Khamis, 27 Mei 2010

BENGKEL EKONOMI ISLAM

Perasmian oleh :

Y. Bhg. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil,
Presiden Kolej Dar al-Hikmah
Tajuk: Model Ekonomi Yang Memenuhi Maqasid Syariah

Tarikh / Masa:

05 Jun 2010 / 22 Jamadilakhir 1431H (Sabtu)
8.30 Pagi – 02.00 Petang

Tempat

Dewan Besar, Kolej Dar al-Hikmah,
Kampung Sg.Ramal Dalam
43000 Kajang, Selangor

Makluman Kehadiran
Sila maklumkan kehadiran melalui:-
Tel : 016-2081300 /016-2614300 Faks : 03-42519311
(taip )
e-mail : sap@abim.org. my
u.p: Sdri.Noraliza & Pn. Aishah

*Yuran peserta RM30.00 Seorang/
RM 10.00 seorang ( Pelajar)

ATURCARA BENGKEL EKONOMI ISLAM

08.00 - 08.30 Pagi : Pendaftaran
08.30 – 08.40 Pagi : Para peserta mengambil tempat
08.40 – 08.50 Pagi : Ucapan Pengerusi Majlis dan bacaan doa
08.50 - 09.10 Pagi : Ucapan aluan oleh Sdr.Amidi Bin Abd Manan( Timb.Presiden ABIM)
09.10 - 09.40 Pagi : Ucapan Perasmian oleh YBhg. Dato’ Dr.Siddiq Fadhil (Pengerusi KDH) Tajuk : Model Ekonomi Yang Memenuhi Maqasid Syariah

09.40 - 10.10 t/hari : Minum pagi
10.10 – 12.10 t/hari : Bengkel Ekonomi Islam
1. Prof.Dr.Jamal Othman, Fakulti Ekonomi & Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2. Prof. Madya Dr. Syed Mohd Ghazali Wafa Bin Syed Adwam Wafa, Fakulti Ekonomi & Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
3. Prof.Madya Dr.Mohd Zyadi Md.Tahir, Fakulti Ekonomi & Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Prof.Madya Dr.Redzuan Othman
5. Prof.Madya Dr.Sanep Ahmad Fakulti Ekonomi & Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Selasa, 25 Mei 2010

Kumpulan Pengkajian Islam (25052010)

Assalamualaikum wrh.wbt.

Dijemput ahli, aktivis serta anak muda komuniti hadir ke kumpulan pengkajian Islam mingguan. Ia adalah seperti berikut :

Tarikh : 26 Mei 2010
Masa : 9.00 malam
Lokasi : Rumah Sdr Nizam, Jln Makmur, Kg. Teras Jernang, Seksyen 14, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Aktiviti
1. Solat Isya berjamaah
2. Bacaan al-mathurat
3. Bacaan al-quran & tafsir
4. Isu-isu semasa
5. Program & Hal-hal lain

Jika berminat sila hubungi Sdr Nizam di 019-2776587

Ahad, 23 Mei 2010

PROGRAM USRAH GABUNGAN 3 GENERASI (WADAH, PEPIAS dan ABIM)

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.Harap maklum, WADAH Selangor akan menganjurkan program di atas. Ia seperti berikut :

Tarikh : 30 Mei 2010 bersamaan 16 Jamadil Akhir 1431H
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Madrasah Al-Hidayah Seksyen 11
Sasaran : semua pimpinan ABIM negeri, daerah dan unit.

Untuk makluman, Makan tengahari disediakan. Kerjasama dari pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, wassalam

Yang benar,
Tn. Hj. Nik Mohd Yusoff Nik Ismail Penyelaras Usrah Gabungan
merangkap Pengerusi WADAH Selangor

Isnin, 17 Mei 2010

Perasmian Sukan Tahunan TASKI ABIM Sepang 2010

Pada 15 Mei 2010 jam 9.00 pagi bertempat di Padang Sek Keb. Taman Seroja, Bandar Salak Tinggi telah diadakan Sukan Tahunan ABIM Sepang. Ia telah dirasmikan oleh Sdr Baktiar Hasnan, Ketua Biro Teknologi Maklumat, ABIM Selangor yang juga merangkap Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) ABIM Bangi. Lebih 100 anak-anak TASKI ABIM Sepang menyertai sukan tersebut. Program ini juga mendapat kerjasama baik daripada Persatuan Penduduk Taman Seroja, Bandar Salak Tinggi. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Program ini secara tidak langsung dapat menonjolkan bakat di kalangan anak-anak TASKI.Selain itu, program ini juga dapat merapatkan silaturrahim antara ABIM Sepang dan komuniti setempat.

Suasana Muktamar ABIM Bangi ke-12 - Sesi 2009/2010


Muktamar ABIM Bangi ke-12 - Sesi 2009/2010 telah berjaya dilaksanakan pada 8 Mei 2010,11.00 pagi di Bilik Seminar, Kolej Dar al-Hikmah (KDH), Sg Ramal Dalam, Kajang, Selangor. Ia telah dirasmikan oleh Ust Khairuddin Abas, Setiausaha ABIM Selangor. Laporan program dan kewangan telah dibentangkan untuk makluman semua ahli. Sesi muhasabah gerakan telah diadakan untuk memperbaiki prestasi gerakan di lapangan. Ia termasuk cadangan meningkatkan kualiti ahli.

Kumpulan Pengkajian Islam (19052010)

Dimaklumkan bahawa kumpulan pengkajian Islam (usrah) dijalankan seperti biasa. Butiran lanjut seperti berikut :

Tarikh : 19 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 malam
Lokasi : Pusat Khidmat Komuniti ABIM Bangi (PEKKA) No 45, Jalan 8/3, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi

Aktiviti
1. Solat Isyak bersama
2. Bacaan al-mathurat
3. Bacaan al-quran / hadith
4. Diskusi / perbincangan
5. Hal-Hal lain

Tujuan program diadakan ialah untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan agama sebagai cara hidup yang menyeluruh dan memupuk persaudaraan sesama Islam

Justeru itu, ahli, aktivis serta anak muda komuniti bangi yang berminat dijemput hadir. Sila hubungi : 019-7882279 untuk info lanjut.

Bicara Anak Muda sempena Muktamar ABIM Bangi ke-12 berjalan lancar


Pada 8 Mei 2010 yang lalu jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Seminar, Kolej Dar al-Hikmah (KDH) Sg Ramal Dalam, Kajang telah diadakan program Bicara Anak Muda sempena Muktamar Sanawi ABIM Ke-12. Tauk yang dibincangkan tentang bagaimana anak muda boleh beraksi secara berkesan di dalam menjana perubahan yang bermakna di dalam masyarakat mengikut keupayaan masing-masing. Lebih 30 orang anak muda dan masyarakat menyertai program tersebut. Ahli panel terdiri daripada YB. Sdr Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia merangkap Setiausaha Politik, Menteri Besar Selangor dan juga Dr. Asyaf Wajdi Dusuki, Ketua Penyelidik, International Shariah Research Academy (ISRA) di bawah Bank Negara. Kedua-dua panel bersetuju perubahan perlu dibuat untuk memastikan kehendak dan tuntutan anak muda yang berbeza diambilkira agar ia dapat dimanfaatkan dalam arus perubahan negara. Pendekatan yang mendekati mereka semakin berubah. Penggunaan facebook, twitter, myspace, blog dan sebagainya wajar dimanfaatkan semaksima mungkin. Selain itu, perubahan yang ingin digerakkan harus berlandaskan kepada keyakinan diri yang mendalam melalui kefahaman dan asas ilmu yang mantap. Ini kerana cabaran yang mendapat semakin rumit dan kompleks.Semoga program ini dapat mewujudkan budaya diskusi yang baik di kalangan anak muda di dalam komuniti Bangi

ABIM Bantah Pemberian Lesen Pertaruhan Piala Dunia 2010

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membantah sekeras-kerasnya serta merasa amat kesal dengan keputusan kerajaan yang secara rasminya telah memberikan lesen pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan BERJAYA. ABIM menilai keputusan ini seakan tidak menghiraukan sensitiviti di kalangan masyarakat Islam di negara ini oleh pihak berkenaan serta dampak sosial yang diakibatkan dari keputusan ini (pemberian lesen pertaruhan).

ABIM menegaskan bahawa keputusan tersebut langsung tidak mempunyai sebarang justifikasi yang munasabah serta hanya bersifat untuk meraih keuntungan material jangka pendek yang boleh memberikan kesan yang negatif ke atas masyarakat dan negara. ABIM dengan ini menyeru kepada semua umat Islam untuk sama-sama membantah keputusan tersebut demi menjaga kesejahteraan setiap lapisan masyarakat di negara ini. Pihak ABIM juga akan menggerakkan bantahan ini di seluruh negara bagi memastikan keputusan ini tidak dilaksanakan demi kesejahteraan semua pihak.

Tiada ada agama di dalam dunia ini yang membenarkan serta menghalalkan perjudian kerana impak negatif sosialnya yang secara langsung akan menyebabkan kemusnahan moral individu, institusi keluarga dan masyarakat serta mencemar imej Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. ABIM dengan ini menggesa dan bertegas agar Kerajaan Malaysia menarik semula keputusan pemberian lesen pertaruhan ini demi menjaga kesejahteraan masyarakat dan negara.

AMIDI DATO' ABDUL MANAN

Timbalan Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Perutusan ABIM Sempena Sambutan Hari Belia 2010

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Belia Negara kepada seluruh warga belia dan beliawanis di tanah air dan yang berada di luar Negara.Sesungguhnya Hari Belia Negara yang diraikan pada 15 Mei setiap tahun merupakan satu pengiktirafan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh belia dalam konteks pembinaan negara. Sejarah jatuh bangun bangsa dan tamadun dunia telah merakamkan peranan penting belia dalam mencetuskan kesedaran dan mengemudi arus perubahan. Dalam sejarah Islam, perjuangan Rasulullah Sallal’Lahu ‘alaihi wasallam sememangnya didukung oleh para syabab – sekelompok pemuda yang beperibadi umggul seperti Sayyidina ‘Ali bin Abi Tolib, Mus’ab bin Umair, Zaid bin Thabit dan Usamah bin Zaid. Para rasul dan anbiya’ juga diperkuatkan oleh fata – pemuda-pemuda yang komited dalam memperjuangan risalah dan memperkembangkan ajaran Ilahi. Dalam sejarah dunia moden pula, revolusi kenegaraan dan kegaamaan di Barat misalnya didukung oleh kelompok pemuda seperti Martin Luther. Dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah pendidikan, kebudayaan, sosio-politik hinggalah kepada sukan, belia telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam pembangunan negara.

Disebalik potensi dan dinamika kepemudaan yang tinggi ini, belia juga sering dipalitkan dengan gejala negatif dan kebejatan sosial. Istilah-istilah seperti rebellious youth dan folk devils pula telah direkayasa oleh pengkritik sosial di Barat untuk menampilkan belia sebagai kelompok bermasalah. Di Malaysia, imej belia dan generasi muda juga sering ditampilkan dengan konotasi dan persepsi yang negatif melalui penglibatan mereka dalam gejala dadah, gejala sosial dan jenayah. Tidak sedikit yang menzahirkan kegusaran terhadap masa depan agama, bangsa dan negara di tangan generasi muda hari ini. Lumrah kehidupan belia yang dibesarkan dalm dunia tanpa sempadan dan langit terbuka juga menjanjikan seribu satu cabaran dan ujian yang getir terhadap jatidiri generasi muda.

Atas kesedaran inilah, ABIM ingin menyeru agar para belia meningkatkan keupayaan dan potensi diri agar mampu menjadi agen penyumbang, bukannya beban kepada negara. Sesungguhnya belia dibekalkan dengan tenaga, masa dan kemampuan yang tinggi untuk merencana agenda pembangunan masyarakat dan negara. Salurkanlah tenaga muda anda untuk masyarakat dengan melibatkan diri di dalam persatuan-persatuan belia. Sumbangan anda baik dalam bentuk komitmen masa, tenaga dan kepakaran amat diperlukan oleh NGO-NGO belia seperti ABIM yang memberikan fokus terhadap agenda pembangunan belia dan generasi muda.

Pada masa yang sama, para belia perlu mengelakkan diri dari terjebak dengan sebarang aktiviti yang tidak bermanfaat dan membawa kesan yang negatif. Sikap ingin mencuba dan semanagat ingin tahu yang tinggi jangalah disalurkan untuk mencuba dan mempelajari aktiviti yang boleh membawa kepada lembah penyesalan seperti dadah, pergaulan seks bebas, perjudian dan perlakuan jenayah. Sebaliknya amalkanlah gaya hidup sihat yang berpaksikan kepercayaan kepada Tuhan dan amal bakti kepada masyarakat.

Selamat Meyambut Hari Belia 2010!

Angkatan Belia Islam Malaysia

15 Mei 210.

Ahad, 9 Mei 2010

Usrah ABIM Bangi (12052010)

Dimaklumkan usrah ABIM Bangi mingguan akan diadakan seperti biasa. Ia adalah seperti berikut :

Tarikh : 12 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : Rumah Sdr Sadiq di No 16, Jln 7/5A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi (berhadapan Sek. Keb. Seksyen 7)

Justeru itu, semua ahli, aktivis serta anak muda yang berminat meningkatkan kualiti diri dan kehidupan melalui pendidikan Islam secara informal, dijemput hadir. Sila hubungi Sdr Ahmad Saparuddin 013-3734934.

Aktiviti.
1. Solat isyak berjamaah
2. Bacaan al-mathurat bersama-sama
3. Bacaan ayat-ayat al-quran
4. Perbincangan tentang ayat-ayat yang dibaca.
5. Perkembangan terkini organisasi
6. lain-lain

Usrah pimpinan ABIM Selangor bersama pimpinan ABIM Bangi

Dimaklumkan bahawa usrah pimpinan ABIM Selangor akan diadakan bersama pimpinan ABIM Bangi. Ia bertujuan untuk merapatkan silaturrahim sesama sahabat serta menperkemas gerak kerja di lapangan. Butiran lanjut seperti berikut :

Tarikh : 10 Mei 2010 (Isnin)
Masa : solat isyak bersama
Lokasi : Rumah Dr. Ahmad Parves, Lot 21101, Jalan Sentosa 11, Desa Sentosa, Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tajuk pengisian :" Konsep kedamaian dalam Islam", surah al-anfal, ayat 60-63. Sila bawa al-quran, buku nota, pen dan buku rujukan masing-masing

Rabu, 5 Mei 2010

Kumpulan Pengkajian Islam (05052010)

Dimaklumkan usrah akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 5/5/2010 (Rabu)
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : Rumah Sdr Ahmad Saparudin, Sg Ramal Dalam (bersebelahan) Kolej Dar al Hikmah (KDH)

Aktiviti
1. Solat berjamaah
2. Bacaan Al-Quran
3. Perbincangan
4. Hal Lain-Lain

Semua ahli, aktivis serta belia dijemput hadir ke program tersebut. Sila hubungi Sdr Ahmad Saparudin untuk makluman lanjut di 013-3734934.