Ahad, 17 Januari 2010

Program PROJET Merapatkan Silaturrahim Dengan ABIM Bangi


Bangi - Pada 16-17 Jan 2010 bertempat di TASKI Zainab,Seksyen 2 telah diadakan program Jejak Darul Takzim (PROJET) anjuran Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) dengan kerjasama ABIM Bangi. KPIJ merupakan badan gabungan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). PKPIM juga adalah badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM). 20 orang ahli KPIJ yang terdiri daripada pelbagai mahasiswa IPT seperti UIAM, USIM, UKM dan sebagainya hadir dalam program tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk solat berjamaah, qiyamulail, gotong-royong serta perkongsian pengalaman bersama aktivis dakwah. Beberapa pimpinan ABIM Bangi turut hadir. Semoga program ini dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama organisasi gerakan dan seterusnya dapat bekerjsama di dalam pelbagai usaha dakwah pada masa akan datang.

1 ulasan:

  1. salam..abg nizam,kak yati dan abg bak..thanks a lot..inshAllah kami sgt2 bersyukur dpt berkongsi pengalaman dari senior2 yg hebat..slm ukhwah

    BalasPadam