Ahad, 31 Mei 2009

Bengkel Strategik ABIM Bangi 2009/2010 Berjalan Lancar

Pada 30 Mei 2009 (Sabtu) yang lalu telah diadakan Bengkel Strategik ABIM Bangi Sesi 2009/2010. Ia telah diadakan di TASKI Zainab ABIM Bangi, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi. Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk mengenalpasti Key Result Area (KRA) atau bidang fokus aktivis dakwah di dalam menjayakan agenda dakwah lokaliti sepanjang tahun sesuai dengan kekuatan, pengalaman serta kepakaran yang ada di lokaliti selama ini.

Dalam pada itu juga , KRA yang dikenalpasti disokong dengan Key Performance Indicator (KPI) atau indeks petunjuk prestasi terhadap bidang fokus tersebut. Ia penting untuk memastikan usaha dakwah dapat yang dijalankan bukan sahaja dijalankan bahkan yang lebih penting menilai keberkesanan dan impak perubahan positif kepada kelompok sasaran. Ini kerana cabaran persekitaran yang semakin kompleks & global, memerlukan strategi yang kreatif & inovatif di kalangan aktivis dakwah

Kehadiran wakil pimpinan Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan (PEPIAS) Bangi, turut menjayakan proses perkongsian bijak dengan rakan dakwah strategik lokaliti. Semoga segala usaha ini dapat merealisasikan agenda tamadun khayra ummah setempat melalui masyarakat madani yang dinamik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan