Kem sempena cuti sekolah ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah mengikut sesi yang telah ditetapkan. Bayaran yang dikenakan ialah RM130. Pelbagai aktiviti menarik disediakan. Sila hubungi Muhammad Afiq Bin Ramlee di talian 019-4496172 jika ada sebarang pertanyaan
OBJEKTIF PROGRAM:
1. Memberi kefahaman tentang kepentingan solat dan ibadah-ibadah lain dalam kehidupan seharian.
2. Memperbaiki mutu solat dan ibadah-ibadah lain.
3. Menerapkan kepentingan Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran di dalam program.
4. Mengajak peserta menghayati alam kurniaan Allah.
5. Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.
tentatif program
Hari 1
3 pm - Pendaftaran
6 pm - Taklimat Kem /
Icebreaking
7 pm - Solat / Makan Malam
9 pm - Sesi 1 – Group Aktivities with mentor
11 pm- Arabic talk with Bro Said
Hari 2
4 am - Wakeup to mujahadah / Solat
7 am - Khandak excersice/ Sarapan
9 am - Sesi 2 – Tahsin wuduk
10 am - Sesi 3 – Tahsin solat
12 pm - Makan Tengahari / Solat
2 pm - Sesi 4 – Eksplorasi minda
4 pm - Solat / Badar excersice
7 pm - Solat / Makan Malam
9 pm - Sesi 5 – Quranic intensive
11 pm – Arabic talk with Bro Said
Hari 3
6 am - Solat
7 am - Khadisiah Exersice / Sarapan
8 am - Sesi 6 – Jungle Trekking
11 pm - Majlis Penutup / Makan Tengahari
1 pm - Bersurai
SENARAI BARANG YANG PERLU DIBAWA KE YOUTH ABIM CAMP
1. T- Shirt berkolar (lelaki)
2. T-Shirt lengan panjang (perempuan)
3. Seluar
4. Pakaian solat/telekung
5. Pakaian sukan
6. Kasut sukan
7. Baju melayu (jika perlu)
8. Baju kurung (jika perlu)
9. Peralatan kendiri
10. Peralatan menulis
11. Ubat-ubatan peribadi
PERATURAN PAKAIAN
Peserta Lelaki
1. Pada setiap aktiviti dikehendaki untuk memakai baju T- shirt yang berkolar
2. Pakaian hendaklah sopan dan menutup aurat
Peserta Perempuan
1. Pada setiap aktiviti dikehendaki untuk memakai baju berlengan panjang.
2. Pakaian hendaklah sopan, menutup aurat dan tidak dibenarkan memakai baju yang KETAT bagi peserta perempuan.
BARANG-BARANG YANG DILARANG BAWA KE DALAM KEM
1. Seluar jeans
2. Rokok
3. Senjata tajam
4. Barang kemas dan perhiasan
5. Komik/majalah hiburan
6. Telefon bimbit **
Pihak penganjur akan merampas barang-barang di atas jika dibawa bersama.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan barang berharga.
Kelengkapan di atas adalah sebagai panduan sahaja, sila bawa kelengkapan yang mencukupi untuk 3 hari 2 malam.
Para peserta hendaklah menjaga akhlak dan mematuhi etika pakaian yang telah ditetapkan.
Ibu bapa diminta hadir tepat pada waktunya selepas program bagi mengelak sebarang permasalahan.
Sebarang permasalahan boleh hubungi urusetia.