Isnin, 17 Mei 2010

Kumpulan Pengkajian Islam (19052010)

Dimaklumkan bahawa kumpulan pengkajian Islam (usrah) dijalankan seperti biasa. Butiran lanjut seperti berikut :

Tarikh : 19 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 malam
Lokasi : Pusat Khidmat Komuniti ABIM Bangi (PEKKA) No 45, Jalan 8/3, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi

Aktiviti
1. Solat Isyak bersama
2. Bacaan al-mathurat
3. Bacaan al-quran / hadith
4. Diskusi / perbincangan
5. Hal-Hal lain

Tujuan program diadakan ialah untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan agama sebagai cara hidup yang menyeluruh dan memupuk persaudaraan sesama Islam

Justeru itu, ahli, aktivis serta anak muda komuniti bangi yang berminat dijemput hadir. Sila hubungi : 019-7882279 untuk info lanjut.

Bicara Anak Muda sempena Muktamar ABIM Bangi ke-12 berjalan lancar


Pada 8 Mei 2010 yang lalu jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Seminar, Kolej Dar al-Hikmah (KDH) Sg Ramal Dalam, Kajang telah diadakan program Bicara Anak Muda sempena Muktamar Sanawi ABIM Ke-12. Tauk yang dibincangkan tentang bagaimana anak muda boleh beraksi secara berkesan di dalam menjana perubahan yang bermakna di dalam masyarakat mengikut keupayaan masing-masing. Lebih 30 orang anak muda dan masyarakat menyertai program tersebut. Ahli panel terdiri daripada YB. Sdr Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia merangkap Setiausaha Politik, Menteri Besar Selangor dan juga Dr. Asyaf Wajdi Dusuki, Ketua Penyelidik, International Shariah Research Academy (ISRA) di bawah Bank Negara. Kedua-dua panel bersetuju perubahan perlu dibuat untuk memastikan kehendak dan tuntutan anak muda yang berbeza diambilkira agar ia dapat dimanfaatkan dalam arus perubahan negara. Pendekatan yang mendekati mereka semakin berubah. Penggunaan facebook, twitter, myspace, blog dan sebagainya wajar dimanfaatkan semaksima mungkin. Selain itu, perubahan yang ingin digerakkan harus berlandaskan kepada keyakinan diri yang mendalam melalui kefahaman dan asas ilmu yang mantap. Ini kerana cabaran yang mendapat semakin rumit dan kompleks.Semoga program ini dapat mewujudkan budaya diskusi yang baik di kalangan anak muda di dalam komuniti Bangi

ABIM Bantah Pemberian Lesen Pertaruhan Piala Dunia 2010

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membantah sekeras-kerasnya serta merasa amat kesal dengan keputusan kerajaan yang secara rasminya telah memberikan lesen pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan BERJAYA. ABIM menilai keputusan ini seakan tidak menghiraukan sensitiviti di kalangan masyarakat Islam di negara ini oleh pihak berkenaan serta dampak sosial yang diakibatkan dari keputusan ini (pemberian lesen pertaruhan).

ABIM menegaskan bahawa keputusan tersebut langsung tidak mempunyai sebarang justifikasi yang munasabah serta hanya bersifat untuk meraih keuntungan material jangka pendek yang boleh memberikan kesan yang negatif ke atas masyarakat dan negara. ABIM dengan ini menyeru kepada semua umat Islam untuk sama-sama membantah keputusan tersebut demi menjaga kesejahteraan setiap lapisan masyarakat di negara ini. Pihak ABIM juga akan menggerakkan bantahan ini di seluruh negara bagi memastikan keputusan ini tidak dilaksanakan demi kesejahteraan semua pihak.

Tiada ada agama di dalam dunia ini yang membenarkan serta menghalalkan perjudian kerana impak negatif sosialnya yang secara langsung akan menyebabkan kemusnahan moral individu, institusi keluarga dan masyarakat serta mencemar imej Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. ABIM dengan ini menggesa dan bertegas agar Kerajaan Malaysia menarik semula keputusan pemberian lesen pertaruhan ini demi menjaga kesejahteraan masyarakat dan negara.

AMIDI DATO' ABDUL MANAN

Timbalan Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Perutusan ABIM Sempena Sambutan Hari Belia 2010

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Belia Negara kepada seluruh warga belia dan beliawanis di tanah air dan yang berada di luar Negara.Sesungguhnya Hari Belia Negara yang diraikan pada 15 Mei setiap tahun merupakan satu pengiktirafan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh belia dalam konteks pembinaan negara. Sejarah jatuh bangun bangsa dan tamadun dunia telah merakamkan peranan penting belia dalam mencetuskan kesedaran dan mengemudi arus perubahan. Dalam sejarah Islam, perjuangan Rasulullah Sallal’Lahu ‘alaihi wasallam sememangnya didukung oleh para syabab – sekelompok pemuda yang beperibadi umggul seperti Sayyidina ‘Ali bin Abi Tolib, Mus’ab bin Umair, Zaid bin Thabit dan Usamah bin Zaid. Para rasul dan anbiya’ juga diperkuatkan oleh fata – pemuda-pemuda yang komited dalam memperjuangan risalah dan memperkembangkan ajaran Ilahi. Dalam sejarah dunia moden pula, revolusi kenegaraan dan kegaamaan di Barat misalnya didukung oleh kelompok pemuda seperti Martin Luther. Dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah pendidikan, kebudayaan, sosio-politik hinggalah kepada sukan, belia telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam pembangunan negara.

Disebalik potensi dan dinamika kepemudaan yang tinggi ini, belia juga sering dipalitkan dengan gejala negatif dan kebejatan sosial. Istilah-istilah seperti rebellious youth dan folk devils pula telah direkayasa oleh pengkritik sosial di Barat untuk menampilkan belia sebagai kelompok bermasalah. Di Malaysia, imej belia dan generasi muda juga sering ditampilkan dengan konotasi dan persepsi yang negatif melalui penglibatan mereka dalam gejala dadah, gejala sosial dan jenayah. Tidak sedikit yang menzahirkan kegusaran terhadap masa depan agama, bangsa dan negara di tangan generasi muda hari ini. Lumrah kehidupan belia yang dibesarkan dalm dunia tanpa sempadan dan langit terbuka juga menjanjikan seribu satu cabaran dan ujian yang getir terhadap jatidiri generasi muda.

Atas kesedaran inilah, ABIM ingin menyeru agar para belia meningkatkan keupayaan dan potensi diri agar mampu menjadi agen penyumbang, bukannya beban kepada negara. Sesungguhnya belia dibekalkan dengan tenaga, masa dan kemampuan yang tinggi untuk merencana agenda pembangunan masyarakat dan negara. Salurkanlah tenaga muda anda untuk masyarakat dengan melibatkan diri di dalam persatuan-persatuan belia. Sumbangan anda baik dalam bentuk komitmen masa, tenaga dan kepakaran amat diperlukan oleh NGO-NGO belia seperti ABIM yang memberikan fokus terhadap agenda pembangunan belia dan generasi muda.

Pada masa yang sama, para belia perlu mengelakkan diri dari terjebak dengan sebarang aktiviti yang tidak bermanfaat dan membawa kesan yang negatif. Sikap ingin mencuba dan semanagat ingin tahu yang tinggi jangalah disalurkan untuk mencuba dan mempelajari aktiviti yang boleh membawa kepada lembah penyesalan seperti dadah, pergaulan seks bebas, perjudian dan perlakuan jenayah. Sebaliknya amalkanlah gaya hidup sihat yang berpaksikan kepercayaan kepada Tuhan dan amal bakti kepada masyarakat.

Selamat Meyambut Hari Belia 2010!

Angkatan Belia Islam Malaysia

15 Mei 210.

Ahad, 9 Mei 2010

Usrah ABIM Bangi (12052010)

Dimaklumkan usrah ABIM Bangi mingguan akan diadakan seperti biasa. Ia adalah seperti berikut :

Tarikh : 12 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : Rumah Sdr Sadiq di No 16, Jln 7/5A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi (berhadapan Sek. Keb. Seksyen 7)

Justeru itu, semua ahli, aktivis serta anak muda yang berminat meningkatkan kualiti diri dan kehidupan melalui pendidikan Islam secara informal, dijemput hadir. Sila hubungi Sdr Ahmad Saparuddin 013-3734934.

Aktiviti.
1. Solat isyak berjamaah
2. Bacaan al-mathurat bersama-sama
3. Bacaan ayat-ayat al-quran
4. Perbincangan tentang ayat-ayat yang dibaca.
5. Perkembangan terkini organisasi
6. lain-lain

Usrah pimpinan ABIM Selangor bersama pimpinan ABIM Bangi

Dimaklumkan bahawa usrah pimpinan ABIM Selangor akan diadakan bersama pimpinan ABIM Bangi. Ia bertujuan untuk merapatkan silaturrahim sesama sahabat serta menperkemas gerak kerja di lapangan. Butiran lanjut seperti berikut :

Tarikh : 10 Mei 2010 (Isnin)
Masa : solat isyak bersama
Lokasi : Rumah Dr. Ahmad Parves, Lot 21101, Jalan Sentosa 11, Desa Sentosa, Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tajuk pengisian :" Konsep kedamaian dalam Islam", surah al-anfal, ayat 60-63. Sila bawa al-quran, buku nota, pen dan buku rujukan masing-masing

Rabu, 5 Mei 2010

Kumpulan Pengkajian Islam (05052010)

Dimaklumkan usrah akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 5/5/2010 (Rabu)
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : Rumah Sdr Ahmad Saparudin, Sg Ramal Dalam (bersebelahan) Kolej Dar al Hikmah (KDH)

Aktiviti
1. Solat berjamaah
2. Bacaan Al-Quran
3. Perbincangan
4. Hal Lain-Lain

Semua ahli, aktivis serta belia dijemput hadir ke program tersebut. Sila hubungi Sdr Ahmad Saparudin untuk makluman lanjut di 013-3734934.