Sabtu, 16 Januari 2010

Sesi Penerangan Isu Penggunaan Kalimah Allah


Kajang - Pada 16 Jan 2010 (Sabtu) jam 9pagi bertempat di Bilik Syura, Kolej Dar al-Hikmah (KDH) Sg Ramal Dalam telah berlangsungnya sesi penerangan tersebut.Ia telah dianjurkan dengan jayanya oleh ABIM. Tujuan sesi penerangan isu penggunaan kalimah Allah ini ialah untuk membolehkan masyarakat memahami isu ini dalam konteks yang betul iaitu berdasarkan perspektif ilmiah dan bukannya emosi. Menurut ahli panel, kalimah ALLAH ialah perkataan khas untuk kegunaan umat Islam sahaja di negara ini. Antara ahli panel yang terlibat termasuk Dr. Mohd Farid Shahran, Timbalan Dekan, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Kulliyyah Ilmu Wahyu & Warisan Islam, Universiti Islam Antarbangsa (UIAM) dan Sdr Azril Mohd Amin, wakil Persatuan Peguam Muslim Malaysia. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Sdr Mohd Hilmi Ramli, Ketua Biro Penerangan ABIM. Selain itu, Sdr Amidi Manan, Timbalan Presiden ABIM juga telah menerangkan jadual gerak kerja isu ini di dalam masyrakat di seluruh negera. Beliau berharap sokongan yang berterusan daripada pelbagai lapisan masyarakat.Semoga usaha ini akan mendidik masyarakat memahami isu ini dengan lebih baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan