Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin berkongsi kesedihan ke atas kembalinya Ke Rahmatullah, tokoh gerakan Islam Turki, Necmettin Erbakan. Pemergian beliau ini merupakan satu kehilangan yang sangat besar memandangkan beliau juga adalah simbol kebangkitan demokrasi di Turki. Erbakan mula menceburkan diri di dalam politik lewat menerusi parti. Mili Nizam Partisi (MNP) pada 1970, sebelum menubuhkan MSP (Mili Selamet Partisi).
Beliau mencapai puncak kerjaya politiknya setelah dipilih sebagai Perdana Menteri Turki pada 1995. Sepanjang pentadbirannya,Erbakan telah membawa pelbagai pembaharuan, terutama menyemai kembali kesedaran Islam di peringkat akar umbi di samping membuka ruang demokrasi yang lebih luas di kalangan rakyat Turki yang memuncak dengan kejayaan AKP membentuk kerajaan di Turki pada 2003. Dalam hal ini, para penganalisis politik Turki turut mengimbau peranan Erbakan sebagai guru ataupun mentor kepada Reccep Tayyip Erdogan (Perdana Menteri) dan Abdullah Gul (Presiden) pada ketika ini. Semoga jasa-jasa ini membawa kerahmatan ke atas rohnya di sisi Allah, serta menjadi suri teladan kepada seluruh generasi muda Muslim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan