Khamis, 10 Mac 2011

ABIM BANGI HADIRI MAJLIS PERUNDINGAN BELIA DAERAH HULU LANGAT 2011

Pada 9 Mac 2011, jam 8.30 malam yang lalu bertempat di Prescott Inn, Kajang Selangor, ABIM Bangi telah menghadiri Majlis Perundingan Belia Daerah Hulu Langat kali-1 untuk tahun ini. Tujuan program ini diadakan ialah untuk menjalin sliaturrahim sesama badan-badan belia yang bergabung di bawah Majlis Belia Daerah Hulu Langat (MBDHL)yang terdiri daripada lebih 40 buah persatuan belia. Pada masa yang sama, program ini turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi kerajaan persekutuan peringkat daerah. Selain itu juga, MBDHL turut mengambil kesempatan membentangkan laporan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2010. Ini termasuk membincangkan isu-isu belia akar umbi yang boleh diketengahkan di dalam mesyuarat Majlis Perundingan Belia Negeri Selangor pada 20 Mac 2011 di Shah Alam. Malah, MBDHL turut memaklumkan akan menjadi tuan rumah kepada Sambutan Hari Belia Negeri Selangor yang akan diadakan pada 14-15 Mei 2011 di Lubuk Manggis, Hulu Langat. Disasarkan seramai 3000 belia akan menyertai program ini. Ia akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan. Semoga aktiviti sebegini dapat merapatkan hubungan sesama NGO belia dan seterusnya akan mengukuhkan proses pembinaan jatidiri belia di pelbagai peringkat di Hulu Langat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan