Jumaat, 18 September 2009

ABIM Bangi Beri Sumbangan kepada 12 Adik-Beradik Hilang Tempat Bergantung


18 Sept 2009 - ABIM Bangi telah memberikan sumbangan barang-barang keperluan harian dan sumbangan duit hari raya kepada 12 adik-beradik yang hilang tempat bergantung di No 40 Jalan KM3 , Darul Hidayah , 43100 Hulu Langat , Selangor apabila bapa iaitu Abd Karim mereka meninggal dunia akibat kemalangan ngeri di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 30 Ogos 2009 yang lalu.

Dalam tragedi tersebut , Abdul Karim memandu kereta perodua kancil maut apabila kenderaannya dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan. Abdul Karim yang bekerja sendiri , meninggal dunia ditempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala isterinya , Maimon Said , 52 dan anak lelakinya , Mohd Ihsan yang berada dalam kereta itu turut parah. Maimon dan Mohd Ihsan dirawat di PPUM dan mereka berdua yang koma semasa kemalangan. Kemalangan ini mendapat liputan media dan televisyen.

Sebelum bantuan diberikan ABIM Bangi telah membuat lawatan ke rumah keluarga tersebut untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Wakil penduduk kampung Darul Hidayah telah membawa kami ke rumah 12 adik-beradik tersebut. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak memberikan keceriaan kepada mereka di dalam menghadapi hari lebaran tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan