Isnin, 17 Mei 2010

Bicara Anak Muda sempena Muktamar ABIM Bangi ke-12 berjalan lancar


Pada 8 Mei 2010 yang lalu jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Seminar, Kolej Dar al-Hikmah (KDH) Sg Ramal Dalam, Kajang telah diadakan program Bicara Anak Muda sempena Muktamar Sanawi ABIM Ke-12. Tauk yang dibincangkan tentang bagaimana anak muda boleh beraksi secara berkesan di dalam menjana perubahan yang bermakna di dalam masyarakat mengikut keupayaan masing-masing. Lebih 30 orang anak muda dan masyarakat menyertai program tersebut. Ahli panel terdiri daripada YB. Sdr Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia merangkap Setiausaha Politik, Menteri Besar Selangor dan juga Dr. Asyaf Wajdi Dusuki, Ketua Penyelidik, International Shariah Research Academy (ISRA) di bawah Bank Negara. Kedua-dua panel bersetuju perubahan perlu dibuat untuk memastikan kehendak dan tuntutan anak muda yang berbeza diambilkira agar ia dapat dimanfaatkan dalam arus perubahan negara. Pendekatan yang mendekati mereka semakin berubah. Penggunaan facebook, twitter, myspace, blog dan sebagainya wajar dimanfaatkan semaksima mungkin. Selain itu, perubahan yang ingin digerakkan harus berlandaskan kepada keyakinan diri yang mendalam melalui kefahaman dan asas ilmu yang mantap. Ini kerana cabaran yang mendapat semakin rumit dan kompleks.Semoga program ini dapat mewujudkan budaya diskusi yang baik di kalangan anak muda di dalam komuniti Bangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan