Sabtu, 23 Mei 2009

Hari Sukan Tahunan TASKI ABIM Bangi Ke-30 Meriah



Hari Sukan Tahunan TASKI ABIM Ke-30 telah berjaya diadakan pada 23 Mei 2009 (Sabtu) di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor. Seramai 50 orang pelajar TASKI telah menyertai 7 acara yang dsediakan. Antara acara menarik seperti Lari perseorangan (60 m) , Pat-pat siku lipat, Tarik bola dengan gelung rotan, Baling pundi kacang dalam bakul serta Tarik Tali. Program ini telah dirasmikan oleh Ust Muszaki Mohd Ozir, Penolong Setiausaha ABIM Selangor.

Selain itu, ada acara menarik melibatkan kaum ibu dan bapa juga disediakan seperti bowling kelapa (ibu) dan kupas kulit epal terpanjang tanpa putus (bapa). Malah, sebanyak 10 hadiah cabutan bertuah disediakan kepada orang ramai. Program ini telah mendapat bantuan sukarelawan daripada Kadet Remaja Sek. Men. Jalan Dua, Bandar Baru Bangi dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Program ini dimulakan dengan bacaan ikrar, doa daripada para pelajar TASKI Saidatina Zainab, Seksyen 2 & TASKI Aishah, Seksyen 3.

Secara tidak langsung program ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama pelajar, ibu-bapa, guru TASKI serta ABIM Bangi. Ia merupakan sebahagian daripada pelbagai acara tahunan yang dirancangkan oleh pihak TASKI ABIM Bangi.

1 ulasan:

  1. Salam...boleh tak bagi saya alamt penuh taski abim di bangi?

    BalasPadam