Isnin, 6 Julai 2009

Dialog Pimpinan ABIM Bangi dan Guru-Guru Pusat Tahfiz ABIM Bangi Merapatkan Silaturrahim


Pada 4 Julai 2009 jam 8.30 pagi di tingkat 1, Surau Abd Rahman Al-Auf, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi telah diadakan dialog pimpinan ABIM Bangi bersama-sama guru-guru Pusat Tahfiz ABIM Bangi buat julung-julung kalinya. Tujuan sesi dialog ini diadakan ialah untuk memperkenalkan pimpinan baru ABIM Bangi serta memberikan info terkini tentang gerak-kerja dakwah yang dilaksanakan selama ini. Dialog ini juga membolehkan pimpinan lebih mengenali guru-guru Pusat Tahfiz dengan lebih dekat. Beberapa soalan telah dilontarkan kepada pimpinan ABIM Bangi untuk tindakan susulan. ABIM Bangi akan mengadakan program khas melibatkan guru-guru muda Pusat Tahfiz nanti. Ia penting untuk membolehkan usaha-usaha dakwah lokaliti setempat dapat diperkasakan sebaik mungkin. Ia turut dihadiri oleh Sdr Ahmad Saparuddin YDP, Baktiar Hasnan, TYDP, Sdr Hammad, Setiausaha, Sdr Nizam Bendahari, Sdri Normazita & Pn. Nurhayati mewakili HELWA ABIM Bangi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan