Ahad, 31 Mei 2009

ABIM Bangi mengisi Slot Induksi MPP Kolej Dar Al-Hikmah

Pada 31 Mei 2009 (Ahad), ABIM Bangi telah dijemput mengisi slot kuliah subuh di dalam program Induksi Pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Kolej Dar Al-Hikmah (KDH) yang baru terpilih di dalam pilihanraya kampus yang baru diadakan. Ia telah diisi oleh Sdr Muhd Nizam Shamsudin, Bendahari ABIM Bangi dengan tajuk : "Kepentingan melibatkan diri di dalam gerakan Islam" di Surau KDH, Sg. Ramal Dalam, Kajang Selangor.

Kolej Dar al-Hikmah (KDH) merupakan Kolej Islam swasta yang terawal ditubuhkan di Malaysia dan juga adalah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) milik ABIM. Ia adalah lanjutan usaha-usaha ABIM di peringkat Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI), Sek. Ren Islam (SERI) & Sek. Men. Islam (SEMI). Matlamat KDH adalah untuk membangun tradisi ilmu memugar kegemilangan Tamadun Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidup.

Semoga penglibatan ABIM Bangi bersama KDH akan menperkukuhkan usaha-usaha memartabatkan budaya ilmu di kalangan generasi muda di Bangi sekali gus meningkatkan kualiti pemikiran, membentuk cara hidup serta amalan kehidupan harian yang positif sejajar dengan tuntutan syariah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan