Sabtu, 29 Ogos 2009

Suasana Ceria Majlis Berbuka Puasa di rumah Dr. Ahmad Parveez



ABIM Bangi telah mengadakan program ziarah mantan pimpinan ABIM Bangi yang kini pimpinan WADAH Selangor iaitu Dr. Ahmad Parveez di Desa Sentosa, Bangi Selangor. Beliau telah berkongsi pengalaman serta memberikan nasihat kepada generasi muda. Majlis dimulakan dengan sesi taaruf, berbuka puasa, solat maghrib berjamaah, disusuli solat Isya' berjamaah, solat terawih serta pengisian minda. Ia turut dihadiri pimpinan ABIM Bangi, aktivis PKPIM-UKM dan juga siswa UniKL MFI. Semoga usaha ini merapatkan silaturrahim sesama aktivis gerakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan