Khamis, 20 Ogos 2009

Suasana Diskusi Bersama Sdr. Muhd Razak, Presiden ABIM




ABIM Bangi telah menjayakan program Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) berkala di rumah Sdr Muhd Razak, Presiden ABIM, seksyen 9, Bandar Baru Bangi, pada 19/8/2009 yang lalu. Suasana yang melatari proses kebangkitan dan kejatuhan tamadun Islam seluruh dunia disentuh dengan panjang lebar oleh beliau. Ia termasuk garis-garis besar haluan perjuangan yang diungkapkan oleh mantan Presiden yang terdahulu melalui ucapan dasar agar dapat dijadikan landasan gerak-kerja aktivis gerakan. Aspek keilmuan dan perkhidmatan menjadi fokus yang perlu diberikan perhatian serius dan diterjemahkan melalui program, jaringan dan sebagainya. Sesi ini juga dapat merapatkan silaturrahim sesama rangkaian gerakan dakwah lokal. Turut hadir menyertai program ini termasuk PKPIM-UKM, Guru Pusat Tahfiz ABIM Bangi, pimpinan ABIM Serdang & Bangi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan