Ahad, 10 Mei 2009

MUKTAMAR ABIM BANGI SESI 2008/2009 BERJAYA DILAKSANAKAN

Muktamar ABIM Bangi telah berjaya dilaksanakan di Sek SRI ABIM, Sg Ramal, Kajang sebentar tadi. Ia telah dirasmikan oleh Ust. Khairuddin Abas, Penolong Setiausaha Agung (PSUA) ABIM Selangor. Beliau menekankan tentang penting usaha yang lebih erat diadakan diantara Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH), Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di dalam menjayakan agenda dakwah lokaliti di Bangi.

Sesi tazkirah yang disampaikan oleh Ust Ismail Che Ku, bekas pimpinan ABIM Bangi yang juga ahli WADAH. Beliau mengajak para ahli bersama-sama menjayakan agenda dakwah dengan konsisten dan penghayatan amalan kerohanian diri yang mantap perlu dihayati sepanjang masa.

Pada masa yang sama, Ust Mat Radzi Mat Ali selaku mantan YDP ABIM Bangi Sesi 2008/2009 dalam ucapan beliau juga berharap kerjasama dengan lebih erat dapat dijalinkan oleh pimpinan ABIM Bangi yang baru bersama pelbagai persatuan penduduk, badan-badan Islam serta agensi kerajaan yang ada.

Selain itu, laporan aktiviti sepanjang tahun telah dibentangkan oleh Sdr Muhammad Nizam SU ABIM Bangi, termasuk laporan kewangan untuk makluman semua ahli yang hadir.

Ust Khairuddin selaku wakil ABIM Selangor telah mengumumkan barisan kepimpinan ABIM Bangi Sesi 2009/2010. Semoga, ABIM Bangi berperanan dengan lebih berkesan di lokaliti masing-masing melalui kerjasama pelbagai pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan