Selasa, 22 Disember 2009

Pertandingan Debat Peringkat Saringan Kolej Dar al-Hikmah (KDH) 2009


21 Dis 2009 - Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Dar al-Hikmah (KDH) jam 9.00mlm di Dewan Besar, KDH telah buat julung-julung kalinya menganjurkan pertandingan debat peringkat saringan ala parlimen di kalangan siswa. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pengucapan awam, membina keyakinan diri serta membentuk pemikiran yang kritis terhadap persekitaran. Program ini telah dirasmikan oleh Sdr Zaihan, Pengurus Komunikasi Korporat dan Pemasaran, KDH. Tajuk perdebatan ialah Penglibatan Mahasiswa Dalam Politik Membentuk Daya Kepimpinan & Ketrampilan Mahasiswa. Peringkat saringan ini dimenangi oleh kumpulan pembangkang.Sdr Baktiar Hasnan, TYDP ABIM Bangi telah dijemput sebagai pengadil pertandingan Debat tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan