Selasa, 26 Mei 2009

Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) PEPIAS Bangi dihadiri ABIM Bangi

Pada 25 Mei 2009, 8.15 mlm telah diadakan Kumpulan Pengkajian Islam (usrah) mingguan ahli Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan & Selangor (PEPIAS) di Bandar Seri Putra Mahkota, Bangi, Selangor. PEPIAS merupakan badan gabungan negeri Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan rakan dakwah ABIM Bangi.
Tujuan kumpulan pengkajian Islam (usrah) mingguan ini diadakan ialah untuk memperkukuhkan silaturrahim sesama ahli, meningkatkan kefahaman tentang penghayatan Islam di kalangan ahli melalui perbincangan serta makluman program-program terkini. Buku yang dikupas dan dirujuk bertajuk "Apa Ertinya Saya Menganut Islam?" tulisan Fathi Yakan.
Seramai 30 orang ahli PEPIAS termasuk Sdr Baktiar Hasnan, TYDP ABIM Bangi, Sdr Muhd Syamel Yusof, Bendahari PEPIAS Pusat dan Sdri Nor Fadhilah Mastura Sokhibul Fadil, Ketua Helwani PEPIAS PUSAT turut hadir ke program tersebut. Semoga ia dapat memperkukuh hubungan dengan pelbagai rakan dakwah lokaliti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan