakang SMK Bandar Baru Bangi)

Aktiviti
1. Buka Puasa bersama-sama
2. Solat Maghrib berjamaah
4. Solat Isyak berjamaah & terawih
5. Muktamar ABIM Bangi
6. Bersurai

Info lanjut sila hubungi Sdr Nizam 019-2776587

Tadarus Al-Quran ABIM Bangi

Tarikh : Isnin-Jumaat (kecuali sabtu-ahad)
Masa : 10.00 -11.00 mlm
Lokasi : Surau/ Masjid Setempat

Jika ingin sertai sila hubungi Sdr Arif Redzuan 019-3732085

Rehlah Rohani

Tarikh : 3 Ogos 2012 (Jumaat)
Lokasi : Surau Al-Abrar, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Aktiviti
1. Solat Isyak berjamaah & terawih
2. Tadarus Al-Quran
3. Qiyamulail
4. Sahur bersama-sama
5. Solat Subuh berjamaah & tazkirah
6. Bersurai

Ihya Ramadhan Bangi (Edaran Sekampit Beras)

Tarikh : 4 Ogos 2012 (Sabtu)
Masa : 10 pagi
Tempat Berkumpul : Pejabat ABIM Bangi, Seksyen 2, BBB

Lokasi edaran
1. Kg Sg Ramal Dalam, Kajang
2. Kg. Teras Jernang, Seksyen 14
3. Bandar Rinching, Semenyih
4. lain-lain lokasi dikenalpasti kemudian

Khamis, 5 Julai 2012

Kumpulan Pengkajian Islam (Usrah) Mingguan

Kumpulan Pengkajian Islam (Usrah) Mingguan

Tarikh : 04 Julai 2012
Masa : Isya bersama
Lokasi : Rumah Sdr Ahmad Saparuddin, No 30, Jln Melati 2, Taman Melati, Sg Ramal Dalam, Kajang, Selangor

Jumaat, 25 Mei 2012

Terkini Info My TEEN LIFE

Program “MY TEEN LIFE” . Terbuka kepada semua Remaja Tingkatan 1 HINGGA 5. Program yang bakal meninggalkan impak yang besar kepada remaja. Kem sempena cuti persekolahan. Yuran dikenakan adalah untuk kebajikan ABIM Daerah Bangi. Menyumbang sambil mendapat manfaaat. Hubungi saya MUHAMMAD AFIQ BIN RAMLEE di talian 019-449 6172 sekiranya ada sebarang pertanyaan.



OBEKTIF PROGRAM

1. Mempersiapkan diri peserta mengenai pentingnya kehidupan alam REMAJA bagi menempuhi mehnah tribulasi yang bakal mendatang.
2. Memberi kesedaran spiritual yang menyeluruh kepada pelajar – pelajar yang terlibat supaya lebih beriltizam dalam pelajaran mereka.
3. Melatih para peserta membentuk organisasi secara sistematik yang tahu akan setiap bidang tugas dalam organisasi.
4. Menjadikan tokoh-tokoh kepimpinan islam sebagai qudwah dalam kehidupan seharian.
5. Memupuk sikap tanggungjawab dan rasa prihatin para peserta terhadap diri, keluarga dan agama.

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBAWA KE MYTEEN LIFE

1. Pakaian Sukan
2. Kasut Sukan
3. Baju T- Shirt Berkolar (lelaki)
4. Baju Melayu (jika perlu)
5. Baju T-Shirt Lengan Panjang @ Baju Muslimah
6. Baju Kurung (jika perlu)
7. Pakaian Solat/ Telekung
8. Peralatan Tulis
9. Peralatan Kendiri
10. Ubat ( jika ada penyakit)


PERATURAN PAKAIAN BAGI PESERTA LELAKI DAN WANITA

PESERTA LELAKI
1. Pada setiap aktiviti dikehendaki untuk memakai baju T- shirt yang berkolar
2. Tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa kursus berlangsung.
3. Pakaian hendaklah sopan dan menutup aurat .

PESERTA PEREMPUAN

1. Pada setiap aktiviti dikehendaki untuk memakai baju berlengan panjang.
2. Tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa kursus berlangsung
3. Pakaian hendaklah sopan, menutup aurat dan tidak dibenarkan memakai baju yang KETAT bagi peserta perempuan.

BARANG YANG TIDAK DIBENARKAN UNTUK DIBAWA
1. Seluar Jeans
2. Rokok
3. Senjata tajam
4. Barang kemas dan perhiasan yang tidak diperlukan.






Khamis, 24 Mei 2012

Kelas Kajian Risalah An Nur - Bediuzzaman Said Nursi

Assalamualaikum wrh.wbt.

ABIM BANGI menjemput anak muda hadir ke kelas kajian Risalah An Nur.Ia seperti berikut

Tarikh : 24 Mei 2012(Khamis)
Masa : 9.00mlm
Lokasi : No 16,Jln 7/5A Seksyen 7, Bandar Baru Bang,Selangor

Rabu, 23 Mei 2012

Usrah Mingguan ABIM Bangi 23052012

Assalamualaikum wrh.wbt

ABIM Bangi akan mengadakan kumpulan pengkajian Islam (usrah) seperti biasa. Butiran lanjut seperti berikut

Tarikh : 23 Mei 2012 (Rabu)
Masa : 9.00 pm
Lokasi : Pejabat ABIM Bangi, No 15, Jln Seksyen 1/4A, Bandar Baru Bangi, Selangor

Oleh itu, semua ahli, sahabat dijemput hadir ke program tersebut.

Join MY TEEN LIFE Skrg!- Born To Be A Caliph.

ABIM Bangi menganjurkan program My Teen Life untuk adik-adik remaja kita. Butiran lanjut seperti berikut :

Tarikh : 30-31 Mei 2012
Lokasi : Kem Nur Bukit Unggul, Sepang, Selangor.
Bayaran : RM80 sahaja (seorang)
Sasaran : Remaja berusia 13 tahun hingga 17 tahun

Aktiviti-aktiviti yang menarik termasuk

1. Extreme Jungle Trekking
2. Permainan Bermodul
3. Aktiviti Kumpulan Menarik

Penampilan Khas : Ustazah Pilihan (ASTRO) Aqidah

Sekiranya berminat TAIP JARAK HANTARKAN KE 019-4496172 untuk penyertaan program

Jom sertai sekarang!

Selasa, 8 Mei 2012

ABIM Inspirasiku

Majlis Pendidikan Tinggi ABIM (Al Hikmah) dengan kerjasama ABIM Bangi akan menganjurkan program khas. Ia seperti berikut

Tarikh : 26 Mei 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Dewan Besar, Kolej Dar Al Hikmah (KDH), Sg Ramal Dalam, Kajang, Selangor
Sasaran : 50 anak-anak ahli ABIM muda & bekerja (19 tahun hingga 30 tahun)
Bayaran : RM10 seorang

Antara jemputan anak muda ke program tersebut

1. Sdr Ahmad Saparuddin Yusof Naib Presiden (Kebangsaan) ABIM
2. Sdr Jufitri Joha Naib Presiden (Antarabangsa) ABIM
3. Sdr Fadhlina Siddiq Naib Presiden (Hal Ehwal Wanita)

ABIM Jika berminat sila daftar butiran saudara/i seperti di bawah.

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dFZINkRuTkNIOU91TmRfV0hGRmM1NFE6MQ

Jika ada sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Sdr Baktiar : 019-7882279 atau emel : abimbangi@gmail.com layari laman sawang kami : http://abimbangi.blogspot.com/

Khamis, 5 April 2012

Forum dan Pelancaran GERAKAN SOKONG SYARIAH (GESA) Selangor

Assalamualaikum wrh.wbt.

ABIM Bangi menjemput seluruh warga Bangi hadir ke Forum dan Pelancaran GERAKAN SOKONG SYARIAH (GESA) Selangor. Butiran lanjut seperti berikut

Tarikh : 8 April 2012 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi - 12.30 ptg
Lokasi : Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor

Panelis

Prof. Madya Dr Fauzi Deraman
Persatuan Ulama Malaysia (PUM)

Dr Zulkifli Hasan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Cikgu Azmi Abdul Hamid
Presiden
Teras Pengupayaan Melayu merangkap
Pengerusi, Sekretariat Gerakan Sokong Syariah (GESA)

Ucaptama,

Dato' Dr. Siddiq Fadhil
Presiden
Wadah Pencerdasan Ummmah (WADA) & Kolej Dar al Hikmah (KDH)

Jom Sokong Syariah!. Jumpa di sana!

Sabtu, 24 Mac 2012

Kuliah Tafsir Maudhuiyy Siri Ke-61 oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil

Assalamu'alaikum wr. wbt.

Sdr sekalian

WADAH, ABIM & PKPIM dengan kerjasama Kolej Dar al Hikmah akan menganjurkan Kuliah Tafsir Maudhuiyy Siri Ke-61 seperti berikut :-

TARIKH : SABTU 24 MAC 2012
MASA : 8:35 MALAM (Solat Isyak berjamaah di Surau KDH)
TEMPAT : DEWAN BESAR KOLEJ DAR AL-HIKMAH, KOMPLEKS DAR AL-HIKMAH, SG. RAMAL DALAM, KAJANG, SELANGOR

Semua di jemput hadir.

MOHD HALIMI
Pen SUA Wadah

Jumaat, 23 Mac 2012

Majlis Perundingan Belia Daerah Hulu Langat 2012

Pada 23 Mac 2012 yang lalu, ABIM Bangi telah dijemput oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat ke Majlis Perundingan Belia Daerah Hulu Langat 2012. Majlis Belia Daerah Hulu Langat adalah badan gabungan Majlis Belia selangor. Ia telah diadakan di Hotel Prescott Metro Inn, Kajang, Selangor.Lebih 50 orang wakil persatuan-persatuan belia daerah Hulu Langat hadir ke majlis tersebut.Antara isi penting ucapan Encik Azhar Bin Hambali selaku Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Langat termasuk meningkatkan kualiti kepimpinan belia hulu langat.Manakala ucapan Encik Musa Bin Salim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSD)menyentuh tentang hasil makmal belia yang telah diadakan baru-baru ini.Selain itu ada sesi pembentanbngan Laporann MBD, dialog serta penetapan usul.

Jumaat, 16 Mac 2012

Global March For Syria 2012: ABIM Tidak Naif!

Merujuk kepada kenyataan yang dikemukakan Tan Sri Zainuddin Maidin (Tidak Perlu Tunjuk Perasaan Anti-Presiden Syria, Utusan Malaysia 14 Mac 2012), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin menjelaskan beberapa persoalan yang dikemukakan oleh beliau berhubung dengan Perhimpunan Selamatkan Syria (akan dianjurkan pada setelah solat Jumaat 16 Mac 2012, bukan Sabtu sepertimana yang dikemukakan beliau sebelum ini) serta gerakan kempen ‘Save Syria’ yang mula mendapat perhatian media semenjak kebelakangan ini.

Pertama perhimpunan aman ini dianjurkan atas dasar kemanusiaan dan keamanan semata-mata, untuk mendesak kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Syria dihentikan dengan serta merta. Sebagai pertubuhan yang sentiasa kehadapan dalam membela hak asasi manusia di peringkat global, ABIM dan masyarakat antarabangsa secara amnya memilih untuk tidak berdiam diri serta berpeluk tubuh, membiarkan orang awam terutamanya kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa terus menerus menjadi mangsa kekejaman serta dinafikan hak untuk menuntut kebebasan, keadilan, keamanan dan kemuliaan sebagai seorang manusia!

Penganjuran perhimpunan ini adalah manifestasi bantahan jelas kepada Kerajaan Syria dan masyarakat dunia agar kekejaman ini dihentikan dengan segera, dan semua pihak yang terlibat harus menyelesaikan krisis menerusi saluran diplomatik di meja rundingan. Di samping itu, kami juga menuntut kerajaan Syria untuk menyantuni tuntutan-tuntutan perubahan serta pembaharuan politik yang dikemukakan oleh rakyat Syria, selaras dengan aspirasi serantau (Timur Tengah atau Dunia Arab) serta sejagat secara keseluruhannya.

Merujuk kepada kekhuatiran berhubung dengan agenda kuasa asing ataupun “Jenayah Hasutan” yang dikatakan mengatur pendekatan adu domba untuk campur tangan di Syria, sukacita dimaklumkan ABIM dan rakan-rakan NGO yang lain sedia maklum dengan situasi tersebut serta melakukan analisis (berdasarkan kepada pelbagai sumber maklumat serta saluran media dan rakyat Syria sendiri) serta melaksanakan tindakan yang sewajarnya. Kami tidaklah “senaif” sepertimana yang ditanggapi oleh beliau dalam menilai situasi di Syria pada ketika ini.

Bahkan gerakan Save Syria ini turut mendapat dukungan dari pelbagai pihak termasuk Tun Dr Mahathir sendiri (sila klik Tun Dr Mahathir: Muslim Country's Should Contribute To Peaceful Solution In Syria) yang menganjurkan desakan dikemukakan dengan lebih agresif agar perubahan dilakukan segera di Syria untuk menutup ruang sebarang campur tangan pihak asing.

Dalam erti kata lain, kami berpendirian agar biarlah perubahan yang dituntut oleh rakyat Syria berlaku secara tulen serta diselesaikan menerusi saluran politik domestik (oleh rakyat Syria sendiri), bukan menerusi campur tangan pihak luar yang takkan menjamin perkembangan demokrasi yang positif sepertimana di Libya dan Iraq.

Justeru mengambil kesempatan, ABIM mengecam sama sekali usaha di kalangan negara-negara luar yang tidak berkenaan yang cuba mempolemikkan (mendesak campurtangan luar) tanpa memberi ruang kepada kerajaan serta rakyat Syria mencari penyelesaian yang bersifat win-win situation.

Sekretariat Antarabangsa ABIM menerusi Kempen Save Syria yang dilancarkan semenjak Januari lalu, telah menganjurkan pelbagai aktiviti untuk membantu rakyat Syria di samping membangkitkan kesedaran di kalangan pelbagai pihak seperti mengadakan ceramah kesedaran, rayuan derma bantuan kemanusiaan, flash mob dan pengedaran poster kempen kesedaran.

Untuk pengetahuan Tan Sri Zainuddin Maidin, kempen ini (Save Syria atau kempen seumpamanya) telah disambut oleh masyarakat antarabangsa (terutama sekali) Umat Islam di seluruh dunia yang dambakan keadilan, kebebasan, serta keamanan.

Sebarang usaha menafikan gerakan ini hanyalah polemik melawan arus yang bersifat anti-klimaks serta bukan merupakan manifestasi terhadap kecintaan terhadap esensi keadilan,kebebasan, serta keamanan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia!

Jufitri Joha
Naib Presiden Antarabangsa, Angkatan Belia Islam Malaysia

Khamis, 1 Mac 2012

Program Terkini ABIM Bangi (Mac 2012)

Dimaklumkan program terkini ABIM Bangi yang boleh disertai oleh anak muda di Bangi. Ia seperti berikut

1. Sembang Sambil Sarapan (3S)

Tarikh : 3 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Rumah Dr Razali Nawawi, No 7, 2/1D, Bandar Baru Bangi

Sila hubungi Sdr Nizam 019-2776587

2. Bicara Anak Muda : Memartabatkan Syariah Dalam Negara

Tarikh : 10 Mac 2012(Sabtu)
Masa : 9.00 pagi -11pagi
Tempat : Pej. ABIM Bangi,No 15 Jln 4/1D Seksyen 1 Bandar Baru Bangi

Panel

1. Sdr Anuar Ismail - Ketua, Grup Peguam ABIM
2. Wakil Persatuan Ulama Malaysia (PUM)

Sila hubungi Sdr Arrabe : 013-3911504

3. Putsal Anak Muda Bangi

Tarikh : 15 Mac & 21 Mac 2012 (Khamis)
Masa : 10 - 12.00 mlm
Lokasi : Galaxy Futsal, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor

Jika berminat sertai, sila hubungi Sdr Hammad : 019-3070007

4. Program Kepimpinan Hal Ehwal Wanita ABIM (HELWA) Selangor

Tarikh : 31 Mac - 1 April 2012
Lokasi : Kolej Dar al Hikmah (KDH)
Peserta : 100 orang

Sila hubungi Pn Normazita 016-9472064

Jumaat, 27 Januari 2012

Ceramah Motivasi : Zero To Hero



Pada 27 Jan 2012 jam 9.00 mlm bertempat di Bilik Syura 2 telah diadakan ceramah motivasi.Ia telah disampaikan oleh Pn Hjh Nafisah Bt Mohd merupakan Kaunselor Cemerlang di Malaysia tahun 2010 dan kini Pengurus Al Hikmah Training & Consultancy yang bertajuk 'Zero To Hero'.Beliau bergandingan Ust Long Kechik.Lebih 30 orang menghadiri program tersebut.Antara isi-isi penting yang sampaikan termasuklah tentang pentingnya mempunyai bahasa kendiri yang positif.Penyemaian tabiat yang baik amat penting kerana ia akan akhirnya menjadi automatik.Selain itu, penghayatan doa-doa sebelum dan selepas bangun tidur,jauhi menghabiskan masa kepada perkara yang negatif dan merugikan.Fokus kepada ke arah kecemerlangan hidup.Malah tentang konsep sebenar maksud kata Motivasi juga dikongsikan.Motivasi adalah gabungan dua perkataan iaitu motif + tindakan.Sesuatu perkara dilakukan perlu dengan motifnya.Dan jika motif ada tapi tanpa sebarang tindakan,kita tak ke mana-mana.

Forum Pengkaji Pemikiran & Tamadun Siri Ke 24


Pada 26 Jan 2012 jam 9.00 mlm di Bilik Syura Kolej Dar al Hikmah (KDH)Sg Ramal Dalam,Kajang Selangor telah diadakan forum tersebut.Ia bertajuk 'Kebangkitan Rakyat : Haluan & Cabaran Gerakan Islam' oleh Sdr Haris Zalkapli.Beliau merupakan pengamat politik dan juga mantan Ketua Bahagian Rencana HARAKAH dan juga pengarang buku yang bertajuk 'Revolusi Global : Dunia dalam era kebangkitan rakyat.Seramai lebih 30 org menghadiri program tersebut termasuk pimpinan ABIM Bangi.Beliau menekankan betapa gerakan Islam ditekan melalui media antarabangsa agar lebih moderate dan sederhana selepas menyaksikan perubahan landskap politik yang membolehkan gerakan Islam membentuk kerajaan baru melalui pilihanraya yang demokratik.Ia menyebabkan mereka mengambil pendekatan populis untuk memenangi hati rakyat dan seterusnya mendapat kuasa dan undi.Oleh itu gerakan Islam perlu berhati-hati dalam mengambil sikap atau tindakan seterusnya.Ia wajar berada di landasan intelektual yang mendalam dan berpegang kepada asas moral yang sejajar dengan kehendak syariat.

Rabu, 11 Januari 2012

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) mingguan

Dimaklumkan bahawa ABIM BANGI akan mengadakan usrah mingguan. Butiran lanjut seperti berikut

Tarikh : 11 Jan 2012 (Rabu)
Masa : 9.15 mlm
Lokasi : pejabat ABIM BANGI, No 15,Jln 4/1A,Seksyen 1,BBB

semua aktivis dan anak muda dijemput hadir